JKKKP YANG MENYUSAHKAN...
>> 30 Oktober 2008
Pada 27 Oktober 2008, Isnin, saya telah mengikuti rombongan PAS Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong ke majlis Sambutan Aidilfitri di Kg. Sungai Samak. Perjalanan ke sana lebih kurang 50 minit. Majlis diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Sungai Samak.
Dewan Orang Ramai Kg. Sungai Samak yang penuh kontroversi.
Kami sampai kira-kira 11.00 pagi sebagaimana yang dijadualkan dalam surat jemputan tetapi orang masih belum ramai lagi. Yang kelihatan hanyalah beberapa orang petugas sedang duduk dan petugas PA System yang sedang memainkan lagu raya. Mereka telah menyambut kami dan mengatakan orang masih ramai lagi sebab mungkin ada di kebun sawit lagi.
Kami pun duduk. Tidak lama kemudian, tibalah beberapa orang AJK PAS Cawangan dan JKKK. Disusuli pula Ketua Kampung/Pengerusi JKKKN, Encik Sarifudin. Sebaik sahaja menghampiri kami, Tok Sidang ini telah merungut-rungut seorang diri.
"Susah..susah. Payah kami dibuatnya. "
Kenapa ?"Nak dapatkan dewan tempat majlis ini bukan main payah. Semenjak JKKKN dibentuk, kami tak pernah dapat kunci dewan ini daripada sidang lama, " jawabnya.
Bila dapat kunci ?
"Baru sahaja. Bila nak buat jamuan ni. Itupun setelah penghulu minta serahkan, baru dibagi kepada kami."
"Itu satu hal. Masalah lain pula datang .."
Apa dia ?
"Dah dapat kunci, tapi kuncinya tak dapat buka pintu dewan. Entah ya entah tidak kunci dewan ni," keluh sidang lagi.
Habis tu, macam mana buka pintu dewan ?"Apa lagi, kamipun kopak le salah satu pintu tu..." beliau menjawab sambil tersenyum.
"Bila dah dibuka, macam yang djangka.., terang benderang dalam dewan tu tak ada perabot kecuali satu dua meja sahaja," tambah sidang lagi.
Kami tersenyum.
"Ada lagi satu hal pulak.."
Ada lagi masalah ke ?
"Bangku dan meja milik dewan yang kita sedang duduk ni pun kita kena sewa dari JKKKP. Dia buat macam harta dia pula."
Bayangkan le. sidang baru (JKKKN) terpaksa menyewa bangku meja dewan daripada sidang lama (JKKKP)...!
Masing-masing termenung bila mendengar keluhan sidang kita.
"Ada lagi...!" kata sidang.
Apa dia ?
"Sekarang bekalan elektrik dewan telah dipotong sebab bil tertunggak RM600.
MasyaAllah...
Jadi, macam mana dapat elektrik bagi majlis hari ini ?
"Terpaksalah kami tarik api dari rumah sebelah...."
Hmm....memang JKKKP menyusahkan....!
0 ulasan:
Catat Ulasan