MP HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA
>> 25 Mac 2010
Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu. (malaysiakini)
2 ulasan:
RASANYA SPRM MESTI KATA PRK MESTI TAK JADI SBB CALUNNYA MASIH BELUM SERAH SURAT PADA SPEKER.
NAJIB PULA AKAN PUJUK SUPAYA JANGAN LETAK JAWATAN.
HA...HA.,..HA...
innalillahi wainnailaihi rojiun,
sebenarnya sahabat2 saya di bukit beruntung khususnya jentera kemas seluruh selangor dah bergerak dan berkempen sejak tahun lepas lagi di hulu selangor ni..
tok najib pun dah terpaksa lancarkan juara rakyat pertama kat bukit sentosa kerana dsai tak jadi istiharkan arwah lepas jawatan awal tahun ni.. he.. he..kesian katr depa.. dari taun lepas lagi dah kempen prk di hulu selangor tu..
sekarang dah tercapai hasrat mereka..tapi kepada semua penyokong dan pengundi pr...jangan gentar...lawan tetap lawan...lawan sampai menang..
sama2 kita bantu kemenangan pr... tanpa nama tu bukan ape... perli kat titi tinggi kat perlis jer....
Catat Ulasan