MEMOHON SUMBANGAN PEMBINAAN MASJID DAN KOMPLEKS BALAI ISLAM
>> 09 Disember 2008

Menurut Setiausaha Jawatankuasa, Saudara Haruddin Imam Turmudi, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah meluluskan cadangan pembinaan masjid dan kompleks balai Islam di dalam fail Bil (48) JAIP/BPM/10/1 Jld.2 bertarikh 15 Mei 2007. Pihak jawatankuasa juga telah mendapat kebenaran dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk memungut wang bagi tujuan tersebut dalam fail MAIAMP/05-PD/0066-M. Di samping itu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah meluluskan pelepasan cukai bagi setiap penderma pembinaan masjid ini.


Surat kelulusan pelepasan cukai kepada penderma oleh LHDN

Surat kebenaran memungut derma oleh JAIP
Menurut beliau lagi, sudah sekian lama penduduk bagi kariah Taman Cicely, Batu 4 dan kawasan sekitarnya menggunakan Surau Hidayatul Islamiyah Taman Cicely (surau diri Jumaat) sebagai tempat mendirikan solat Jumaat yang saban tahun semakin sesak akibat pembinaan lebih banyak projek perumahan. Kini sudah tiba masanya, penduduk di kariah ini mendapat tempat ibadat yang selesa dengan pelbagai kemudahan apabila terbinanya masjid dan kompleks balai Islam nanti.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai berlumba-lumba mencari kebajikan dengan menghulurkan sumbangan derma, zakat atau wakaf bagi pembinaan masjid dan kompleks balai Islam yang diharapkan pada tahun 2009. Segala sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi :
05-6224872 / 019-3309114 - Pengerusi (Tn. Hj. Hasan Idar)
05-6223487 / 012-4642669 - Setiausaha (Sdr. Haruddin Imam Turmudi)
atau terus disalurkan sumbangan ke akaun BIMB Cawangan Teluk Intan A/C No : 08031010036467.
05-6223487 / 012-4642669 - Setiausaha (Sdr. Haruddin Imam Turmudi)
atau terus disalurkan sumbangan ke akaun BIMB Cawangan Teluk Intan A/C No : 08031010036467.
1 ulasan:
assalamu'alaikum,
saya ambil post ini ke blog saya - info-jariah.blogspot.com.
kalau boleh letak gambar surau sekarang dan surat-surat berkaitan, lebih baik sebab orang akan lebih yakin.
terima kasih.
Catat Ulasan