(ada video) 17 CEDERA AKIBAT LUMBA KERETA HIMPUNAN BELIA NAJIB
>> 27 Mei 2012
Seorang pegawai kementerian belia dan sukan hari ini berkata tiada 
individu yang meninggal dunia dalam insiden melibatkan acara perlumbaan 
ketika karnival Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya semalam.
 Pembantu
 kanan jabatan pembangunan sukan kementerian itu, Saipuddin Zakaria 
berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan empat lelaki berusia 
antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad.

Seorang 
daripadanya patah tulang paha, dua lagi  mengalami pendarahan dalaman 
manakala seorang lagi patah tangan dan  kaki, katanya ketika dihubungi.
Empat
 lelaki tersebut, yang dihantar ke Hospital Putrajaya malam   tadi, 
mengalami kecederaan apabila seorang pelumba hilang kawalan ke   atas 
kenderaan yang dipandunya dan melanggar satu pengadang keselamatan.
Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.
Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.
Selain itu seramai 13 orang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu menerima rawatan  pesakit luar, katanya.
"Yang
 terjadi ni, kemalangan biasa yang mana pemandu kereta drag ini mungkin 
dia cuai sikit jadi dia terlanggar kita punya pengadang kemudian dia 
panjat ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi. 
"Penonton ini walau dah diarahkan turun dari pembahagi jalan, mereka ini degil juga, duduk di atas pembahagi jalan.
"Jadi bila  berlaku macam itu, kereta dah naik ke pembahagi jalan, langgarlah penonton," katanya.(malaysiakini)
 
1 ulasan:
Salam, from my observation the safety precaution is not enough!! The organizer should be blame!! Period!!
Catat Ulasan