NAJIB MAHU RAKYAT BUTA MAKLUMAT SEBELUM PRU13
>> 07 Julai 2010
KUALA LUMPUR, 7 Julai: PAS melihat Perdana Menteri selaku Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempergunakan sepenuhnya kuasa dalam kerajaan untuk menyekat media-media Pakatan seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris ahmad berkata, media rasmi komponen Pakatan merupakan sumber maklumat alternatif rakyat khususnya bagi para ahli dan penyokong untuk mengetahui segala kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan serta kelemahan pentadbiran BN.
Baginya, isu Suara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap" dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan.
Para peneroka pula, ujarnya diseru berdemo dan menteri BN dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan seluas-luasnya ruang untuk rakyat menunjukkan kemarahan kepada Suara Keadilan.
Tidak cukup dengan itu, katanya lagi KDN berusaha untuk mengharamkan media berkenaan, akhbar Harakah pun kena juga manakala Roket sentiasa diperhatikan.
Sehubungan itu, tegasnya PAS menuntut supaya pihak KDN perlu meletakkan garis panduan yang jelas antara berita yang menjejaskan ketenteraman parti dengan ketenteraman negara kerana dua perkara itu berbeza.
“Sebagai sebuah negara demokrasi sudah tentu ada pembangkang dan kerajaan. Kedua-dua pihak ini perlu diberi peluang untuk memastikan mereka diterima oleh rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau menambah, pihak Najib dan KDN jangan buat pekak terhadap berita-berita yang disiarkan oleh media pro BN sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.
Ini, katanya dapat dilihat bagaimana laporan yang tidak betul dengan menyebut kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan pembangkang.
“Apakah ini cara pemberitaan yang betul? Jangan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak.
“Semua ini ada kaitan dengan persiapan BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13),” ujarnya.
Namun, ujarnya lagi apa jua tekanan yang cuba diberikan oleh BN, jentera penerangan Pakatan Rakyat perlu memperluaskan medium penyebaran maklumat kepada rakyat.
Katanya, setiap ahli dan penyokong juga diminta untuk terus membantu memberikan kefahaman kepada rakyat.
“Organisasi media Pakatan tidak akan goyah dengan sebarang ugutan dan ancaman, malah BN akan terus dihantui oleh dosa-dosa mereka yang didedahkan oleh Pakatan. PAS yakin, rakyat akan merubah kerajaan pada PRU 13,” ujarnya.

3 ulasan:
belum tentu pru13 umno akan kecundang,apa kah pemerentahan pr terlalu bagus disetiap negeri yg di perentah,saya raayat kedah mai kita tengok kedah sejahtera,apa yg di ubahkan atas dasar pas,raayat dok macamtu juga,malah makin tenat ada,
komen bagi tanpa nama...sengal betul...rakyat kedah makin tenat??memang la..duit kerajaan pusat tak bagi...peruntukan untuk negeri tak ade...double standard..kalo negeri tu bn tadbir baru bg...tak adil la camtu...ckp pikir la dulu tanpa nama....mak bapa bagi nama tak nak gune plak...malu ke dgn nama mak bapak bagi???
amboi kemain lagi aizat yer.. aku orang perak setuju sangat kat bab peruntukan. abih dia kebas. bagi kat ketua bahagian umno. mana aci.. dah kalah dan tak jadi wakil rakyat tapi peruntukan dia rembat. tak tau malu punya umno..
kat teluk intan mp dap . adun ckt jong pas dan pasir bedamar dap. peruntukan haram tak dapat. aku bagi worning kat depa.. sok kalu pr merintah jangan marah kalu kita buat camtu..
aku nama ada..
Catat Ulasan