TAK PERLU NAIK ELAUN, BERI MP DANA TAK KIRA PARTI...!
>> 11 Oktober 2011
KUALA LUMPUR, 11 Okt — Kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN)  perlu memastikan kesemua ahli Parlimen tidak kira parti menerima  peruntukan bagi kawasan masing-masing dengan adil, bukannya menaikkan  elaun wakil rakyat sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Razak, kata  Ketua Penerangan PAS.
“Apa  yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun ahli-ahli  Parlimen, tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan ahli-ahli  Parlimen kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili  secara adil,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru tambah beliau, “ini adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat.”
Tuan Ibrahim menamb
ah, sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat  rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan, maka peruntukan mesti  diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap wakil rakyat yang  dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan.
“Bila mana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada (Yang  Berhormat) YB daripada parti pemerintah sahaja (sama ada di negeri BN  atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan.
“Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi  memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat  bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan  mereka,” katanya lagi.(malaysianinsider)
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan