Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

RUMAH TERBUKA PAS KG.BAHAGIA MERIAH

>> 25 Oktober 2008

25 Oktober 2008 - Suasana meriah telah menyelubungi majlis Rumah Terbuka PAS Cawangan Kg. Bahagia, Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Dewan Terbuka PAS Kg. Bahagia. Ia telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai kaum.
Tetamu istimewa pada petang itu ialah ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri, pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan, Ketua-ketua Kampung, AJK Kelab Penyokong PAS dan Ahli Majlis, Sdr. Hacharan Singh (Mr. Ram).
Di dalam ucapan, YB Hj. Anuar telah mengingatkan para hadirin betapa konsep ibadat dalam Islam jangan dilupa. Apa sahaja yang dilakukan dengan niat yang betul akan dikira ibadat. Oleh itu, suasana majlis rumah terbuka ini pun boleh diterima Allah sebagai ibadat kerana menjamu orang ramai dengan makanan dan minuman.
Kemudian, doa majlis telah dibaca oleh Ketua Cawangan, Ustaz Hj. Shamsuddin Tamyiz.
Syabas kepada semua AJK PAS Kg. Bahagia yang telah berjaya menjayakan majlis ini.






Pengerusi majlis begitu bergaya berbaju Melayu lengkap.



YDP Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail bersama Ustaz Shamsuddin (kiri).
Para hadirin sedang mendapatkan juadah raya.
Kaum muslimat juga ramai datang ke majlis tersebut.


Ahli Majlis Tempatan, Sdr. Hacharan Singh (berdiri) turut hadir.

Puan Hajah Faridah bersama Naib Ketua Dewan Muslimat Kawasan yang juga muslimat cawangan.
Juadah istimewa......roti canai ...! Tokehnya Ustaz Nazri.

Bakat terpendam....Naib Ketua Pemuda DPP Teluk Intan sedang membantu.

Read more...

SEMINAR PECUTAN TERAKHIR SPM 2008

>> 23 Oktober 2008

Pejabat ADUN Changkat Jong dan Yayasan Perak akan menganjurkan Seminar Pecutan Terakhir SPM 2008 pada :

Tarikh : 1 November 2008 / Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna MPTI, Bandar Baru Teluk Intan
(berhampiran Rehat Rehat Teluk Intan)

Pendaftaran adalah percuma.
Makan pagi dan tengah hari disediakan.
Dapatkan tips-tips terakhir daripada penceramah berpengalaman !

Cara mendaftar : Secara SMS taip SEMINAR - NAMA PENUH - NAMA SEKOLAH hantar ke 0195708842 / 0195745055 / 0134390283
atau telefon terus.



Read more...

TELUK INTAN DILANDA BANJIR

>> 22 Oktober 2008

Keadaan cuaca hujan beberapa hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di Teluk Intan telah dilanda banjir. Antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah kawasan di sekitar Jalan Changkat Jong. Ia melibatkan Batu 7 sehingga Batu 9 Jalan Changkat Jong.






Pada 22.10.2008 jam 10 malam, sekumpulan sukarelawan dalam kalangan Pemuda PAS Teluk Intan telah mengunjungi pusat pemindahan mangsa banjir di SK Changkat Jong. Ia turut disertai oleh Timbalan YDP Kawasan. Pada hari ini, penduduk di kawasan Batu 7, Batu 7 1/2, Batu 7 3/4, Batu 8 dan Batu 9 Changkat Jong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurut Ketua Kampung Changkat Jong, Sdr. Salleh Ibrahim, sehingga hari ini seramai 121 orang mangsa banjir telah dipindahkan. Ia meliputi sebanyak 30 keluarga. Usaha menyelamat dengan bantuan pasukan keselamatan masih lagi berjalan sehingga malam ini.

Menurut beliau lagi, buat masa ini, 3 buah bilik darjah telah dibuka untuk mangsa banjir dan ia dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JKKKN/P. Pihak pusat pemindahan mangsa banjir sentiasa bersedia untuk menerima mangsa banjir yang dijangka akan bertambah dalam tempoh 24 jam ini sekiranya cuaca masih buruk.

Di pusat penempatan mangsa banjir SK Changkat Jong, pemuda PAS Teluk Intan sempat membantu membuka dan mengemas bilik darjah sebagai persediaan menerima mangsa banjir dalam masa terdekat ini. Baru sebentar tadi pasukan penyelamat sedang meninjau Kampung Glouster Batu 6. Namun masih ada lagi penduduk yang enggan berpindah walapun telah dinasihati untuk berpindah oleh pihak polis. Kawasan tersebut ialah di Lorong Mesra, Changkat Jong.

Sebelah pagi tadi, ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan pembantu peribadi beliau telah nengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda banjir.

Beginilah keadaan penginapan mangsa banjir di SK Changkat Jong.

Mereka bergotong-royong menyiapkan makanan.

Pemuda PAS Teluk Intan sedang mengemas bilik darjah.


Ini bukan tasik tetapi Padang Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan yang ditakungi air.

Read more...

SAMM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP NAJIB DAKWAAN ISU EUROKOPTER DAN ALTANTUYA

>> 21 Oktober 2008

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Hrkh) - Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak polis menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada 21 Oktober lalu berhubung dakwaan terbabit dengan skandal dan penyelewengan.


Laporan polis dibuat oleh lima anak muda yang mewakili pertubuhan masing-masing antaranya, Badrul Hisham Shaharin (Parti Keadilan Rakyat); Aiman Athirah Al-Jundi (PAS); Wan Mohd Anies Wan Adnan (Aktivis bebas); Ramlan Abu Bakar (Bebas) dan Amin Iskandar (Penganalisis politik dan blogger). Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bersama beberapa aktivis anak muda pada jam 1.30 petang tadi.

Menurut jurucakap SAMM, Badrul Hisham laporan dibuat berikutan dakwaan keterlibatan dan campur tangan Najib dalam isu serta perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Selain itu SAMM juga membuat laporan berhubung dakwaan penyelewengan pembelian pesawat Eurokopter dan pembelian senjata, kata Badrul Hisham.

"Kami mendesak supaya polis membuka semua siasatan kes Altantuya pernah dikaitkan dengan Najib, isu dakwaan kiriman sms Najib kepada seorang peguam yang mengendalikan kes Altantuya," ujarnya kepada wartawan sebaik sahaja selesai membuat laporan tersebut.

SAMM juga mahu polis menyiasat semula pembabitan orang kanan (Abdul Razak Baginda)dan pengawal khas Najib selain pengakuan bersumpah penyiasat, Balasubramaniam berhubung kaitan Najib dengan pembunuhan Altantuya.

"Kami juga mahu seseorang dipertanggungjawabkan di atas kerugian dalam kes Eurokopter kerana ia adalah wang rakyat, justeru siasatan ke atas Najib yang juga bekas Menteri Pertahanan perlu dilakukan," ujarnya.

Sementara Aiman Athirah pula menyatakan bahawa polis harus telus dalam siasatannya berhubung dakwaan ke atas Najib kerana anak muda Malaysia tidak mahu bakal Perdana Menteri dipilih di kalangan mereka yang terbabit dengan skandal dan penyelewengan.

"Kita tidak mahu bakal Perdana Menteri orang yang tidak bersih, kerana kita bimbang akan nasib generasi akan datang dengan adanya bakal PM seperti ini, soal Abdullah Badawi menetapkan Najib pengganti itu bukan penghalang kepada polis untuk melakukan siasatan, sebaliknya tapisan ini perlu dilalui," katanya.

Terdahulu SAMM sebelum memulakan sidang media telah menayangkan kain rentang yang tertera gambar Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor selain tulisan mendedahkan skandal-skandal yang didakwa ada kaitan dengan Najib.

SAMM memaklumkan akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah sebagai langkah supaya badan itu membuat siasatan terhadap Najib. "Kita tidak mahu timbul dakwaan kononnya tiada laporan ke atas Najib, justeru dengan laporan ini ia perlu satu siasatan yang telus," katanya. _

Read more...

BANDAR TELUK INTAN ADA TARIKAN BARU

>> 20 Oktober 2008

Wah, cantiknya lampu tu..! Jerit anak saya sambil menunjuk ke arah lampu berbentuk pokok ketika kereta saya berhenti di persimpangan lampu isyarat. Memang cantik lampu tu.. saya berkata di dalam hati. Sejak seminggu ini, warga Teluk Intan pasti akan berasa terpegun akan cahaya lampu berbentuk pokok yang menghiasi bandar ini. Lampu berbentuk pokok ini merupakan mercu tanda baru di bandar ini.


Terdapat dua lampu pokok yang "ditanam' di simpang lampu isyarat berhampiran Masjid Daerah dan bangunan TNB Teluk Intan. Sekurang-kurangnya ada juga daya tarikan di bandar ini selain Menara Condong. Memang menarik lampu ini kerana ia boleh bertukar warna.






Sebenarnya masih banyak lagi perkara yang boleh diperbaiki untuk menambah daya tarikan di bandar Teluk Intan. Diharap pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan sentiasa beusaha mengindahkan lagi bandar ini.

Read more...

MB PERAK MELANCARKAN KAD KEAHLIAN KELAB PENYOKONG PAS

19 Oktober 2008 - Pada majlis yang sama, YAB Hj. Nizar Jamaluddin telah sudi melancarkan kad keahlian Kelab Penyokong PAS. Majlis anjuran Kelab Penyokong PAS Pusat turut dihadiri oleh Pengerusi KPP Pusat, Sdr. Hu Phang Chaw.



Pada petang itu, tiga orang yang mewakili tiga kawasan iaitu Teluk Intan, Pasir Salak dan Sabak Bernam telah menerima replika kad keahlian daripada YAB MB Perak sebagai simbol pelancaran kad keahlian KPP.


Dato' Seri dan Datin Seri telah dikalungkan dengan bunga malai oleh wakil Kelab Penyokong PAS sebagai tanda penghargaan masyarakat India kepada MB.





Menurut Timbalan Pengerusi KPP Pusat, Sdr. Vincent Lee, majlis ini adalah siri lanjutan bagi KPP Pusat melancarkan kad keahlian bagi beberapa kawasan di negeri Perak dan Selangor. Dengan adanya kad keahlian, maka proses keahlian KPP sedang menuju ke arah pendaftaran ahli yang lebih sistematik dan terkini.


Wakil KPP Pasir Salak menerima replika kad keahlian daripada MB.


Wakil KPP Teluk Intan menerima replika kad ahli.


KPP Sabak Bernam turut menerima replika kad daripada MB.


Hj. Nizar juga mengambil kesempatan untuk melawat pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan. Beliau amat berpuas hati dan memuji akan kemudahan dan keselesaan di pejabat tersebut. Pejabat KPP Teluk Intan telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu pada 10 Julai 2008 lepas.








Sdr. Vincent Lee dan Sdr. Hu Phang Chaw.



Hj. Nizar sedang menandatangani buku pelawat di pejabat KPP Teluk Intan sambil diperhatikan oleh Datin Seri Fatimah Taat.









Hj. Nizar sedang ditemuramah oleh wakil media.




O. K ...! Bergambar bersama YAB MB Perak.

Read more...

MB PERAK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN SEMPENA AIDILFITRI & DEEPAVALI

19 Oktober 2008 - Bertempat di pekarangan Pejabat Kelab Penyokong PAS (KPP) Teluk Intan, Jalan Changkat Jong, seramai 250 orang di sekitar Teluk Intan telah menerima sumbangan sempena Aidlfitri dan Deepavali. Majlis tersebut adalah anjuran bersama KPP Teluk Intan dan KPP Pusat.



YAB Menteri Besar Perak telah sudi menyampaikan sumbangan tersebut. Sumbangan adalah berbentuk wang tunai, beras, gula dan minyak masak. Menurut Pengerusi KPP Teluk Intan, Sdr. Krishnan, penerima-penerima sumbangan adalah di kalangan mereka yang susah tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

Usaha murni ini telah mendapat pujian daripada MB Perak kerana ia bertepatan dengan dasar kerajaan negeri Perak iaitu negeri berkebajikan dan prihatin.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan Ahli Parlimen Teluk Intan, YB M. Manogaran serta pimpinan Kelab Penyokong PAS Pusat.


Barangan sumbangan sedang disusun oleh seorang petugas.








Hj. Nizar sedang menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang penerima.

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP