LAGI PROGRAM ZIARAH DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN DI KG. BAHAGIA
>> 26 Oktober 2011
TELUK INTAN, 25 Oktober - Lujnah Ekonomi PAS Cawangan Kg. Bahagia sekali lagi mengadakan ziarah kebajikan dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan di sekitar Kg. Bahagia. ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri, Hjh. Faridah Rajiah telah turut serta dalam ziarah tersebut.
Menurut ketua lujnahnya, Sdr. Latif Abdullah, ini merupakan program kebajikan kedua yang dilakukan oleh pihaknya yang mana kali pertama telah diadakan pada awal Oktober yang lalu.
YB Anuar sedang berbual dengan seorang penduduk kampung. |
Ziarah menjengah teratak rakyat. |
Mendengar masalah rakyat. |
"Kali ini, seramai lapan orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, uzur dan warga emas telah kami ziarahi dan berikan sumbangan yang disampaikan sendiri oleh YB Anuar Sudin," ujar beliau.
Walaupun suasana pada petang itu hujan renyai namun ia tidak mematahkan semangat rombongan ziarah ADUN Changkat Jong untuk menjenguk rumah rakyat di sekitar kampung tersebut.
Menanti penuh harapan. |
Sumbangan ikhlas. |
Menzirahi isteri almarhum Pak Aboo dan anaknya. |
Kebanyakan penduduk kampung yang diziarahi tidak menyangka bahawa rumah mereka telah diziarahi oleh seorang wakil rakyat dan pimpinan PAS cawangan serta muslimat. Tambahan pula, selain dapat meluahkan permasalahan mereka juga telah menerima sumbangan barangan dapur.
Semoga usaha murni ini dapat mengurangkan beban rakyat dan memaparkan konsep Negara Berkebajikan serta menepati moto DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan