Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

>> 13 Disember 2008



Jemput hadir ke majlis Ceramah Isu Semasa anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan yang akan diadakan pada :

Tarikh : 15 Disember 2008 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak, Teluk Intan.
Penceramah :
YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin - ADUN Changkat Jong
Ustaz Azman Shapawi - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat/Ketua Pemuda PAS Terenganu

JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI ...

Read more...

JAGALAH RAHSIA PARTI - USTAZ IDRIS AHMAD

Amat menarik jika kita membaca artikel oleh Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat) tentang tajuk yang dulu kita selalu bincangkan dalam usrah tetapi sekarang semakin kita lupakan. Saya paparkan sedikit artikel beliau yang begitu kontemporari sifatnya :

Bukan kita jadikan blog-blog, media untuk membelasah parti dan pimpinan sehingga mengelirukan ahli biasa dan penyokong atas pagar. Rasa tidak puas hati semua orang ada, tetapi apabila kita bersama dengan jamaah maka kita kena pegang dengan pandangan jamaah dan keputusan jamaah. Kita sebagai ahli kena beza pandangan Majlis Syura dengan ahli Syura, pandangan Jawatankuasa Pas Pusat dengan pandangan ahli jawatankuasa Pas Pusat.


Sebenarnya dalam disiplin jamaah dan orang yang dianggap melanggar disiplin jamaah yang paling berat ialah mereka mendedahkan rahsia parti dan kelemahan parti kepada orang lain atau kepada media. Kita diajar oleh Nabi SAW, jika tidak puas hati kepada jamaah dan pimpinan medan kita ialah mesyuarat, usrah, muktamar, perjumpaan tertutup, sessi muhasabah, bengkel dan apa saja program yang tidak terdedah kepada umum. Inilah medan yang terbaik untuk kita mengkritik pimpinan atau jamaah.

Justeru, ahli PAS terutamanya mesti atau wajib membacanya, sebagai peringatan untuk kita apatah lagi dalam suasana kemenangan di beberapa negeri yang kadangkala kita sering terlupa dan tersasar daripada landasan kebenaran jemaah atau parti yang kita dukung. Lebih baik lagi jika kita jadikan sebagai bahan perbincangan di dalam usrah.

Sila baca seterusnya di sini.

Read more...

KETUANAN MELAYU VS KETUANAN ISLAM

>> 12 Disember 2008


Sebagaimana berkali saya tegaskan bahawa kaum dan bangsa selain melayu akan tersentuh hati mereka apabila kita senantiasa mengenegahkan soal melayu , melayu dan melayu . Kenapa tidak ? sebagaimana kita juga akan tersentuh perasaan jika mereka hanya mengenegahkan isu cina , cina dan cina .


Ini kerana di sebabkan bangsa kita adalah suatu yang tidak boleh berubah. Kita jadi melayu bukan kerana pilihan kita sebagaimana cina menjadi cina bukan kerana pilihan mereka .

Justeru , bercakap soal bangsa tidak boleh menyelesaikan masaalah perpaduan dan persefahaman antara kaum . Kita bercakap soal bangsa malah selalu berbangga dan mendabik dada dengan bangsa kita , sekalipun bangsa kita mempunyai pelbagai kelebihan dan kehebatan ia tetap akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan bangsa lain kerana mereka sampai bila pun tidak boleh jadi melayu untuk sama - sama menikmati kelebihan tersebut.

Apabila Kita timbulkan isu ketuanan Melayu , maka cina dan India akan terguris perasaan mereka disebabkan sampai bila pun , mereka tidak boleh jadi Melayu untuk turut sama menikmati "ketuanan" tersebut . Tambahan lah kalau melayu dipandang tidak memiliki apa - apa oleh mereka , saya kira sampai bila pun mereka tidak berminat "menjadi" melayu .

Berbeza kiranya kita bercakap soal Ketuanan Islam . Selain daripada Islam adalah agama samawi yang benar dan hebat , ia adalah agama yang boleh diterima oleh siapa sahaja justeru turunnya adalah menjadi rahmat kepada sekelian alam .

Sesiapa sahaja boleh menjadi muslim . Tidak mengira apa bangsa ia dicipta , Asy Syahadatain boleh menjadikan mereka layak sebagai seorang muslim . Maksudnya sesiapa sahaja boleh menerima Islam asal sahaja meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah . Melayu kah mereka demikianlah cina atau Indiakah mereka . Mereka boleh jadi Melayu Muslim , Cina Muslim , India Muslim atau apa sahaja bangsa mereka .

Kalau pun mereka tidak mahu menjadi muslim atau tidak menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka . Mereka masih boleh memilih untuk berada dibawah lindungan Islam sebagai golongan zimmi yang membayar Jizyah kepada pemerintahan Islam .

Memandangkan Cina dan India terlebih dahulu mengenali Islam berbanding Melayu , maka saya sangat yakin apabila kita bercakap soal Ketuanan Islam , ianya tidaklah mengecewakan mereka .
Apa yang malang ialah umat Islam sendiri gagal beramal dan menghayati Islam sebagai cara hidup dan membimbing manusia kembali ke jalan yang benar . sedikit sebanyak ia menjadi fitnah kepada ummah .

Namun begitu Islam tetap utuh sebagai agama suci yang dipelihara oleh Allah jalla wa A'ala . Ajarannya tetap menunjuk ke arah jalan yang benar . TIdak sahaja jalan menuju akhirat dan membina kehidupan akhirat di syurga ALlah tetapi Islam adalah agama yang lengkap dengan pelbagai akta dan enakmen serta peraturan untuk manusia menjalani kehidupan di dunia .
Persoalannya kenapa tidak kita bercakap soal Ketuanan Islam lantas memperjuangkannya . Islam agama yang syumul pula kaya dengan kemuliaan akhlak dan ketinggian nilai .

Saya berkeyakinan tinggi bahawa Islam agama yang mampu malah boleh diterima oleh sesiapa sahaja andainya sampai kepadanya keterangan dan penjelasan yang lengkap mengenai Islam . Selebihnya kembali kepada ketentuan Allah untuk memberi hidayah atau tidak .

Paling tidak , menjadikan mereka akur akan kebenaran Islam dan tidak lagi memusuhi Islam atau peringkat seterusnya , mereka sedia malah memilih untuk berada dibawah lembayung Islam justeru menginsafi keadilannya kalaupun mereka belum bersedia untuk menganut ajaran Islam .

Mempertahan dan memperjuangkan Ketuanan Islam nyata berbaloi berbanding perjuangan bangsa dan warna kulit .

Berasaskan realiti ini , saya berseru agar kita tidak lagi memperjuangkan bangsa sebaliknya memperjuangkan Ketuanan Islam disamping kita berbangga menjadi bangsa apa kita diciptakan . (ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com)

Read more...

FAKTA ISU TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGASA : SATU RENUNGAN

>> 11 Disember 2008

Adalah amat tidak adil menuding jari kepada kerajaan Selangor Pakatan Rakyat yang baru berusia 9 bulan lebih. Jadi, secara fikir mudahnya, semua orang boleh jangka siapa yang harus diletakkan beban pertanggungjawaban atas isu malang ini.


Teliti fakta berikut (yang telah dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim) :
  • Sepanjang lapan tahun pentadbiran pemimpin Umno mulai tahun 2000, 99 projek kawasan berbukit diluluskan, termasuk 27 yang sedang dimajukan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

  • Projek-projek itu termasuklah 10 di kawasan Bukit Antarabangsa, yang mengalami tragedi tanah runtuh Sabtu lalu, dan 11 lagi di Bukit Melawati - dua kawasan yang dianggap berisiko tinggi.

  • Projek-projek di kawasan ini dikelaskan berada dalam kategori 3 dan 4 iaitu kecerunan lebih 25 darjah dan memerlukan penyeliaan teknikal yang lebih ketat.

Read more...

MAJLIS PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT DENGAN KETUA KAMPUNG DAN SETIAUSAHA JKKK



10 Disember 2008 - PAS Kawasan Teluk Intan telah bertindak proaktif apabila mengadakan perjumpaan serta taklimat bersama ketua-ketua kampung dan setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) baru-baru ini di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak. Pengerusi dan Setiausaha JKKK yang dijemput adalah JKKK yang berada di bawah DUN Changkat Jong.


Sebanyak 13 kampung yang telah terlibat antaranya Kg. Padang Tembak, Kg. Bahagia, Kg. Banjar, Batak Rabit, Sungai Kerawai, Sungai Tungku, Kg. Sungai Samak, Pulau Ganda Suli, Kg. Sungai Cawang, Kg. Changkat Jong dan Kg. Air Hitam.

Antara objektif perjumpaan tersebut ialah mendedahkan kepada ketua-ketua kampung tentang prosedur permohonan bantuan yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, berkenal-kenalan dengan pimpinan PAS kawasan, serta berkongsi pendapat dan pengalaman sesama JKKK untuk faedah bersama dan sebagai saluran JKKK menyuarakan pelbagai masalah kepada pihak ADUN dan pimpinan kawasan.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua ahli dewan harian kawasan termasuklah ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin merangkap Bendahari kawasan dan Pembantu Khas ADUN, iaitu Tuan Haji Mohammed Akram.

Di dalam ucapan aluan, Yang Di Pertua PAS Kawasan Ustaz Haji Ismail Che Nik telah menyatakan betapa pentingnya pihak Ketua Kampung dan JKKK memainkan peranan aktif dalam melaksanakan segala tanggunjawab mereka. Ini adalah kerana, Ketua Kampung dan JKKK merupakan salah satu jentera kerajaan negeri yang dekat dengan rakyat. Tanpa kerjasama erat dan padu daripada ketua kampung dan JKKK kemungkinan hasrat kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat dan mengadakan program pembangunan akan terbengkalai.

"Elakkan kebergantungan seratus peratus kepada kerajaan negeri sehinga menyebabkan pihak JKKK kekurangan idea dan tidak kreatif dalam merancang pembangunan dan kebajikan rakyat, " jelas beliau lagi.

YDP kawasan, Ustaz Ismail sedang menyampaikan ucapan.

Beliau juga menasihati perlunya ketua kampung mempunyai tamayyuz atau perbezaan dengan ketua kampung lama (BN) kerana sekarang mereka di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, terutama Parti Islam Semalaysia (PAS). Beliau juga menyeru semua ketua kampung agar dapat menghadiri program Liqa al Fikri anjuran PAS negeri yang diadakan secara bulanan agar mereka mendapat gambaran yang jelas tentang perjuangan PAS sebenar.

Majlis dimulai dengan taklimat khas oleh Tuan Haji Mohamed Akram, Pembantu ADUN. Beliau menyampaikan taklimat tentang peluang, ruang dan prosedur permohonan bantuan bagi Jabatan Kebajikan Masyrakat dan Pejabat Agama Daerah yang mana kebanyakan Ketua Kampung masih kekurangan kefahaman tentang perkara tersebut.

Haji Akram sedang menyampaikan taklimat permohonan bantuan agensi kerajaan.

YB Anuar Sudin sedang memberi respon terhadap soalan yang dikemukakan.

Taklimat tersebut telah memberikan gambaran jelas berkenaan dengan bagaimana ketua kampung dapat berperanan dalam mendapatkan bantuan untuk masyarakat kampung yang mengalami malapetaka, bencana alam, kemiskinan dan sebagainya.

Seterusnya, pejabat ADUN Changkat Jong dan PAS Kawasan juga telah mengeluarkan borang bancian penduduk DUN Changkat Jong. Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha PAS Kawasan, Sdr. Mohd. Farid Al Jarumi.


YB Anuar Sudin menyerahkan dokumen kepada ketua kampung.

Akhir sekali, sesi dialog telah diadakan di mana kebanyakan soalan berkisar tentang peranan ketua-ketua kampung serta masalah yang mereka hadapi. Di samping itu, setiap ketua kampung telah memberikan laporan tentang perkembangan JKKK kampung masing-masing. Semoga, program seperti ini dapat dilaksanakan secara berkala.

Read more...

USUL TERGEMPAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA DIBAHASKAN DI DEWAN RAKYAT

>> 10 Disember 2008










国会下议院议长班迪卡今早通过公正党鹅唛国会议员阿兹敏所提呈的雪州淡江国际山庄土崩事件紧急动议,并会在今午提供1小时进行辩论。身兼国际山庄州议员的阿兹敏阿里表示,由于房屋计划蓬勃发展,加上法律的疏漏,导致我国最近频频发生土崩事件,造成人命与财物的损失。应立法管制斜坡发展计划阿兹敏(左图)指出,国会有必要立法管制斜坡发展计划,以便保障当地居民的安危,同时加强执法与监督工作,避免土崩惨剧重演。他重提1993年的高峰塔倒塌惨剧直到上周五的国际山庄土崩等多起事件,已经造成多条无辜的人命牺牲。白沙罗居民担心居住安危他表示,在国际山庄的土崩事件已经导致14栋洋楼遭淹埋,并且导致4个人死亡与数以千计的居民受困。他说,白沙罗一带的居民也对本身的住宅区安全感到担心,因为不负责任的发展商不顾居民的反对,正在当地大肆发展斜坡。虽保证暂停发展无济于事他表示,欢迎首相阿都拉与雪州大臣卡立的言论,暂停一切山坡发展计划。“但是我们一直都听到这种言论,而土崩依然不停发生。由于一些人的贪婪随意发展,导致无辜的居民受灾。”“在最新的惨剧中,前朝政府必须负起全责。因此,国会是最适合的场合辩论这宗事件,以便惨剧重演。”议长班迪卡批准阿兹敏的紧急动议,以便在下午4点半开始辩论一个小时。

Read more...

PERTANDINGAN MEMANCING 2009

>> 09 Disember 2008

Jawatankuasa Bertindak Kg. Sungai Cawang dan PAS Sg. Cawang, Teluk Intan akan menganjurkan Pertandingan Memancing. Butiran program adalah seperti berikut :
Tarikh Pertandingan : 1 Januari 2009
Hari : Khamis
Tempat : Tasik Ganda (Parit sempadan KSK dan Kilang Ganda)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Peserta : Terbuka

Jika berminat menyertai pertandingan ini, sila hubungi Encik Omar bin Wee (Pengerusi) 019 5061300/Encik Roslan Md. Sam (Setiausaha) 0194974078.

Hadiah-hadiah menanti anda :

Pertama : Joran, gewang dan hamper
Kedua : Pemain DVD dan hamper
Ketiga : Kipas angin dan hamper
Ke-4 hingga ke-10 : Hamper

Jangan lepaskan peluang..!

Read more...

MEMOHON SUMBANGAN PEMBINAAN MASJID DAN KOMPLEKS BALAI ISLAM



Pihak Jawatankuasa Pembinaan Pembinaan Masjid KM4, Sri Taman Cicely, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan merayu kepada orang ramai agar dapat memberi sumbangan berupa wang derma, sedekah, wakaf, dan zakat untuk pembinaan masjid tersebut. Lokasi tapak masjid tersebut ialah di Jalan Changkat Jong, bersebelahan SK Perwira dan Hospital Teluk Intan di atas tanah seluas 5.4 ekar. Anggaran kos pembinaan masjid ialah RM19.6 juta.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa, Saudara Haruddin Imam Turmudi, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah meluluskan cadangan pembinaan masjid dan kompleks balai Islam di dalam fail Bil (48) JAIP/BPM/10/1 Jld.2 bertarikh 15 Mei 2007. Pihak jawatankuasa juga telah mendapat kebenaran dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk memungut wang bagi tujuan tersebut dalam fail MAIAMP/05-PD/0066-M. Di samping itu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah meluluskan pelepasan cukai bagi setiap penderma pembinaan masjid ini.


Surat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak

Surat kelulusan pelepasan cukai kepada penderma oleh LHDN



Surat kebenaran memungut derma oleh JAIP

Menurut beliau lagi, sudah sekian lama penduduk bagi kariah Taman Cicely, Batu 4 dan kawasan sekitarnya menggunakan Surau Hidayatul Islamiyah Taman Cicely (surau diri Jumaat) sebagai tempat mendirikan solat Jumaat yang saban tahun semakin sesak akibat pembinaan lebih banyak projek perumahan. Kini sudah tiba masanya, penduduk di kariah ini mendapat tempat ibadat yang selesa dengan pelbagai kemudahan apabila terbinanya masjid dan kompleks balai Islam nanti.


Surau diri Jumaat, Surau Hidayatul Islamiyyah, Taman Cicely.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai berlumba-lumba mencari kebajikan dengan menghulurkan sumbangan derma, zakat atau wakaf bagi pembinaan masjid dan kompleks balai Islam yang diharapkan pada tahun 2009. Segala sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi :

05-6224872 / 019-3309114 - Pengerusi (Tn. Hj. Hasan Idar)
05-6223487 / 012-4642669 - Setiausaha (Sdr. Haruddin Imam Turmudi)
atau terus disalurkan sumbangan ke akaun BIMB Cawangan Teluk Intan A/C No : 08031010036467.

Read more...

PAS KAWASAN TELUK INTAN MENGANJURKAN PROGRAM KORBAN

>> 08 Disember 2008



8 Disember 2008 - Sebanyak lapan ekor lembu telah dikorbankan sempena program ibadah korban Eidul Adha PAS Kawasan Teluk Intan. Ia merupakan kerjasama di antara Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan dengan PAS Cawangan Padang Tembak.








Ramai telah hadir untuk bersama-sama melakukan kerja-kerja melapah dan memotong daging. Ia kemudian, diagih-agihkan kepada orang ramai, termasuklah ke cawangan-cawangan sekitar. Kira-kira 700 kampit daging korban telah diagihkan. ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin turut melapangkan masa untuk hadir ke program tersebut. Beliau sempat beramah mesra dengan orang ramai yang hadir dari kampung berhampiran.



Read more...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1429H

ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin dan PAS Kawasan Teluk Intan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat. Marilah kita bersama-sama menghidupkan hari yang mulia ini dengan membangkitkan semula semangat, bersedia untuk berkorban segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, mengambil contoh daripada Nabi Ibrahim a.s. yang menjadi contoh dan teladan kepada seluruh umat Islam.
"Korbankan segala-galanya untuk Islam, bukan korbankan Islam untuk segala-galanya."

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP