TAUKEH TEMPE RAMAL BN SUSAH NAK MENANG DI LIMA NEGERI
>> 30 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Bekas Jawatankuasa tertinggi Umno Dr Mohd Khir  Toyo telah menyenaraikan lima negeri yang mungkin sukar untuk Barisan  Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang,  kerana formula lama yang digunakan untuk meraih undi tidak lagi  berkesan.
Antara negeri yang dinamakan Khir adalah Pulau Pinang, Selangor,  Negeri Sembilan, Perak, dan juga Kuala Lumpur, yang mana jumlah  pengundinya tidak mempunyai perbezaan ketara antara Melayu dan bukan  Melayu.
“Ini adalah negeri yang sukar, Penang, Perak, Selangor, Negeri  Sembilan, Wilayah, jika kita lihat pengundi di sini, bilangan pengundi  bukan Melayu adalah lebih kurang sama dengan pengundi Melayu, jumlah  mereka tidak banyak berbeza.
“Negeri-negeri ini dalam bahaya,” kata Khir (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam temuramah eksklusif minggu lalu.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata sementara Melayu masih lagi  menyokong Umno, kebanyakan sokongan tersebut adalah daripada kumpulan  pengundi di kawasan luar bandar, sementara pengundi “bandar” akan  mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
2 ulasan:
Kat kampong kami panggil dia "Pak Khir kuat makan tempek" bukan tempe jer tau...
Orang kampong aku bagi tau yg dia ni dah macam orang frust bercinta, pakai seluar katok duduk kat anjong rumah.
Catat Ulasan