Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

CERITA PALING LAWAK MINGGU INI...

>> 31 Mac 2010



Zamry dedah tawaran jadi MB jika lompat parti selepas Pilihanraya umum ke-12

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mendedahkan tawaran oleh "seorang pemimpin hebat pembangkang" untuk beliau menjadi Menteri Besar Perak jika sanggup melompat parti selepas Barisan Nasional kalah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Katanya beliau adalah calon pertama bagi jawatan Menteri Besar Perak dan bukannya anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas apabila pakatan DAP-Pas-PKR mahu menubuhkan kerajaan negeri.

ar_rawa

Read more...

PENJELASAN DS NIZAR TENTANG SIDANG DUN PERAK KECOH HARI INI



IPOH, 31 Mac [5.00 pm] - Kekecohan yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak.

Semuanya kerana berpunca dari sikap Speaker DUN, R.Ganesan yang dipercayai bersikap biadap, bodoh sombong dan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat beliau adalah "Speaker Haram".

Menurut MB Perak yang Sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (foto) kejadian berlaku seawal jam 10.00 pagi iaitu ketika beliau membuat usul Perintah Tetap 2,3 dan 4. Namun, speaker haram Ganesan tidak memberi perhatian terhadap usul yang dibawanya.

"Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi speaker. akibat tidak menghormati namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 hingga 10.49 habis, ini tidak pernah berlaku. Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah tuanku dan dibantah oleh speaker sivakumar. Saya dengan Dato Ngeh bantah dan tidak ada jawapan", Jelas Datuk Seri Nizar.

"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut "Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. malangnya selepas keluar namun tidak dapat disahkan bahawa zambry ada usulkan ada titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat", katanya.

[Apa yang berlaku di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ini sesungguhnya menampakkan kepada kita betapa kalut dan takutnya BN bila melihat kelibat ADUN Pakatan Rakyat sebenarnya.

Tindakan Speaker yang ternyata gagal mengikut ketetapan dewan sememangnya amat memalukan, bahkan ini membuktikan bahawa Ganesan sememangnya tidak layak untuk menjadi Speaker DUN Perak yang sah.

Justeru itu, beliau terpaksa melaksanakan tugasan hanya bersandarkan kepada mandat dan kehendak pemimpin UMNO BN tanpa mengetahui bahawa dirinya memang bodoh dalam urusan tersebut. Semoga rakyat Perak menyedari apa yang berlaku ini dan membuat tindakan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti]. "



Read more...

PIBG TAK BOLEH BERSUARA - PAS SELAR MUHYIDDIN



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar keangkuhan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghalang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membincangkan soal dasar atau polisi sistem pendidikan negara.

Di Parlimen semalam, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, memperingatkan bahawa tugas PIBG hanyalah berkaitan soal bagaimana untuk menambah baik pelajaran di sekolah yang mereka menjadi ahli sahaja.

PAS kesal dengan dasar dan pemikiran kecil beliau yang juga Timbalan Presiden Umno. PAS berpandangan bahawa PIBG juga adalah medium terbaik untuk para ibubapa dan guru menyampaikan pandangan mereka khususnya yang melibatkan soal-soal pendidikan. Malah mereka berhak untuk membincangkan atau memberikan pandangan terhadap dasar dan polisi pendidikan negara kerana itu semua akan memberikan kesan kepada anak-anak mereka.

Sepatutnya, pihak Kementerian Pelajaran menjadikan mereka rujukan utama sebelum sesuatu dasar itu diperkenalkan kerana mereka berhak dan lebih memahami keperluan pelajar dan anak-anak mereka.

Mesyuarat dan Konvesyen PIBG akan menjadi lebih matang dan dilihat berwibawa jika mereka mampu membincangkan soal-soal dasar dan polisi negara disamping tidak mengabaikan isu-isu dalaman sekolah mereka.

Jika mereka tidak diberikan ruang untuk bersuara, dimanakah mereka ingin membawa pandangan mereka. Tidak semua ahli PIBG terlibat dengan NGO atau parti Politik. Jadi, apa salahnya mereka mengunakan medium yang ada untuk menyampaikan pandangan.

Pandangan Muhyiddin ini jelas menunjukan Kerajaan BN tidak terbuka menerima teguran rakyat dan masih mengamalkan dasar pekak telinga. Mereka hanya melayan aduan atau pandangan yang selari dengan kehendak mereka, sedangkan pandangan yang tidak mengikut kehendak mereka diketepikan dan dianggap sebagai pandangan politik. Walhal isu yang disentuh jelas melibatkan isu pendidikan, bukannya politik. Kalau orang politik sekalipun, bila berbicara isu pendidikan, ia tetap isu pendidikan bukan isu politik dan tidak perlu dipolitikan. Ternyata beliaulah yang cuba mempolitikan isu ini, bukan PIBG.

PAS mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin kerana membuktikan kebebalan dan keangkuhan Kerajaan BN pada rakyat.

PAS menawarkan kepada semua PIBG dinegara ini untuk menyampaikan pandangan mereka melalui wakil-wakil rakyat Pakatan jika BN sendiri sudah tidak mahu menerima pandangan mereka. PAS akan memastikan wakil-wakil rakyat Pakatan akan membawa isu mereka ke Parlimen dan sidang-sidang DUN. Pakatan tidak sesekali membiarkan rakyat terus menerus dinafikan hak dalam memberikan pandangan, dan perjuangan kita adalah suara rakyat.

PAS yakin rakyat akan memilih Kerajaan yang lebih baik dan lebih terbuka dalam pilihanraya akan datang dan Pakatan bersedia memberikan yang terbaik buat rakyat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Read more...

MALAYSIA ANTARA 10 NEGARA TERTINGGI DI DUNIA DALAM PENGAMBILAN ARAK

>> 30 Mac 2010



  • Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.
  • Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.
  • Dr. Siti Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
  • Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.
  • Terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
  • Kerajaan dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.
  • Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan.
  • Arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.
  • Kerajaan perlu mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.
ar_rawa

Read more...

SIDANG MEDIA SELEPAS SIDANG DUN PERAK HARI INI 30 MAC









Perhimpunan Polis, itulah reaksi awal yang telah digambarkan oleh Adun-adun PR kepada media sebentar tadi. Persidangan kali telah mencatatkan satu lagi sejarah hitam demokrasi di Malaysia, Media sahkan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan dan hanya dibenarkan dalam galeri sahaja.

Walaupun tiada ketegangan serius dari pihak PR atau BN dalam dewan, namun layanan yang diberikan kepada Adun PR sangat-sangat mendukacitakan terutama dari pihak keselamatan.

Bagaimanapun sebelum Raja Nazrin Shah menyampaikan titah perasmiannya, ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mula bertikam lidah.Wartawan tidak berjaya mendengar perbalahan mereka kerana ditempatkan di sebuah bilik yang kalis bunyi, di atas dewan berkenaan. Dengan kehadiran penuh 59 Ahli Dewan Undangan Negeri dari PR dan BN, tiada sebarang perbahasan pada hari ini.

Berikut adalah kenyataan media PR selepas sidang DUN

DS Nizar : Kami baru balik dari perhimpunan polis, tetapi kami bersama DYMM Pemangku Perak dalam acara perasmian tadi. Kami dihalang untuk mengadakan sidang media di perpustakaan seperti biasa. Kami tidak dibenar masuk dalam dewan ikut pintu E dan dikatakan itu adalah pintu BN,kami protes dan akhirnya kami dibenarkan masuk.

Speaker V.Sivakumar : Saya tidak nampak media dalam dewan yang seharusnya diketahui oleh rakyat umum. Sepatutnya media semua pihak dan blogger dibenarkan masuk . Persoalan kenapa ini dibuat dan telah mencemar demokrasi. Speaker Sivakumar juga menjelaskan sebentar tadi bahawa polis cuba merampas bajunya namun dia membantah dan pihak polis gagal mengambil begnya.

Dato' Ngeh : Saya cabar supaya esok hari tidak ada polis. Dan kita akan lakukan sesuatu kalau esok masih ada polis. Keselamatan kami tergugat dan kami mohon jaminan. Saya mendapati agenda berikut tidak ada perbahasan, apa sudah jadi? Polis yang datang hari ini dibawa dari banyak tempat termasuk yang saya kenal sekumpulan dari Manjung.

Sidang DUN Perak akan bersambung esok.. Dengar cerita, semua ADUN PR akan berpakaian serba hitam.

Sumber :
Berita : Sendiri Mau Ingat
Foto : Cina Islam

Read more...

TAMATKAN PERJANJIAN DENGAN APCO Inc. (One Israel Memang Wujud)



Apabila kita mencari perkataan 'One Israel' di wikipedia maka akan terteralah maklumat di bawah.

Apa yang jelas ialah dari segi sejarahnya, memang konsep 'One Israel' telah wujud lebih dahulu daripada 'Satu Malaysia. Maka benarlah apa ang telah didakwa oleh Ketua Pembangkang Parlimen DS Anwar Ibrahim bahawa satu perjanjian telah ditandatangan dengan APCO pada 4 Ogos 2009. APCA ditugaskan memperbaiki imej Malaysia.

Mengapa kerajaan tidak mahu mengakui akan wujudnya perjanjian tersebut ? Adakah ia dibuat di luar pengetahuan kerajaan. Ini yang telah dibangkitkan oleh DS Anwar apabila perjanjian yang melibatkan antara negara Malaysia dengan APCO hanya disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Najib sahaja? Sungguh misteri apabila perjanjian tersebut tidak melibatkan pegawai kerajaan Malaysia sedang ia melibatkan antara sebuah negara dengan sebuah syarikat.

Oleh itu, DS Anwar Ibrahim meminta perjanjian dengan APCI Inc itu dibatalkan dengan segera dan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat perkara yang telah mencalarkan nama negara.

Bagaimanakah pemikiran otak Perdana Menteri Najib ini sehingga sanggup menggunakan slogan yang sama 'One Israel' serta mengadakan perjanjian pula dengan sebuah syarikat yang dikaitkan kerajaan Israel.

Sila baca di bawah...

One Israel atau '1Israel' atau 'Satu Israel' adalah dibentuk oleh pemimpin Parti Buruh Israel Ehud Barak semasa Pilihan Raya Israel 1999 dengan tujuan untuk membuat Parti Buruh tampak lebih moderat dan untuk mengurangkan reputasi imej sekular dan elitis .Ia ada kaitan dengan penyokong Mizrahi (Gesher dipimpin oleh ahli politik Mizrahi sementara David Levy memimpin parti agama). Ia berasaskan tranformasi Tony Blair di Britain yang juga membentuk Parti Buruh Baru.

Perjanjuian persefahaman itu meletakkan Gesher di belakang Ehud Barak dan Shimon Peres dan David Levy akan mendapat jawatan menteri. Meimad dijanjikan kedudukan menteri di parlimen Knesset.

Dalam pilihan raya itu, bancian menganggarkan parti buruh akan memenangi 33 kerusi. Malangnya, Satu Israel tidak muncul sebagai fraksi terbesar di Dewan Knesset kerana hanya memenangi 26 kerusi . Jumlah ini lebih rendah, sedangkan 34 kerusi dalam pilihan raya 1996. Dari 26 kerusi, Parti Buruh mendapat 22 kerusi, Parti Gesher 3 dan Meimad 1. Untuk memenuhi perjanjian pra-pilihan raya, Levy dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri . Meimad Michael Melchior dilantik Menteri Sosial dan Hal Diaspora Israel.

Barak, yang telah menewaskan Binyamin Netanyahu dalam pemilihan Perdana Menteri Israel, telah membentuk kerajaan campuran yang tidak stabil. Enam parti kecil iaitu Shas, Meretz, Yisrael BaAliyah, Parti Tengah, Parti Agama Kebangsaan dan Kesatuan Taurah Yahudi.

Ehud Barak menyertai Perjanjian Kem David dengan Yasser Arafat pada musim panas 2000 menyebabkan Gesher menarik diri daripada perikatan pada 7 Mac 2001. Pada 7 Mei perikatan bergabung dengan Paksi Haluan Baru. Pada 15 Mei tahun 2001 ia dinamakan Parti Buruh-Meimad.

Setelah parti runtuh, Barak disiasat atas tuduhan berhubung Satu Israel yang telah melanggar undang-undang dana parti dengan membenarkan wang asing di bawa masuk sebagai dana kempen . Eliezer Goldberg didenda 13 juta Shekel kerana melanggar undang-undang dana.[1]

Read more...

MUHYIDDIN TAK MAU TAIB; SAMY PULA NAK KERUSI

>> 29 Mac 2010



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin secara lembut menolak cadangan agar Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib dicalonkan Umno sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Saya tak fikir Muhamad Mohd Taib setuju," kata Muhyidin ketika ditanya wartawan tentang cadangan Umno Hulu Selangor agar bekas MB Selangor itu dipilih sebagai calon BN.

Muhamad adalah bekas Adun Batang Kali, salah satu DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor. Umno Hulu Selangor mencadangkan beliau dipilih sebagai calon dalam pilihan raya kecil kawasan itu nanti.

Mereka yakin, jika Muhamad dipilih, BN akan menang mudah sebagaimana rekod yang ditunjukkan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dipilih sebagai calon.

Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu masih yakin kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diperuntukkan kepada wakil parti itu walaupun Umno terus menggesa agar ia diserahkan kembali kepada parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.

“Saya berharap begitu, berharap MIC akan dibolehkan bertanding lagi di Hulu Selangor dan kekal pada tradisi yang telah pun dipersetujui selama ini,” kata Samy Vellu (gambar) ketika dihubungi laman web The Malaysian Insider hari ini.

Read more...

ALHAMDULILLAH....



KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

Read more...

216 SOALAN ADUN PR DITOLAK KERAJAAN LANUN BN

>> 28 Mac 2010



Posted by MisbahulMunir Sunday, March 28, 2010
Sebanyak 216 soalan yang dikemukakan oleh semua ADUN PR kepada kerajaan BN dalam sidang dewan 30 Mac ini telah ditolak oleh kerajaan UMNO BN. 216 soalan itu merangkumi soalan-soalan lisan dan bertulis. Alasan penolakan sangat tidak munasabah, hanya kerana soalan-soalan tersebut tidak diemailkan, semua soalan ditolak.

Ini jelas bercanggah dengan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh semua Adun tidak bersalahan dengan Perintah Tetap, semua soalan telah dihantar dua minggu sebelum tarikh persidangan iaitu pada 15hb. Mac 2010, sedangkan sidang DUN diadakan pada 30 Mac 2010. Soalan tersebut dihantar terus ke pejabat Setiasuaha Dewan Undangan Negeri dengan tangan.

Jelas UMNO BN Perak sangat takut dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Adun-adun PR terutama soalan-soalan lisan. Berdasarkan soalan-soalan dan juga jawapan-jawapan yang bakal diberikan nanti oleh Kerajaan BN sudah pasti bakal mengundang satu perdebatan yang panas dan hebat, mereka sangat bimbang dengan perdebatan dalam Undangan Negeri nanti, rakyat akan dapat menilai siapa yang benar dalam krisis politik di Perak.

Bagi mengelakkan perdebatan yang akan merugikan dan mendeahkan tembelang UMNO BN, mereka memilih jalan pintas dengan menolak semua soalan atas alasan tidak diemail.

Read more...

TAKLIMAT PENGURUSAN ORGANISASI DAN KEPEJABATAN DI TELUK INTAN

>> 27 Mac 2010



TELUK INTAN, 27 Mac - Pagi tadi telah berlangsung satu taklimat tentang pengurusan organisasi dan kepejabatan yang dianjurkan oleh pihak Badan PAS Perhubungan Negeri (BPPN) Perak. Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha BPPN Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Sdr. Ismad. Taklimat telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan Kg. Padang Tembak.

Taklimat ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Antara objektif taklimat tersebut adalah untuk memberikan kefahaman kepada para peserta tentang kerja-kerja pengurusan dalam parti. Antara kertas kerja yang telah dibentangkan ialah Pengurusan Strategik PAS, Pengurusan Dalam Organisasi PAS dan Manual Prosedur Kerja.


YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail menyampaikan ucapan aluan.


Dua tetamu jemputan dari PAS Perak, Ustaz Misbah dan Sdr. Ismad.

Begitu banyak maklumat dan ilmu yang telah disampaikan oleh wakil negeri yang dikira mampu membantu pihak kawasan dan cawangan dalam menguruskan hal-hal organsasi parti.

Apa yang menarik di dalam mukaddimah ucapan Ustaz Misbah ialah banyak dalam kalangan ahli PAS yangbegitu cemerlang di tempat kerja masing-masing. Maka adalah amat wajar mereka ini juga menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa melaksanakan kerja-kerja parti.

"Apa yang penting ialah kerja di luar parti dia bagus. Kerja di dalam partipun dia mesti bagus. Kalau di sekolah dia seorang guru yang cemerlang, mampu membuat kertas kerja tebal-tebal, dan menganjurkan program-program kecemerlangan sekolah. Apa salahnya, dia juga mampu membuat seperti itu dalam PAS ?" jelas Setiausaha BPPN Perak itu.

Di penghujung program, para peserta juga telah diberi peluang mengemukakan persoalan. Antara persoalan dikemukakan ialah tentang pengurusan keahlian PAS dan cawangan . Program tamat pada tengah hari.

Sebelum itu, Ustaz Misbah dan Sdr. Ismad mengambil peluang menziarahi mantan YDP PAS Teluk Intan Ustaz Abdul Hir di mana rumahnya terletak di belakang markaz kawasan. Kehadiran mereka telah disambut oleh Ustaz Hir. Mereka sempat bertanya khabar dan bercerita pengalaman dahulu. Turut serta ialah YDP PAS Teluk Intan, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan TYDP PAS Teluk Intan.


Bercerita kisah lama....



ar_rawa

Read more...

BN OH BN....!


Umno dan MIC Berebut Kerusi Hulu Selangor

Belumpun kering tanah bersemadinya Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, Umno dan MIC dilaporkan bergelut merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Portal The Malaysian Insider melaporkan Umno Bahagian Hulu Selangor mahu calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang, manakala MIC telahpun mencalonkan timbalan presiden G Palanivel.

Palanivel adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor dari 1990 sehinggalah beliau ditewaskan oleh Zainal dalam PRU12 2008.

Akar umbi Umno turut dilaporkan yakin Hulu Selangor adalah milik BN sekiranya bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon BN.

Masyarakat Melayu mewakili 53.9 peratus dari 60,000 pengundi, manakala pengundi Cina sekitar 26.7 peratus dan India 19 peratus.

Read more...

PEJUANG ISLAM PASTI HADAPI UJIAN DAN CABARAN

>> 26 Mac 2010


Sdr. Mohammad Hamzah menyampaikan ucapan.

TELUK INTAN, 26 Mac - Setiap pejuang Islam pasti menghadapi ujian dan cabaran. Semak kembali dasar perjuangan jika perjuangan itu berjalan begitu mudah tanpa sebarang ujian dan halangan. Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Teluk Intan Sdr. Mohammad Hamzah semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Cawangan Kg. Sg. Cawang Ganda dekat Teluk Intan.

Menurut beliau lagi, sirah Rasulullah SAW sendiri menunjukkan bahawa perjuangan baginda sentiasa berhadapan dengan halangan oleh puak kafir Quraisy semasa di Mekah. Begitu juga semasa baginda berada di Madinah begitu banyak cabaran termasuklah peperangan yang dihadapi demi mempertahankan Islam.


Saf kepimpinan Cawangan Kg. Sg. Cawang.





"Sejarah membuktikan bahawa tidak ada perjuangan yang begitu mudah mendapat kejayaan. Setiap perjuangan Islam pasti berhadapan kesusahan dan kepayahan," tambah beliau lagi.

Beliau juga menjelaskan beberapa isu semasa terutamanya isu GST (Goods and Service Tax) yang lebih banyak membebankan rakyat dan menyenangkan kerajaan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan Kg. Sg. Cawang Ganda yang telah berjaya mengadakan mesyuarat agung dan berharap cawangan tersebut dapat menyusun gerak kerja parti dengan lebih baik lagi pada penggal yang akan datang.

ar_rawa

Read more...

SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG PARLIMEN HULU SELANGOR


ar_rawa

Read more...

MP HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA

>> 25 Mac 2010


Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu. (malaysiakini)

Read more...

APCO SERLAHKAN UMNgOk TALIBARUT ISRAEL


KUALA LUMPUR, 25 Mac: Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide Sdn Bhd sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.

"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.


"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak mengiktiraf kelayakan beberapa syarikat perunding tempatan yang sebenarnya mempunyai kelayakan dan wajar diberi peluang.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang dipercayai umum pro zionis Israel itu.

Ini kerana, beliau berkata, Israel pernah menggunakan maklumat komunikasi daripada agensi komunikasi Amerika Syarikat untuk turut serta secara tidak langsung dalam Perang Teluk pada 1988 lalu, bagi mengenakan Iraq.(harakahdaily)

Read more...

HAYATI ADAB DAN AKHLAK BERJEMAAH/PARTI - YDP PAS TELUK INTAN



TELUK INTAN, 25 Mac - Para ahli PAS perlu mengetahui, memahami dan menghayati adab dan akhlak berjemaah. Ia dapat membentuk ahli daripada tergelincir daripada jalan perjuangan. Demikian telah dinyatakan oleh YDP PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Hj. Ismail Che Nik semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Batu 3/Sri Taman Cicely pada 22 Mac lalu. Mesyuarat agung tahunan telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Bt. 3/Sri Taman Cicely di Taman Cicely Jaya, Teluk Intan.

Menurut Ustaz Ismail lagi, antara beberapa adab dan akhlak yang perlu dihayati oleh ahli-ahli PAS ialah :

1. Ikhlas dalam perjuangan
2. Istiqamah dalam perjuangan
3. Taat atau Wala' pada pimpinan
4. Percaya dengan pertolongan dan janji Allah
5. Uhkuwwah (persaudaraan)
6. Menjaga kerahsiaan parti
7. Menunaikan janji
8. Tidak melampau dalam sebarang tindakan

Kesemuanya ini, jika dihayati akan melahirkan para ahli yang berkualiti dan seterusnya mewujudkan sebuah cawangan yang berkualiti.



Sementara itu, di dalam ucapan aluan Ketua Cawangan Sdr. Ahmad Kabir Mahdin menyatakan baahwa mesyuarat agung tahunan merupakan satu medan untuk para AJK Cawangan dan ahli menilai kembali serta bermuhasabah akan segala gerak kerja yang telah dilaksanakan di cawangan.

Beliau turut mengingat kembali kepada ahli-ahli akan perkara asas dalam fasal 4 Perlembagaan PAS seperti dasar parti, slogan parti, tujuan penubuhan PAS dan sebagainya.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Bt. 3/Sri Taman Cicely adalah kali ke-16. Antara usul yang diterima ialah mendesak pihak kerajaan tempatan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) supaya memberikan layanan yang adil kepada setiap rakyat di dalam menggunakan segala kemudahan awam seperti Dewan Bandaran, Arena Square dan sebagainya. dengan tanpa mengira fahaman politik. Usul tersebut telah dibawa oleh Naib Ketua Cawangan Tuan Haji Mohd. Taib bin Ibrahim.


Naib Ketua Cawangan Hj. Mohd. Taib sibuk menyambut kehadiran tetamu.


Pendaftaran ahli-ahli yang hadir mesyuarat agung.



ar_rawa

Read more...

(slide show) ADUN CHANGKAT JONG DAN MP TELUK INTAN DI KG. BAHAGIA

>> 24 Mac 2010



Read more...

TIADA LAGI YANG SELAMAT DALAM 1MALAYSIA - USTAZAH NURIDAH SALLEH

>> 23 Mac 2010



LANGKAP, 23 Mac - Kejadian pembunuhan kejam ke atas Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak Sdr. Siva merupakan salah satu bukti menunjukkan hidup rakyat negara ini tidak terjamin keselamatannya. Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Nuridah Salleh ketika melawat keluarga mendiang Siva di kediaman keluarga mendiang di Taman Mawar, Langkap.

Menurut beliau lagi, pembunuhan yang diselubungi misteri itu menuntut kepada rakyat agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada Pakatan Rakyat menerajui negara ini agar keselamatan mereka terjamin.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Menyantuni insan dalam kesedihan.


Menceritakan detik-detik peristiwa kejam. Mendengar penuh prihatin.




Sumbangan ikhlas dari Dewan Muslimat PAS Pusat.

"Tiada apa yang boleh kita harapkan dengan UMNO/BN lagi. Mereka jelas walaupun telah diberi peluang memerintah melebihi 50 tahun namun isu asasi rakyat seperti keselamatan nyawa rakyat gagal ditangani dengan baik. UMNO/BN sudah tidak mampu memimpin negara ini. Berilah peluang kepada PR pula."

"Malah slogan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan menjadi slogan kosong semata-mata. Di manakah diletakkan keutamaan keselamatan rakyat dalam hal ini ? "soal beliau.

Rombongan Dewan Muslimat PAS Pusat itu juga turut disertai Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr. Halimah Ali merangkap Ketua Lujnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat. Turut hadir ialah pimpinan Dewan Muslimat PAS Perak iaitu Dr. Najihah, beberapa orang AJK Muslimat Negeri, pimpinan Muslimat Kawasan Pasir Salak serta Muslimat Kawasan Teluk Intan.

Apa yang mengharukan ialah apabila balu mendiang, Puan Kala @ Papa a/p Kandasamy berkata biarlah dia sahaja menerima nasib begini (suami dibunuh kejam) tetapi berharap wanita lain tidak mengalami nasib sepertinya.


Pimpinan Dewan Muslimat Teluk Intan turut hadir.









Puan Kala juga berasa amat bangga apabila tiga hari lalu beliau telah dikunjungi Presiden PAS sendiri iaitu Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak menyangka Tuan Guru akan hadir. Selama ini saya hanya melihat wajahnya di dalam suratkhabar atau di televisyen tetapi hari itu saya dapat bersua muka dan bercakap dengan Tuan Guru," kata beliau.

Ustazah Nuridah dan YB Dr. Halimah Ali banyak memberikan kata-kata nasihat serta semangat kepada Puan Kala agar menghadapi ujian berat ini dengan tabah bersama anak-anak.

Adakalanya pertemuan tersebut diselubungi kesedihan apabila balu mendiang mencerita detik-detik bagaimana suaminya ditembak mati yang berlaku di depan matanya sendiri.

Di dalam pertemuan itu, Dewan Muslimat PAS Pusat telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga mendiang.

Sebelum itu, rombongan Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan pertemuan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pasir Salak di pejabat dewan itu.

Di dalam pertemuan tersebut, Dr. Halimah memuji DHPP Pasir Salak yang telah mempunyai pejabat sendiri. Beliaun juga berkata bahawa PAS menghormati DHPP walaupun mereka berbeza agama dan kaum.

"Selama ini, UMNO/BNlah yang menanamkan fikiran rakyat takutkan Islam dan PAS. Maka dengan adanya DHPP telah membuktikan bahawa masyarakat bukan Islam boleh menerima Islam dan PAS," ujar beliau yang amat kagum dengan gerak kerja DHPP Pasir Salak semasa di bawah pimpinan mendiang Siva.


Dr. Halimah menyampaikan ucapan.


Sdr. Richard mengalu-alukan kehadiran pimpinan DMPP.






Menikmati jamuan di Pejabat DHPP Pasir Salak.


Ketua Muslimat Teluk Intan turut hadir.


Ustazah Nuridah ditemuramah oleh blogger.


Pimpinan DMP Negeri Perak, Dr. Najihah dan Pn. Hjh. Faridah.


Ada sesuatu amanat yang disampaikan oleh Ustazah Nuridah kepada Ketua DMP Pasir Salak.


Bergambar kenangan di Pejabat DHPP Pasir Salak.

ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP