GOLONGAN MUDA TIDAK MINAT POLITIK...? Sebab apa...?
>> 16 Mac 2010
Lebih ramai pengundi muda dilihat cenderung menjadi pengundi non-partisan (tidak memihak) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang, demikian menurut analisis beberapa pemerhati politik.
Selain itu, perkembangan teknologi maklumat dan media baru menyebabkan golongan itu tidak lagi mengakses maklumat daripada media konvensional tetapi "mencipta" maklumat dan membentuk pandangan tersendiri. "Mereka tiada lagi kepercayaan klasik kepada politik," kata Abu Hassan Hasbullah ketika mengulas mengenai pengundi muda pada PRU13. Pensyarah kanan pengajian media dari Universiti Malaya (UM) itu berkata pengundi muda kini bersikap konstruktif dan liberal serta menilai sesuatu isu bukan berdasarkan ideologi politik.

"Mereka boleh ubah sokongan dan bertindak-balas bila-bila masa," katanya. Abu Hassan berpandangan bahawa generasi muda tidak lagi memegang pada kata-kata atau janji ahli politik, sebaliknya menilai bagaimana sesuatu isu dibangkitkan dan ditangani pihak terbabit.
Kenyataan Abu Hassan itu selari dengan kajian dilakukan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) iaitu 70 peratus daripada mahasiswa/generasi muda tidak meminati politik dengan 10 peratus pro-kerajaan dan 20 peratus bersifat terbuka.
ULASAN KITA PULA : KENAPA ORANG MUDA TAK MINAT POLITIK ?- Kalau di IPT kerajaan letak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang telah menyekat para mahasiswa berpolitik
- Golongan muda di negara kita telah dialpa dan dilekakan dengan budaya hedonisme iaitu dengan menyediakan suasana suka berhibur dengan anjuran seperti konsert artis.
- Tak cukup dengan itu, disediakan pula dengan prasarana tempat berhibur dan berlepak di pasar-pasar raya, kelab malam dan lain-lain lagi.
- Golongan muda dihidangkan terlalu banyak dan melampau dengan rancangan-rancangan hiburan TV yang berlebihan.Boleh dikatakan hampir semua saluran TV Malaysia mempunyai rancangan hiburan dan realiti tersendiri.
- Sebaliknya, rancangan TV yang membina minda dan sahsiah dikurangkan.
- Ditambah pula dengan majalah-majalah hiburan yang diterbitkan setiap minggu dan hari.
- Akhir sekali kenapa golongan muda tak minat politik ialah kerana mereka naik muak dan muntah dengan propaganda melampau memuja-muja pemimpin negara dan program 1Malaysia yang melampau secara paksaan.
- Ada banyak lagi....boleh cari sendiri.....
0 ulasan:
Catat Ulasan