Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

ALTANTUYA : PELIK, BAGAIMANA RAZAK TAHU ?

>> 21 November 2008



KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Kalangan aktivis rakyat melahirkan rasa pelik dengan kenyataan bekas tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, Abdul Razak Baginda yang menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor memang tidak terbabit dengan kes tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin semasa dihubungi berkata beliau hairan bagaimana Razak boleh mengetahui bahawa Najib dan Rosmah tidak terbabit.

"Macama mana Razak yakin Rosmah dan Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya, maknanya dia (Razak) tengok atau tahu bila Altantuya dibunuh.

"Saya menggesa kertas siasatan kes ini dibuka semula kerana timbul keraguan dalam kenyataan Razak yang terbaru," ujar Badrul Hisham.

Beliau juga menggesa agar polis menyiasat isi kandungan SMS Najib yang sebelum ini mencetus kontroversi selepas penyiasat P.Balasubramaniam membuat kenyataan bersumpah berhubung dakwaan tersebut.

Read more...

PM DAN TPM TIADA DALAM NEGARA... SIAPA JADI PEMANGKU ?

>> 19 November 2008


(Aku keluar, hang pun keluar? Sapa nak jaga negara ?)

18 November 2008 - Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib Abdul Razak dilaporkan kini mengadakan lawatan kerja di luar negara. Menurut laporan media, Abdullah kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi empat hari manakala Najib pula akan ke Lima, Peru untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-16 esok dan seterusnya ke New York dan dilaporkan hanya akan pulang pada awal bulan depan.


Ketika mengulas mengenai hal ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertikaikan ketiadaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang berada diluar negara pada dua hari yang sama dalam minggu ini.


Lim berkata, ini bermakna, pada Rabu dan Khamis ini, kedua-dua mereka tidak ada di dalam negara. Justeru beliau mempersoalkan siapa yang akan menjadi pemangku Perdana Menteri pada dua hari tersebut.


"Bolehkah menteri yang paling senior di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok atau Presiden MCA yang baru dipilih, Datuk Seri Ong Tee Keat?," katanya menurut laporan akhbar.

Read more...

KEMPEN HAPUS I.S.A.


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Pemuda PAS akan menggerakkan kempen secara besar-besaran bersama-sama GMI (Gerakan Mansuh ISA) bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta kejam ISA, pada 23 November ini.

Kempen yang akan diadakan di Dataran MPAJ itu dijangka bagi menghimpun kira-kira 100,000 orang pada Mac depan, sebagai acara kemuncak kepada kempen berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan, kempen tersebut sebagai usaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, selain menunjukkan komitmen rakyat yang tidak mahukan kezaliman tersebut. Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dewan itu, di pejabat parti itu, di Jalan Raja Laut,baru-baru ini.

Dalam sidang media itu juga, mereka turut menyatakan bahawa himpunan tersebut akan melibatkan NGO-NGO dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Read more...

JOM PERGI CERAMAH 24 NOV INI..!



Orang ramai dijemput hadir ke majlis ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Teluk Intan oleh Ustaz Ridhuan Mohd. Noor (AJK Dewan Pemuda PAS Pusat) dan Sdr. Azhar Saud (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak). Ceramah akan diadakan di Dewan Terbuka, Markaz PAS Kg. Bahagia, Teluk Intan.
Sebelum itu, Ustaz Ridhuan akan menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Batak Rabit, Teluk Intan.
Datang...jangan tak datang. Ajak kawan-kawan..!

Read more...

KELAB PENYOKONG MUDA PAS DILANCAR



KUALA LUMPUR, 15 Nov. : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) yang disempurnakan oleh Ketuanya, Salahuddin Ayub di ibu pejabat PAS.

Kelab ini diletakkan di bawah Lajnah Perpaduan Nasional DPP yang dipengerusikan oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua DPP, Nasrudin Hasan; Setiausaha DPP, Ahmad Sabki Yusuf dan Pengerusi Jawatankuasa Penaja KPMP, Vincent Lee. Kira-kira 50 orang termasuk ahli, orang ramai dan para wartawan menghadiri majlis perasmian tersebut yang turut diringi dengan tarian Singa dan paluan gendang India.

Dalam ucapan perasmian, Salahudin menjelaskan objektif utama penubuhan kelab itu ialah untuk menjadi pemangkin kepada anak muda berdepan dengan realiti masyarakat di Malaysia.

Tegasnya, penubuhan kelab tersebut bukan semata-mata untuk meraih sokongan, tetapi juga untuk membuktikan bahawa PAS serius untuk menyelesaikan masalah pelbagai kaum di Malaysia.

"Saya ingin mengatakan pada petang ini bahawa ajaran Islam memberikan peluang dan keadilan untuk semua kaum," katanya.

Dalam ucapan itu juga, Salahudin mengkritik sikap kerajaan yang mengharamkan Hindraf tanpa memberi ruang dan peluang untuk mereka berdialog.

Jadi sayap parti

"Mereka ingin mengadakan dialog, menuntut diberi ruang untuk berbincang. Orang India merasakan diri mereka disisihkan.

"Apa salahnya kalau kerajaan berdialog? Apa yang menjadi tuntutan Hindraf harus didengar," tegas Salahudin.

Dalam ucapan itu juga, Salahudin menjelaskan bahawa antara agenda utama yang dibincangkan dalam permukiman ahli jawatankuasa pusat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama di Langkawi minggu lalu ialah untuk memperkasakan Kelab Penyokong PAS (KPP)

"Kemungkinan kita akan memberi ruang kepada Kelab Penyokong PAS berstatus sayap seperti sayap-sayap lain dalam parti," katanya.

Menurut Salahuddin, langkah tersebut sebagai usaha untuk memberi tempat kepada mereka serta memahami Islam dan dasar-dasar PAS.

"Kita konsisten. Kita tak bermain-main dengan orang bukan Islam. Kita serius untuk menghadapi realiti politik Malaysia hari ini," katanya.

Bagaimanapun, jelas Salahudin, perkara tersebut akan diperhalusi oleh pimpinan PAS dalam siri-siri pertemuan mereka sebelum ia dilaksanakan.

Manakala Khairul Faizi pula menjelaskan bahawa pihaknya akan meluaskan promosi penubuhan kelab itu ke negeri-negeri dan akan mengadakan himpunan besar-besar yang dijangka Mei depan.

Siri jelajah

Sementara itu, Pengerusi Penaja KPMP, Vincent Lee berkata beliau amat gembira dengan langkah PAS memperkenalkan kelab tersebut untuk menarik minat pemuda dan remaja mengenali dan menyokong parti itu termasuk memahami prinsip-prinsip utama dalam Islam.

Beliau berkata, sasaran kelab ini adalah untuk menarik remaja bukan Islam yang berumur 40 tahun ke bawah dan merancang pelbagai aktiviti yang sesuai yang berorientasikan kesedaran politik dan peka dengan perjuangan PAS.

Sehubungan itu, Lee yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong PAS, akan bersama-sama menyertai siri jelajah untuk menambah keahlian kelab tersebut.

"Kelab Penyokong Muda PAS akan turut membantu," katanya.

Mereka mensasarkan seramai 100,000 orang menjadi ahli kelab tersebut.

Dalam sidang media selepas majlis perasmian tersebut, Salahuddin menjelaskan bahawa cadangan kelab Penyokong PAS menjadi sebahagian daripada sayap parti itu masih di peringkat awal.

"Ada perbincangan panjang. Ada beberapa siri perbincangan serius selepas ini untuk membolehkan mereka menjadi sayap dalam PAS," katanya.

Beliau juga menjelaskan, sekiranya kelab itu telah menjadi sebahagian daripada sayap PAS, maka mereka boleh bersuara dan menyatakan pandangan seperti sayap-sayap PAS yang lain.Malaysiakini

Read more...

PENTING ..... : BAJET 2009 NEGERI PERAK

>> 10 November 2008

5 prinsip teras utama Bajet 2009 Perak :

  • keadilan
  • amanah
  • kewibawaan
  • ketelusan
  • kebajikan

Strategi Bajet 2009 Negeri Perak adalah seperti berikut:

Pertama: Menjadi sebuah negeri berkebajikan;

Kedua: Meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri;

Ketiga: Memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar bandar dan bandar; dan

Keempat: Menyediakan sistem penyampaian sektor awam yang efisien

Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ? (HEBOHKAN/HEBAHKAN..!!)

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

9. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

10. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

11. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

12. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

13. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

Read more...

RAKYAT AGENDA UTAMA KERAJAAN NEGERI PERAK

>> 09 November 2008

8 November 2008 - Kekayaan sumber di negeri Perak ini akan diagihkan sama rata dan akan dikembalikan kepada rakyat tanpa mengira bangsa atau agama. Begitulah antara isi ucapan ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin semasa berucap merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Teluk Intan.

"Dengan berprinsipkan keadilan dan kebajikan, maka tidak ada alasan lagi untuk kerajaan negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat untuk menafikan hak rakyat terutamanya dalam pengagihan kekayaan kepada rakyat, " jelas beliau.



"Rakyat adalah agenda utama kami, " tegas Haji Anuar lagi.
Beliau juga menyatakan, kerajaan Perak amat-amat menghargai usaha PASTI menggerakkan pendidikan pra sekolah Islam terutamanya guru-guru PASTI yang banyak berkorban. Mungkin elaun yang mereka terima tidak setimpal dengan pengorbanan yang telah mereka curahkan di dalam PASTI. Oleh kerana itu, baru-baru ini, kerajaan negeri telah menyumbangkan sebanyak RM500 kepada setiap guru PASTI di negeri ini sebagai tanda penghargaan daripada pihak kerajaan negeri.


Pengerusi PASTI Kawasan menyampaikan ucapan.

Dalam majlis tersebut, Pengerusi PASTI Kawasan Teluk Intan, Saudara Shamsuddin Mahmud telah mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang masih menjadikan PASTI sebagai pilihan utama untuk menghantar anak-anak mendapatkan pendidikan awal sekolah. Tidak lupa juga beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PASTI Kawasan, Cawangan serta guru-guru yang telah bekerja keras menggerakkan PASTI. Kini, Teluk Intan mempunyai 7 buah
PASTI.


Terima kasih YB...


Antara ibu bapa yang hadir.
Persembahan murid-murid PASTI Kawasan Teluk Intan :



Read more...

USAHAWAN PAS TELUK INTAN

9 November 2008 - Pagi tadi saya ke Pasar Teluk Intan. Terfikir di hati untuk singgah di premis perniagaan sahabat-sahabat yang berniaga di pasar tetapi mempunyai banyak menyumbang tenaga, masa dan harta untuk perjuangan Islam khususnya dalam PAS Kawasan Teluk Intan.
Sebenarnya di Teluk Intan masih ramai lagi aktivis-aktivis PAS Teluk Intan yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Namun, oleh kerana saya singgah di pasar, maka tiga orang sahabat ini sahaja yang dapat saya paparkan.

Pertama :


Sibuk nampaknya sheikh kita ni...




Saudara Ahmad Kabir bin Mahdin. Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan merangkap Ketua Lujnah Perpaduan Nasional (orang kuat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan). Sudah lama berniaga ayam di Pasar Teluk Intan. Banyak berperanan menyebarkan dakwah dan mesej jamaah sewaktu berniaga tidak kira Melayu, Cina atau India.


KEDUA :


Sahabat kita ni pula, mulut dan tangannya cekap bekerja...



Haji Mohammad Akram bin Mohd. Yusuf. Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan merangkap Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan. Beliau juga merupakan Pembantu Khas ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin. Sudah lama berniaga ayam di Pasar Teluk Intan bersebelahan tempat berniaga Saudara Ahmad Kabir. Sikap beliau yang peramah memudahkan menyampaikan mesej Islam dan parti kepada pelanggan yang datang.

KETIGA :


Tuan Haji Sulaiman bin Abdullah. AJK Lujnah Politik dan Pilihanraya/MTD Changkat Jong. Beliau menjalankan perniagaan barangan runcit di Pasar Teluk Intan. Kalau nak beli barangan halal, produk bumiputera/Islam, silalah singgah di kedai beliau.
Sebenarnya masih ramai lagi ahli-ahli yang berniaga. InsyaAllah kita akan paparkan jika ada kesempatan. Paparan sebegini diharap dapat membantu orang ramai untuk mendapatkan barangan atau produk yang dijamin halal. Singgah...jangan tak singgah...

Read more...

>> 08 November 2008


ADUN CHANGKAT JONG, YB HAJI MOHD ANUAR BIN SUDIN DAN PAS KAWASAN TELUK INTAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN SPM KEPADA SEMUA CALON SPM 2008. SEMOGA ANDA BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG. INSYA ALLAH.

Read more...

ZIARAH MANTAN YDP PAS TELUK INTAN SIRI 3 - JASAMU DIKENANG

7 November 2008 - PAS Kawasan Teluk Intan telah menziarahi mantan Yang Di Pertua PAS Teluk Intan iaitu Ustaz Abdul Hir bin Hj. Damanhuri. Program yang diketuai oleh YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Haji Ismail bin Che Nik turut disertai oleh YB Haji Mohd. Anuar Sudin yang merupakan Bendahari PAS Kawasan serta beberapa orang ahli jawatankuasa kawasan.

Mantan YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Hir bin Haji Damanhuri.

Program siri Ziarah Mantan YDP ini adalah siri ke-3. PAS Kawasan telah menziarahi Ustaz Johar dan Ustaz Hj Shamsuddin Tamyiz. Antara objektif program ziarah ini adalah untuk mengetahui sejarah PAS Kawasan Teluk Intan sendiri khususnya tentang pimpinan yang telah menerajui kawasan agar ia boleh dijadikan rujukan oleh pimpinan sekarang dan akan datang. Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara bekas pimpinan dengan pimpinan sekarang.


Ustaz Hir begitu bersemangat bercerita.


YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik bersama beberapa orang AJK Kawasan.

Rombongan telah disambut mesra oleh Ustaz Abdul Hir serta isteri di kediaman rumah mereka yang terletak di belakang Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak.

Walaupun dalam keadaan uzur akibat kesan serangan stroke sejak enam tahun yang lalu, namun ia tidak menghalang untuk beliau menerima rombongan kawasan.

Beliau banyak menceritakan sejarah penglibatan beliau di dalam parti. Mengikut catatan beliau (ustaz banyak merujuk kepada fail) penglibatan di dalam jamaah bermula semasa di kawasan Parit sebagai YDP ABIM Parit. Selepas itu beliau menyertai PAS Parit pada tahun 1984 dengan menyandang jawatan Ketua Pemuda PAS Parit (1984-1985) dan pada masa yang sama sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Negeri semasa Ustaz Hj. Fakharuddin bin Dato' Ghazakli sebagai Ketua Pemuda PAS Perak.


Ustaz Hir sedang merujuk fail peribadinya.
Pada tahun 1986, Ustaz Hir telah menjawat Timbalan Pesuruhjaya 3 merangkap Ketua Penerangan PAS Perak (pada masa itu Pesuruhjaya ialah Ustaz Kamaruddin Awang Basir). Pada waktu itu, beliau telah bertukar ke Teluk Intan dan aktif di kawasan tersebut. Jawatan yang disandang ialah sebagai NYDP PAS Teluk Intan (semasa itu Ustaz Johar sebagai YDP). Kemudian pada tahun 1991, beliau telah menjadi YDP PAS kawasan menggantikan Ustaz Johar. Jawatan YDP itu telah dipegang sehinggalah tahun 2003.

Kemudian, YDP Kawasan Teluk Intan telah disandang oleh Ustaz Hj. Fakharuddin bin Dato' Ghazali sehingga tahun 2004. Bermula 2004 sehingga kini YDP PAS Teluk Intan ialah Ustaz Hjai Ismail bin Che Nik.


YB Anuar mendengar pengkisahan sejarah PAS Kawasan oleh Ustaz Hir.
Sepanjang perbualan bersama Ustaz Hir, banyaklah kenangan manis dan pahit, suka duka dalam perjuangan yang telah diceritakan oleh Ustaz Hir. Ingatan beliau masih baik walaupun keadaan
fizikal beliau tidak begitu baik.
Ada perkara yang menggelikan hati YB semasa Ustaz Hir bercerita.

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP