HUDUD SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA
>> 03 Oktober 2011
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menggesa
seluruh ahli agama dan rakyat yang beragama Islam agar memberikan
sokong tanpa berbelah bahagi kepada perlaksanaan hukum syariah hudud.
Katanya, Dewan Ulamak PAS menyeru kepada seluruh agamawan termasuk
NGO-NGO Islam agar memberikan sokongan secara berterusan kepada PAS
untuk merealisasikan perlaksanaan syariat di negara ini
“Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam hendaklah memahami
bahawa hasrat PAS bukannya untuk mengaut keuntungan politik tetapi ianya
bertitik tolak untuk memastikan negara kita berada dalam keadaan stabil
dan harmoni.
“Saya juga menyeru ahli Umno dan ahli Parlimen Umno yang beragama
Islam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hasrat Kerajaan
Negeri Kelantan ini, insya Allah, Allah SWT akan memberikan ganjaran
yang besar kepada sesiapa menolong agama-Nya.
“Ingat, ini bukan isu politik tetapi ianya adalah isu yang berkaitan
dengan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT,” tambah beliau
lagi.
Jelasnya, undang-undang hudud datangnya daripada Allah SWT, iaitu
Tuhan yang mencipta seluruh umat manusia termasuk Arab, Melayu, Cina,
India dan lain-lain lagi.
Tambahnya, apabila ianya datang daripada Allah SWT, maka sudah pasti
dan tanpa ragu-ragu lagi ianya sesuai dengan fitrah dan keperluan
manusia sehinggalah ke hari qiamat.
“Undang-undang negara kita sudah tidak mampu lagi untuk menangani
permasalahan jenayah secara berkesan, undang-undang ini sudah relevan
lagi untuk kebaikan rakyat Malaysia.
“Jadi kami menyeru supaya PAS diberikan peluang untuk membukti
keadilan undang-undang Islam yang bukan hanya terbatas kepada hudud
sahaja tetapi meliputi seluruh penjuru kehidupan manusia,” ujar beliau
lagi.(harakahdaily)
1 ulasan:
apa hukumnya orang yg ttolak hudud
Catat Ulasan