HUDUD : HASRAT PAS AKAN WUJUDKAN DUA SISTEM YANG TAK ADIL - dr. m
>> 28 Oktober 2011
KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat
PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan
Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada
masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada
kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan
tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman
penjara dua bulan.
“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan
(kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau
(gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran
Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan
Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad
melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi
membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan
berkaitan selesai diadakan.
Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah
Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun
menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan
dengan kerajaan persekutuan.
Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.
Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih
berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.
Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak
rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan.
Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.
Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud
pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa
yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.(malaysianinsider)
1 ulasan:
Peringatan kepada PAS. DAP anti Islam dan menolak Hudud 100%. Jika PAS masih lagi mahu sokongan dari penyokong2 DAP - lupakan Hudud
Catat Ulasan