DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA PERGI
>> 13 Oktober 2008
Dalam kesibukan menyambut tetamu di majlis jamuan hari raya kawasan, kira-kira pukul 11.00 pagi, saya telah menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat. Menyatakan seorang sahabat saya, Cikgu Rosdi bin Mohamad (guru SK Perwira/ahli PAS) telah kembali ke rahmatullah.
Setelah bergelut dengan kanser tulang selama 5 bulan, akhirnya Allah telah memanggilnya. Saya sempat menziarahi sahabat saya ini 4 hari sebelum itu di rumahnya Taman Perkasa, Teluk Intan. Allahyarham berada di Teluk Intan sempena Aidilfitri ini dari Hospital USM, Kelantan. Itulah takdir namanya. Ikut perancangannya, sahabat saya ini akan balik semula ke Kelantan untuk meneruskan rawatan pada hari Sabtu (11/10/2008). Namun, dalam perjalanan (di Kampar) beliau telah meninggal dunia.
Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang masih kecil (yang bongsu berumur 9 bulan). Anak-anaknya bersekolah di Sekolah Al Munir.
Saya dan seorang AJK Kawasan, Hj. Anuar Yahya telah sempat menziarah jenazah di rumahnya pada waktu tengah hari. Jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid Seri Setia, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sultan Abdullah.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya atas ruh sahabat saya ini.
Al Fatihah...
0 ulasan:
Catat Ulasan