RAKYAT PERAK BAKAL DAPAT MB BARU ?
>> 02 Disember 2011
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul
Kadir didakwa tidak lagi akan dipilih sebagai menteri besar Perak oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika BN kekal memerintah negeri
itu selepas PRU-13.
Sebaliknya beberapa nama dikatakan bakal menggantikan Zambry
termasuklah Bekas Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli, Timbalan Pengerusi
Umno Perak Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Naib Presiden Umno
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Bruas Datuk
Manaf Hashim yang didakwa kini sangat rapat dengan perdana menteri.
Menurut sumber, desas-desus itu sangat kuat diperkatakan kakitangan
kerajaan negeri malah usaha lobi-melobi juga jelas dapat dilihat
blog-blog politik ahli Umno negeri itu.
Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Perak turut mendapat malumat berhubung pergolakan sedang berlaku itu.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan hari
ini mencabar Umno negeri itu menamakan calon menteri besar yang baru.
"Adakah Tan Sri Tajol Rosli akan kembali menerajui Umno BN Perak?
Ataupun Timbalan Pengerusi Umno BN Perak kini, Datuk Seri Ahmad Husni
Mohamad Hanadzlah yang akan dinamakan bagi menggantikan Datuk Seri
Zambry?
"Atau juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang
dikatakan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini? "
soalnya
Beliau juga mendakwa, Najib sehingga kini belum memuktamadkan siapakan calon yang paling layak untuk kerusi ‘orang nombor satu’ di negeri itu.
"Marilah kita tunggu apa jawapan BN Perak dan kami telah pun
mengisytiharkan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai
calon Menteri Besar untuk Pakatan Rakyat (PR) Perak kelak," katanya.(harakahdaily)
0 ulasan:
Catat Ulasan