Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SURAT YAB DATO'SERI HAJI NIZAR KEPADA SULTAN, SEBAB TIDAK LETAK JAWATAN

>> 06 Februari 2009


KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Surat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:

5 Februari 2009
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum wbt,

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,
MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal 'Alamin
Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat .

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Read more...

>> 05 Februari 2009


Read more...

PERINGATAN KEPADA SANG PENGAMAL MACHIAVELLI



Kita mengutuk sekeras-kerasnya akan perbuatan dan tindakan paling keji (sama atau lebih keji daripada tindakan negara haram Israel menyerang Gaza) oleh pihak UMNO/BN yang telah merampas tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang diterajui Pakatan Rakyat dengan cara yang paling tidak demokratik dan paling tidak bermoral dalam sejarah politik negeri Perak, negara malah dunia.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan yang secara sah (ulang lagi..secara SAH) setelah PRU12 Mac 2008, telah secara kotornya dan secara kejinya telah dipaksa melepaskan tampuk kerajaan kepada Barisan Nasional yang didominasi UMNO.

Namun UMNO/BN tidak boleh mendabik dada bahawa mereka adalah kerajaan pilihan rakyat kerana pembentukan kerajaan BN ini adalah hasil daripada aksi lompat-melompat ADUN yang tidak bermaruah.
  • Adakah UMNO/BN pasti kerajaan yang dibentuk atas ihsan spesis makhluk melompat ini akan stabil selama-lamanya ?

  • Adakah kerajaan negeri UMNO/BN yakin bahawa mereka akan mendapat sokongan rakyat seluruhnya atau hanya didokong oleh segelintir rakyat minoriti ?

  • Bagaimana kerajaan BN dapat mengurus tadbir negeri yang dijangkakan anggota exconya tidak mewakili komposisi kaum negeri ini ? (kerana daripada 28 ADUN BN, hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu, iaitu Cina)

  • Adakah UMNO/BN sedar bahawa rakyat negeri ini semakin benci dan meluat kepada mereka akibat tindakan tidak bermaruah ?

  • Dan beberapa persoalan lagi yang begitu banyak sebenarnya yang mungkin diluahkan oleh majoriti rakyat negeri Perak jika diberi peluang memberi pandangan.

Teruskanlah strategi "the end justifies the means" kerana sesungguhnya tipu daya Allah itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui...

Hanya Allah sahajalah kami memohon agar membalas segala tipu daya musuh kami dan musuh Mu, ya Allah. Amin...

Read more...

KERAJAAN NEGERI AKAN MEMAKMURKAN RAKYAT DAN NEGERI

>> 03 Februari 2009







3.2.2009 - Kerajaan negeri Perak akan terus berusaha untuk memakmurkan dan menyejahterakan rakyat dan negeri agar negeri Perak terus gemilang. Di samping itu pelbagai program telah dijalankan demi memastikan kebajikan rakyat terjaga dan terjamin.



Antaranya ialah pemberian air percuma kepada rakyat negeri Perak yang berpendapatan rendah, penubuhan Tabung Kebajikan untuk anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal serta rakyat yang ditimpa musibah.



Di samping itu kerajaan negeri juga telah memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina bagi memastikan kesinambungan pendidikan cemerlang kepada rakyat berbilang kaum.



Beliau juga menjunjung taat setia, terima kasih dan menjunjung tahniah atas pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang ke-25 tahun semoga pemerintahan baginda akan terus memberikan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat dan negeri ini. Beliau menyatakan demikian di dalam ucapan beliau selaku Menteri Besar Perak bersempena perayaan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.


Majlis sambutan perayaan Jubli Perak Pemerintah DYMM Paduka Sultan Perak telah diadakan di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sempena sambutan itu juga, telah diadakan majlis penganugerahan Darjah Kebesaran Dato' Seri Azlani (D.S.A) kepada 25 orang penerima.

Read more...

KERAJAAN PERAK STABIL - MB PERAK


3.2.2009 - Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Nizar Jamaluddin menyatakan bahawa kerajaan Negeri Perak masih stabil dan berjalan seperti biasa. Sehingga kini, menurut beliau, Pakatan Rakyat memiliki 30 kerusi dan ia makin stabil berikutan sokongan dan simpati rakyat tidak berbelah-bahagi atas musibah yang terjadi.

Kata Nizar, Umno telah mengambil kesempatan atas sejarah hitam "pertuduhan rasuah" kedua-dua ADUN berkenaan sebelum ini dan percubaan sekali lagi oleh Umno itu terbukti gagal. Ditanya adakah kedua-dua ADUN tersebut akan mengambil perintah injuksi mahkamah, beliau berkata, kemungkinan besar mereka akan berbuat demikian secepat mungkin.

PAS Sokong Kosongkan Kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering

Sementara itu, dalam majlis yang sama TImbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengeaskan bahawa PAS menyokong apa jua keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat termasuk mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Behrang dan Changkat Jering berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media khas jam 12.00 tengah malam, yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, sejurus selesai Mesyuarat Bersama Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Perak, dekat sini, tengah malam tadi.

Kata beliau, PAS juga menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu.

Nasharuddin menjelaskan, mesyuarat bersama itu hanya membincangkan senario terkini berkaitan kedua ADUN KeADILan yang melompat parti dan pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Antara pemimpin utama PAS yang turut hadir pada sidang media itu termasuklah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, berikutan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Palestin.(Harakahdaily. )

Read more...

NAJIB JANJI RM50 JUTA UNTUK LOMPAT PARTI

>> 02 Februari 2009

Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang konkrit untuk menyokong dakwaannya itu, tetapi Fauzi sebaliknya mencabar Najib - yang juga timbalan perdana menteri - menafikan dakwaannya itu.Ketika membaca akuan bersumpah setebal tiga muka surat itu dalam satu sidang akhbar di Ipoh pagi ini, Fauzi berkata, seorang kawannya, Sulaimen Mansor - seorang ahli biasa Umno - telah menjemputnya ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan pada 11 Mac 2008.Tarikh itu merupakan tiga hari selepas pilihanraya umum yang menyaksikan Barisan Nasional kalah di Perak dan gabungan Pakatan menubuhkan kerajaan negeri, dengan majoriti tipis lima kerusi.

Bagaimanapun, Suleiman membawa Fauzi menemui tiga lelaki "termasuk timbalan menteri pertahanan, Datuk Zainal Abidin di plaza tol Jalan Duta."Selepas itu, saya dibawa bertemu (Datuk Seri) Najib Razak di kediamannya di Putrajaya di mana beliau cuba memujuk saya supaya melobi bagi mendapatkan dua Adun PR melompat menyertai BN," dakwa Fauzi.

Read more...

PERLU DIBACA OLEH PENDUKUNG PR

>> 01 Februari 2009


KUALA LUMPUR, 1 Feb (Hrkh) - Ketabahan dan semangat jitu Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangkan pakatan itu dalam pilihan raya kecil di Behrang dan Changkat Jering, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Mengulas perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu yang sebelum ini dilaporkan hilang tidak dapat dikesan, beliau membangkitkan persoalan adakah Barisan Nasional (BN) akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah dan adakah kerajaan BN akan menggugurkan tuduhan-tuduhan itu?

"Adakah BN akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah?

"Jika ya, bagaimana dengan pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Adakah kerajaan BN akan gugurkan?"

Jika kedua-dua ADUN itu bertanding semula, Exco Kerajaan Kelantan yakin PR berada di hadapan dari segi moral dan BN akan akan lebih defensif.

"Moralnya, PR sudah berada di hadapan. BN lebih defensif. Najib lebih terpukul jika benar ini adalah pelan beliau dan BN tewas.

"Sekali lagi, adakah unsur dalaman Umno sendiri sedang cuba mengepung Najib tanpa disedari?" katanya.

Jamaluddin dipilih di Behrang dalam pilihan raya 8 Mac lalu dengan majoriti 1027 undi mengalahkan calon BN dari MIC, Datuk M Ramasamy manakala Mohd Osman dipilih dengan majoriti 1102 undi mengalahkan calon BN dari Umno Datuk Mat Isa Ismail.

Perletakan jawatan mereka, kata Husam, tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR.

"Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut".

Husam melihat pilihan raya kecil di kedua-dua kerusi DUN itu sebagai peluang untuk menjelaskan isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas kerajaan Perak.

"Saya yakin, dengan situasi semasa, insya Allah, segala agenda kotor BN boleh dipatahkan".
Pertarungan, katanya, akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari, lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac depan.

"Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya".

Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, katanya, tentunya kedudukan kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh Umno dan BN.

"Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul.

"Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh 'berhubung' dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul".

Mengulas perbezaan antara penyertaan ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim ke dalam PKR dengan perletakan kedua-dua ADUN itu, Husam berkata Nasarudin bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung.

"Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan.

"Dua ADUN PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. "Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN."_ (HARAKAHDAILY.NET)

Read more...

MB PERAK KECAM USAHA GANGGU GUGAT 2 EXCO PKR


IPOH, 1 Februari :- Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama ADUN Kerajaan pada hari ini adalah dengan tujuan membincangkan mengenai 2 Exco yang telah digelapkan, dighaibkan oleh pihak tertentu dan kita mensyaki ini adalah kerja jahat UMNO dan BN.
Demikian antara kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin selepas mesyuarat tersebut di Kediaman Menteri Besar di sini.
Gambar terbaharu : ADUN Bota bersama ADUN Titi Serong,
ADUN Selinsing dan Ustaz Ahmad Awang
"Usaha menghubungi mereka sehingga pagi ini gagal dan kita mengecam segala usaha menganggu gugat Exco dan pentadbiran Kerajaan Negeri" kata Nizar.Menjawab pertanyaan apa langkah yang akan dimbil kerajaan bila terbukti mereka melompat, Ir. Nizar mengesahkan telah membuat persiapan yang akan dilakukan mengikut peraturan dan ketetapan yang ada.
Menteri Perak itu juga mengumumkan dalam kenyataan nya bahawa selutuh ADUN Pakatan Rakyat termasuk Adun Bota Dato' Nasaruddin Hashim walau apa pun berlaku akan komited mempertahankan kerajaan."Seluruh ADUN komited pertahan kerajaan, kita masih kekal dan kuat" Tegas Ir. Nizar."Ini adalah satu penainayaan oleh BN kepada rakyat Perak kerana menyembunyikan mereka.
Beliau juga menjelaskan tidak mahu mendedahkan persediaan yang dibuat apabila terdapat pengesahan 2 Exco telah melompat. Namun jelasnya semua adalah mengikut kuasa undang-undang yang ada.Ditanya mengenai Laporan Polis, Ir. Nizar menjelas perkara itu perlu dirujuk kepada keluarga, dan setakat ini keluarga pihak berkenaan belum membuat laporan polis.
Mengenai kenyataan Dato' Nasa yang sanggup mengosongkan kerusi DUN Bota untuk diadakan pilihanraya kecil, Ir. Mengatakan Dato Nasa sekarang adalah dibawah Pakatan Rakyat, dan kita perlu kaji .Menteri Besar juga mengesahkan tidak ada lagi ADUN Pakatan Rakyat yang akan melompat, sebaliknya terdapat minimum 3 ADUN BN akan melompat ke Pakatan Rakyat.
Menjawab pertanyaan adakah diketahui dimana mereka berada, Ir. berkata "itu kena tanya pemimpin BN".

Kenyataan akhbar itu dihadiri sama oleh Exco kerajaan Negeri, ADUN-ADUN dan pemimpin tertinggi parti PAS, DAP) dan PKR.

ADUN Bota', Dato Nasharuddin Hashim kelihatan sampai lebih awal di Kediaman Menteri Besar pada jam 8.50 pagi dan menjawab teka teki dan rumus yang tidak bertanggung jawab mengenainya.(Dipetik dari idhamlim.blogspot.com)

Read more...

MISSING PKR DUO : PERAK PAKATAN RAKYAT TO LODGE REPORT



Malaysiakini Team Feb 1, 09 11:17am
The Perak Pakatan Rakyat government is ready to swing into action after waiting for five days to hear from its two missing state exco members.
Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin today said that his government would be lodging a police report after consulting with the families of the two missing PKR state representatives.

Read more...

DIRGAHAYU TUANKU

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP