KALAULAH MUHYIDDIN SEORANG CIKGU
>> 18 Mac 2010
Anggota Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dari Dewan Rakyat tidak mampu berfungsi sebagai wakil rakyat berwibawa, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata tindakan meninggalkan dewan semalam juga telah menyebabkan anggota Parlimen berkenaan tidak dapat memanfaatkan masa mereka untuk menyuarakan masalah rakyat.
- Itu cakap orang politik...biasalah.
- Dia tak faham isu sebenar mengapa ahli-ahli Parlimen PR keluar.
- Sehingga kini kita langsung tidak rasa Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran. Tak tau kenapa.
- Beliau langsung tidak mempunyai ketokohan sebagai seorang menteri yang terlibat dalam dunia pendidikan.
- Kalaulah saya seorang pendidik, malu saya mempunyai seorang Menteri Pendidikan yang tidak menampakkan ketokohan seorang pendidik dan akademis.
- Lebih banyak berpolitik daripada menjaga warga pendidik.
0 ulasan:
Catat Ulasan