TELUK INTAN, 19 November - Anak-anak perlu ditanam suka akan syariat Allah. Ini dapat direalisasikan melalui pendidik awal anak-anak dengan mengenal Allah dan RasulNya. Demikian disarankan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin semasa merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Sekolah Rendah Al Munir, Kampung Padang Tembak dekat sini.
|
Antara para ibu bapa yang hadir. |
|
Majlis dimulai dengan bacaan al Qur'an oleh adik Arij Adnin. |
Menurut YB Anuar Sudin, PASTI adalah salah satu pendidikan prasekolah yang mampu mendidik para pelajarnya mengenal Allah dna Rasul serta cinta akan syariat. Adalah menjadi tangunggjawab ibu bapa dan guru untuk mendidik anak-anak supaya mereka suka dan cinta akan Allah.
"Selain kita mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anak-anak, kita juga sepatutnya mendoakan anak-anak menjadi ahli syurga. Perkenalkan kepada mereka akhlak Rasulullah SAW sebaik serta tanamkan kasih sayang dengan ibu bapa.
Insya-Allah, berkat doa dan didikan ibu bapa dan guru, anak-anak ini akan mempunyai benteng yang kukuh dalam diri dalam mendepani pelbagai cabaran," tambah beliau.
|
YB Anuar menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis. |
|
Ustaz Abdul Fatah menyampaikan ucapan |
Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Fatah Awang turut menyampaikan ucapan alu-aluan. Antaranya, PASTI telah beroperasi lebih 30 tahun di negara ini. Malahan, generasi awal PASTI kini telah menghantar anak-anak mereka pula ke PASTI.
|
Persembahan dari murid PASTI Ibnu Khaldun, Kg. Bahagia. |
|
Persembahan dari murid PASTI Ibnu Rusyd, Taman Cicely. |
|
Persmebahan murid PASTI Al Falah, Batu 6. |
|
Persembahan menarik dari murid PASTI Al Khairiah, Kg. Banjar. |
|
Murid PASTI Al Hidayah, Batak Rabit menunjukkan kebolehan membaca al Qur'an dengan teknik al Baghdadi. |
|
Persembahan yang menarik dari murid PASTI Ibnu Sina, Kg. Padang Tembak. |
Bagi beliau, PASTI amat perlu sebagai pendidikan awal agama yang mampu menjadi tembok kebal dalam berhadapan pelbagai gejala terutamanya gejala kerosakan aqidah. Beliau juga berharap semua pihak sentiasa bekerjasama memberikan sokongan kepada PASTI agar ia sentiasa cemerlang melahirkan anak-anak didik yang cemerlang di dunia dan akhirat.
|
Persembahan daripada Kumpulan Soutul Munir, SR Al Munir. |
|
YB Anuar menyampaikan hadiah. |
|
Ustaz Abdul Fatah turut menyampaikan hadiah kepada murid PASTI. |
Di dalam majlis tersebut, semua murid PASTI yang berjaya dengan cemerlang dalam akademik telah diberikan anugerah dan hadiah. Para ibu bapa juga dihidangkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada keenam-enam unit PASTI di seluruh Teluk Intan.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan