Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA AIDILFITRI & DEEPAVALI

>> 19 Oktober 2008

19 Oktober 2008 - Bertempat di Pekarangan Pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan, Jalan Changkat Jong, majlis penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri dan Deepavalli telah diadakan. Program tersebut adalah anjuran Kelab Penyokong PAS Pusat.

Program yang pada awalnya akan dihadiri oleh isteri YAB Menteri Besar Perak, Datin Seri Fatimah Taat telah menerima kejutan besar apabila saat-saat akhir telah dimaklumkan bahawa YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Hj. Nizar bin Jamaluddin sendiri akan hadir bersama isteri.

Sebelum pukul 2.30 petang, berbondong-bondong warga Teluk Intan telah hadir. Termasuklah rombongan menggunakan bas. Masing-masing tidak sabar menatap wajah MB Perak dan isteri.


Bas yang disewa khas sedang menurunkan penumpang.

Menurut Sdr. Vincent Lee, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, seramai 250 orang penerima sumbangan telah dipilih di kalangan pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina di sekitar Teluk Intan. Program pada petang itu juga telah melancarkan kad keahlian Kelab Penyokong PAS di mana tiga wakil kawasan iaitu Teluk Intan, Pasir Salak dan Sabak Bernam telah dijemput untuk menerimanya.

Replika kad keahlian Kelab Penyokong yang akan disampaikan kepada wakil kawasan.


Sdr. Vincent Lee sedang berbincang dengan Sdr. Azhar Rafie, pengacara majlis petang itu.

Kira-kira pukul 3.45 petang, YAB MB serta isteri telah sampai dan disambut dengan meriahnya mengikut adat kaum India dengan kalungan bunga malai serta paluan gendang oleh AJK Kelab Penyokong PAS Teluk Intan. Turut menyambut ketibaan MB ialah ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta isteri, Pengerusi Kelab Penyokong Pusat Sr. Hu Phang Chaw, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Sdr. Vincent Lee, Naib Pengerusi KPP Pusat, Sdr. N. Balasubramaniam, Pengerusi KPP Teluk Intan Sdr. Krishnan, pimpinan PAS Teluk Intan dan lain-lain lagi. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Teluk Intan, YB M. Manogaran.





MB dikalungkan dengan bungai malai oleh Pengerusi Kelab Penyokong Perak, Sdr. Surianarayanan.




Paluan gendang oleh pemuda Kelab Penyokong PAS Teluk Intan begitu meriah sekali.




Ketua Dewan Muslimat Kawasan dan AJKnya turut menyambut ketibaan MB dan isteri.








Pimpinan Kekab Penyokong PAS Pusat dari kiri Sdr. Vincent Lee (Tim. Pengerusi), Sdr. N. Balasubramaniam (Naib Pengerusi) dan Sdr. Hu Phang Chaw (Pengerusi).


Sdr. Azhar memulakan majlis.




Sdr. Surianarayanan menyampaikan ucapan mewakili Kelab Penyokong PAS Perak.


Naib Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat menyampaikan ucapan.


YB Hj. Mohd. Anuar Sudin turut menyampaikan ucapan selaku tuan rumah.



Dalam ucapan, Dato' Seri Hj. Nizar menyatakan kerajaan negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan beberapa program kebajikan telah dan sedang dilaksanakan. Walaupun belum sampai setahun usia kerajaan Pakatan Rakyat namun begitu banyak program kebajikan telah dilaksanakan.

"Dan usaha murni ini akan terus dinikmati oleh rakyat Perak secara totalnya jika rakyat memberi mandat untuk Pakatan Rakyat terus menerajui negeri Perak pada pilihanraya akan datang, " jelas beliau lagi.

Beliau juga menyatakan, batu penghalang antara kaum telah dapat runtuhkan sejak Pakatan Rakyat menguasai lima buah negeri. Selama ini UMNO/BNlah yang sentiasa meniup api perkauman. "Ini terbukti dengan apa yang telah berlaku dalam ucapan seorang ADUN UMNO/BN di dalam sidang DUN Perak yang lepas berkaitan kaum India," jelas beliau lagi.

"Dulu amat susah nak tengok rakyat berbilang kaum berkumpul seperti ini, tetapi sekarang majlis seperti ini sudah menjadi perkara biasa dalam program-program Pakatan Rakyat terutamanya PAS, " ujar beliau lagi. Beliau mengucapkan tahniah atas usaha Kelab Penyokong PAS sama ada di peringkat pusat, negeri dan kawasan yang begitu aktif melaksanakan pelbagai program yang melibatkan pelbagai kaum.
Kesimpulannya, rata-rata para hadirin yang kali pertama bertemu dan mendengar ucapan YAB Hj. Nizar menyatakan rasa kagum mereka akan kebolehan MB Perak ini yang berkebolehan berbahasa Cina, Tamil, dan Urdu serta diselang seli dengan perkara yang mencuit hati.
Mungkin ada perkara yang mencuit hati para hadirin yang telah diucapkan oleh Hj. Nizar.

Read more...

LAPORAN BPR SATU ISU KANTOI UMNO

>> 18 Oktober 2008

(Dipetik dari perakdaily.com)
Oktober 18, 2008 - IPOH: Berita mengenai laporan BPR akan dibuat terhadap sahabat saya, setiausaha Politik MB Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki saya ketahui kira-kira jam 5 petang, iaitu pada Rabu atau sehari sebelum laporan itu dibuatSaya terdiam seketika bagaimana hendak saya pecahkan berita kurang enak itu pada Misbah sebentar lagi. Sebelum itu, Misbah baru dua minit turun dari mobil saya untuk ke pejabat semula kerana tertinggal dokumen perjalanan.
.

Misbah muncul dan terus meminta saya ke medan Gopeng. Saya memandu selamba sambil dalam kepala bagaimana hendak saya pecahkan makluman ini kepada beliau. Saya hulurkan hanfon saya agar Misbah dapat membaca mesej yang tertera.

Misbah memandang saya selepas membaca dan bertanya apa dia salah lakunya ? kami berdua terdiam. Tiada siapa yang hendak kami rujuk. Pada masa itu, Dato Seri Menteri Besar berada di Terengganu menghadiri mesyuarat Majis Raja-raja.

Saya meminta beberapa rakan menyiasat apakah bentuk salah laku yang didakwa. Lima minit kemudian semuanya terjawab, ia berpunca daripada surat Misbah kepada JPS berhubung kontrak penyelengaraan kepada JKKK.

Mana ada akalnya Yeop. JKKK kerajaan negeri di bawah peruntukan kerajaan negeri. Teringat saya kata-kata Menteri Besar mengenai JKKKP itu. Benarlah JKKKP itu ialah Jawatankuasa Kerja Kampung Pengacau.

Kami ke restoran di Medan Gopeng . Sambil pekena teh kami ketawa. Sayugia diingatkan bahawa Umno, sekadar ingin menonjolkan diri mencari apa jua kesilapan (jika ada) dilakukan Pakatan Rakyat hatta sebesar zarah sekalipun, wal hal kesalahan diri (Umno) lebih besar. Ia dibuat untuk menunjukkan bahawa Umno tidak berdiam diri. Ia satu manipulasi untuk menonjolkan diri semasa persidangan pemilihan Umno yang sedang berjalan.

Itu bab peruntukan. Daalam kes surat kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Misbah tidak pernah mengarahkan diserahkan kerja-kerja selenggaraan parit kepada JKKK yang baru, tetapi memohon atau dengan kata tepat dipohon agar menyerahkan kerja.

Dipohon serahkan kerja-kerja daripada JKKK lama (zaman Umno-BN) kepada JKKK yang baru dilantik. So what’s wrong ? Itulah kandungan surat Misbah

Sekarang jelaslah, Yang berhormat berkenaan kurang arif mengenai prosidur kerja. Dukacita saya dapati Yang Berhormat juga kurang memahami atau gagal membedakan penggunaan perkataan yang dicatat dalam surat yang dimaksudkan itu antara ‘arah’ dan ‘dipohon’.

Secara lateralnya, kata Misbah, jika ‘arah’ bererti ia mesti diikuti, manakala ‘dipohon’bermakna terpulang pada budi bicara dan jika tiada halangan. Jadi ia terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengarah berkenaan untuk membuat keputusan, jika ia didapati tidak menyalahi peraturan atau bertentangan dengan etika.

Misbahul juga melahirkan rasa hairannya, mengapa Yang Berhormat berkenaan bersungguh-sungguh benor mempertahankan kedudukan JKKK lama itu kerana setahu beliau JKKK lama itu telahpun berkubur.

“Saya juga hairan mengapakah ahli JKKK lama masih ingin mempertahankan kedudukan dan harta atau perkakasan atau tugasan yang bukan menjadi milik mereka tetapi milik kerajaan negeri.”

Zainol Fadzli menunjukan dokumen SURAT Ust Misbahul Munir. Tetapi surat itu tidakpun dicatat mengarah kecuali dipohon agar menyerahkan tugas selengaraan kepada JKKK baru atau LPP.

BPR hendaklah menyiasat kes ini dengan teliti dan jujur dan membuat kenyataan akhbar sama ada benar berlaku salah laku atau tidak. Itulah baru buat laporan, siasat belum lagi… benar atau tidak belum tahu, tapi surat khabar cetak dan elektronik dah siarkan secara besar-besaran. Ia seolah-olah meletakkan empunyai diri bersalah. TIDAK ADIL

Yang sebenarnya tiada apapun yang salah dilakukan MIsbah. Itu saya pasti tanpa hadnya. Oleh itu, tunggu tindakan Misbah seterusnya. Sarang tebuan jangan dijolok.

Read more...

GANDINGAN MANTAP YANG DIYAKINI RAKYAT MALAYSIA - ALLAHU AKBAR




Read more...

SUASANA SAMBUTAN AIDILFITRI DI SG. CAWANG/GANDA

>> 17 Oktober 2008

17 Oktober 2008 - PAS Sg. Cawang/Ganda telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri bertempat di Kedai Makan Sdr. Omar Wee berhampiran kilang Ganda.

Tetamu jemputan khas ialah ADUN Changkat Jong serta isteri, pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan, Ahli Majlis Sdr. Hacharan Singh serta keluarga, ahli Kelab Penyokong PAS, Ketua Kampung Selabak dan lain-lain lagi.

Doa dimulakan pembuka majlis.

YB Anuar menyampaikan ucapan.




Pn Hjh. Faridah bersama muslimat.




Ketua Kampung Selabak, Ust. Hj. Khairudin (kiri) turut hadir.

Ahli Kelab Penyokong PAS setia berada di mana-mana program PAS.

YB Anuar menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Pengerusi PIBG SK Kumpulan Ganda, Sdr. Omar bin Wee.

Pegawai Perhubungan Awam Kilang Ganda Edible Oil turut hadir.

YB dan PA sedang menikmati juadah raya.

Pelbagai kaum menikmati juadah.

Antara penggerak PAS di Sg. Cawang/Ganda.

Bergambar kenangan bersama YB Anuar.

Pekerja kilang Bangla pun tidak melepaskan peluang bersalaman dengan YB

Read more...

KRISIS EKONOMI GLOBAL TANDA GAGAL SISTEM KAPITALIS

>> 16 Oktober 2008



KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan krisis ekonomi global sebagai tanda kegagalan sistem kapitalis yang selama ini didewa-dewakan oleh negara Barat.

Kesan dari krisis ekonomi global ini, kata Ustaz Hadi memaksa negara seperti Amerika Syarikat mengeluarkan dana yang besar untuk membantu syarikat yang hampir muflis. "Amerika Syarikat begitu angkuh sebelum ini hingga sanggup menyerang negara lain semata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka," kata beliau.

Beliau turut menegaskan sistem ekonomi kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan kepada satu pihak menyebabkan banyak syarikat kewangan yang muflis. Mengambil contoh kegagalan Bank Bumiputera yang kini hanya tinggal nama akibat mengamalkan riba untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan.

"Pinjaman yang banyak dikeluarkan kerana mahu mengaut riba yang tinggi, akibatnya ramai peminjam yang gagal membuat pembayaran dan akhirnya bank yang mengalami kerugian," kata Ustaz Hadi. Berucap di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan pembentangan belanjawan 2009, Ustaz Hadi turut mengkritik pengagihan ekonomi yang tidak sama rata dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata BN lebih menumpukan pembangunan dari segi ekonomi dan infrastruktur di neger-negeri tertentu berbanding negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Dari segi infrastruktur kata beliau, Sabah dan Sarawak jauh lebih ketinggalan berbanding Semenanjung biarpun BN sudah memerintah lebih dari 50 tahun.

"Pemimpin-pemimpin BN hanya tahu untuk mengambil balak di Sabah dan Sarawak tetapi tidak penderitaan yang ditanggung oleh rakyat di sana," tegas beliau. Ustaz Hadi berkata sepatutnya pengagihan ekonomi sama rata dilakukan tanpa mengira agama dan kaum bersesuaian dengan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

"Kita tidak sepatutnya meminggirkan kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain kerana mereka juga rakyat negara ini," tegas Ustaz Hadi. Beliau juga mengesa agar ekonomi rakyat dimantapkan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat krisis ekonomi global. Dengan mengambil contoh kadar gaji di Singapura yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia,Ustaz Hadi menegaskan sepatutnya rakyat negara ini juga menikmati gaji yang lebih tinggi agar mereka dapat hidup dengan lebih sempurna.

Sehubungan dengan itu, ahli parlimen Marang itu seterusnya mencadangkan agar sistem ekonomi kapitalis yang turut diamalkan di negara ini digantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih menjamin kesejahteraan rakyat. - mks. _

Read more...

KERAJAAN PERAK MAHU KEM TAHANAN KEMUNTING DIPINDAH - MB

>> 15 Oktober 2008


KETEREH, 15 Okt (Hrkh) - Kerajaan Perak sekali lagi mengulangi gesaan supaya Kem Tahanan Kemunting dipindahkan ke negeri lain memandangkan pusat tahanan itu mendatangkan nostalgia negetif bagi rakyat Perak.

Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin berkata, cadangan itu pernah disebut kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada satu pertemuan selepas pilihan raya umum lalu.


"Namun Perdana Menteri buat tidak endah. Kami tidak rela kem tahanan itu terus dibiarkan berada Perak kerana setiap tahun isteri tahanan menangis ketika datang menziarahi suami di kem tersebut.

"Saya tidak sampai hati melihat kesedihan keluarga tahanan ISA dan lebih baik kem itu dipindahkan ke negeri lain termasuk Johor yang menjadi darul Umno. Johor sesuai menjadi muzium bagi ISA," katanya pada ceramah di padang Majlis Daerah Ketereh di sini, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, Yang Dipertua PAS Ketereh, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh dan Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim.

Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang pertama kali dapat melihat dari dekat wajah Menteri Besar Perak. Beliau sejak dua hari lalu menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Besar di Kuala Terengganu. Dan hari ini pula berlangsung Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu. Selepas ceramah beliau bergegas semula ke Kuala Terengganu.

Mohd Nizar juga berkata, anak-anak Perak di kalangan penduduk miskin yang berjaya melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi tahun ini diberi bayaran saguhati sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi tujuan itu. "Ekoran itu ada ibu bapa datang menemui saya menyatakan perasaan gembira kerana mereka tidak pernah menerima apa-apa sumbangan daripada kerajaan negeri sebelum ini," katanya.

Menurutnya juga ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk memberi bantuan kepada penduduk miskin. "Saya minta setiap Adun membawa bantuan makanan dan wang tunai ke kawasan masing-masing untuk disampaikan kepada rakyat mereka," ujarnya.

Menurut beliau sejak menerajui kerajaan Perak Mac lalu banyak perubahan ke arah kebajikan rakyat diberi perhatian, sedangkan perkara itu tidak diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini termasuk hak pemilikan tanah di kampung-kampung baru. - mj _

Read more...

JEMPUT DATANG KE MAJLIS CERAMAH


Read more...

DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA PERGI

>> 13 Oktober 2008

Dalam kesibukan menyambut tetamu di majlis jamuan hari raya kawasan, kira-kira pukul 11.00 pagi, saya telah menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat. Menyatakan seorang sahabat saya, Cikgu Rosdi bin Mohamad (guru SK Perwira/ahli PAS) telah kembali ke rahmatullah.
Setelah bergelut dengan kanser tulang selama 5 bulan, akhirnya Allah telah memanggilnya. Saya sempat menziarahi sahabat saya ini 4 hari sebelum itu di rumahnya Taman Perkasa, Teluk Intan. Allahyarham berada di Teluk Intan sempena Aidilfitri ini dari Hospital USM, Kelantan. Itulah takdir namanya. Ikut perancangannya, sahabat saya ini akan balik semula ke Kelantan untuk meneruskan rawatan pada hari Sabtu (11/10/2008). Namun, dalam perjalanan (di Kampar) beliau telah meninggal dunia.
Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang masih kecil (yang bongsu berumur 9 bulan). Anak-anaknya bersekolah di Sekolah Al Munir.
Saya dan seorang AJK Kawasan, Hj. Anuar Yahya telah sempat menziarah jenazah di rumahnya pada waktu tengah hari. Jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid Seri Setia, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sultan Abdullah.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya atas ruh sahabat saya ini.
Al Fatihah...

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP