KEMBALIKAN CIKGU MAAROF KE SEKOLAH ASAL...!
>> 16 November 2011
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Kementerian Pelajaran didesak
supaya mengambil langkah wajar dengan mengembalikan semula Cikgu Maarof
Muttalib ke sekolah asalnya yang terletak di kawasan Dun Tenang di
Johor.
Desakan itu dibuat atas alasan dakwaan arahan pertukaran Maarof dari
sekolah asalnya ke sebuah sekolah kerajaan di Tanjung Pengelih tidak
sah, malah penuh kekeliruan dan tanda tanya dari pelbagai pihak.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, arahan pertukaran ke atas Maarof dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab pada bulan Jun tahun lalu.
Menurutnya, bagaimanapun Cikgu Maarof dikatakan didapati bersalah
setelah Jawatankuasa Tata Tertib mengadakan mesyuarat pada bulan
September tahun lalu.
Katanya, dengan itu, arahan tersebut ternyata penuh dengan kekeliruan
dan tanda tanya kerana ia dibuat sebelum Maarof disahkan bersalah oleh
jawatankuasa itu.
"Ternyata arahan pertukaran itu tidak sah. Jadi kita minta supaya
pihak Kementerian Pelajaran mengembalikan semula Maarof Muttalib ke
sekolah asalnya di Tenang," katanya ketika mencelah sewaktu Ahli
Parlimen Sik, Che Uda Che Nik berucap membahaskan Rang Undang-undang
Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat,
hari ini.
Arahan pertukaran ke atas Maarof, menurut beliau, berlaku apabila
isterinya (Normala Sudirman) terlibat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang
mewakili PAS tahun lalu.
Katanya, arahan tersebut ternyata amat merumitkan Maarof memandangkan
jarak sekolah asalnya di Tenang ke sekolah barunya di Tanjung Pengelih
agak jauh sehingga sekitar 250 kilometer.
"Manakala isteri dan keluarganya tinggal di Tenang," kata mantan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak.
Disebabkan keadaan itu, beliau yakin arahan pertukaran tersebut
mempumyai motif tertentu, memandangkan ia dibuat setelah isterinya
terbabit dalam pilihanraya," katanya.
Andaian tersebut, tegasnya, diperkuatkan dengan tarikh arahan
pertukaran itu dikeluarkan yang jauh mendahului rumusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Tata Tertib terbabit.
"Maarof Muttalib diarah tukar bulan Jun, tapi Jawatankuasa Tata
Tertib baru bermesyuarat bulan September. Bersalah atau tidaknya Maarof
perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Tata Tertib, tetapi kenapa Maarof dah
ditukarkan sebelum Jawatankuasa Tata Tertib mengesahkannya bersalah?"
tegasnya.(harakahdaily)
4 ulasan:
Aku bantah keras kalau maarof ditukarkan ke kawasan asalnya. Dia yg buat hal, maka pandailah dia tanggung. Aku juga seorang guru. Aku tak boleh bersimpati dengan rakan sejawat spt itu.
Kalau nak mudah selesai masalah biar maarof buat sekolah sendiri, tak payah kerja dengan KPM lagi. Selesai masalah.
wmwi
OOoo ko bantah coz xkena dekat ang bangang bahalul, cuba kena kat bapak ko nenek ko marahx jangan laa jadi guru pengampu UmNoPorno. Gaji ko dpat pun dari hasil cukai rakyat.
Tanpa Nama 12.41. Kau ni Cikgu??? erkkk tak sanggup aku nak anta anak aku kat cikgu tak berakhlak dan tak tau nak guna akal utk berpikir.
Tahap ni punya cikgu hancur anak2 melayu. Contohila org cina. Pandai ketepikan isu politik. Takde empathy btul kau.
Aku vote kau letak jawatan dan bukak skolah sendiri!
Untuk pengetahuan,disetiap PPD seluruh negeri
terdapat seorang GURU yang dikhaskan untuk
memantau gurux yang pandangan parti politk berat kepada PEMBANGKANG.Guru khas ini dibantu oleh
Penolong Kanan atau Guru Besar dan Pengetua sekolah yang pastinya fahaman politik
mereka adalah UMNO.Ramai gurux yang berkebolehan
disekat untuk kenaikan pangkat atau ditukarkan
kerana isu ini.Tapi yang pastinya ramai pendidik
ini begitu mesra dengan PR dan mereka terangx
menyokong PR.Gurux ini tidaklah seperti TANPA
NAMA 12:41 yang mengaku seorang guru pada hal
dia tu sah guru keturunan LEMBU yang tidak tahu
berfikir dan menilai yang mana HAK dan BATIL.
Catat Ulasan