HANYA ISLAM PENYELAMAT UMAT MANUSIA
>> 17 Disember 2008
"Apabila Islam hanya dianggap agama peribadi penganutnya, maka manusia akan mencari sistem selain Islam untuk menyelesaikan masalah kehidupan seperti sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Sedangkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu menyediakan pelbagai peraturan, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara seperti mentadbir negara, " tambah beliau.
Menyentuh tentang kursus pengurusan jenazah, beliau berpendapat pada masa kini amat sukar mencari tenaga pengurus jenazah di kalangan wanita di sesuatu tempat. Jika adapun, orang itulah sahaja yang dibawa ke merata-rata tempat jika berlaku kematian di kalangan wanita. Oleh itu, kursus sebegini amat dialu-alukan dan berharap semua peserta yang hadir pada hari ini dapat mempraktikkannya di tempat masing-masing.
"Lebih baik lagi jika, diwujudkan satu team pengurusan jenazah wanita di setiap kampung agar ia lebih efisien, " kata beliau lagi.
Seramai 56 orang peserta wanita telah menyertai kursus tersebut. Apa yang menariknya, isteri kepada ADUN Changkat Jong, Puan Hajah Faridah Ahmad Fakhrur Radzi turut bersama-sama menjadi salah seorang peserta kursus yang bermula 8.30 pagi hingga 3 petang. Penceramah kursus ialah Ustazah Umi Kalsum binti Hj. Jilani, dari Pejabat Agama Parit Buntar.
Turut hadir dalam majlis perasmian penutup ialah, Penghulu Mukim Durian Sebatang, Ketua Kampung Padang Tembak, Hj. Ramli Jilani dan Pembantu Peribadi ADUN, Hj. Mohammed Akram.
YB Haji Anuar juga turut menyampaikan sijil kepada semua peserta.
0 ulasan:
Catat Ulasan