PELURU DIPOS KE RUMAH DR. AZIZ BARI
>> 29 Oktober 2011
Ugutan bunuh: Sidang media Aziz Bari esok
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ekoran menerima ugutan bunuh, pagi tadi.
Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
“Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz kepada portal berita, The Malaysian Insider.
Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.
“Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.
Peluru dipos ke rumah Aziz Bari
Sebutir
peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di
rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah
Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist
Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.
Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".
"(Dihantar dengan) pos biasa saja.
"Saya
waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu
program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan
Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.
Aziz
berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna
coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.
Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.
Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".
Ditanya
perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah
mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan
parti itu pada 2009.
"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.
Pada
23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar
Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi
menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis
"kami nak Idris, natang".
"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.
Aziz
sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri
mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan
ajaran Islam.
Tindakan
itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama
beberapa hari.
Dalam
masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik
universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati
terhadapnya.
1 ulasan:
Bagus la buat laporan polis... biar polis siasat.
Catat Ulasan