GAPENA TETAP TARIKH 15 FEBRUARI AMBIL TINDAKAN ISU PPSMI
>> 28 Disember 2008
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menetapkan 15 Februari depan sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kerajaan masih meneruskan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ketua Satu Gapena, Prof Emeritus Tan Sri Ismail Hussein, berkata pemilihan tarikh itu adalah sebagai simbolik kepada Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia yang menyentuh soal kedudukan bahasa kebangsaan. Malah, sekiranya Kementerian Pelajaran tidak memberi sebarang keputusan rasmi berhubung isu PPSMI menjelang tarikh berkenaan, beliau berkata, laporan polis akan dibuat atas dakwaan pelaksanaan dasar itu bertentangan dengan undang-undang dan mencabul Perlembagaan mengikut Perkara 152. (berita harian online).
0 ulasan:
Catat Ulasan