APA PANDANGAN ANDA ?
AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس
NAMA ZAMBRY KADIAQ TIDAK DISEBUT DALAM SENARAI PEMBESAR YANG MASUK KE DEWAN SANTAPAN !
KUALA KANGSAR , 14 Feb.:- Nama Zambry Abdul Kadir atas kapasitinya sebagai Menteri Besar rampasan kuasa tidak disebut oleh pengacara dalam senarai orang kenamaan yang masuk ke dewan Santapan Sempena Jubli Perak DYMM Sultan Perak dan yang keluar dari dewan sesudah habis santapan Diraja pada malam ini.
Walaupun kedudukan YAB Menteri Perak yang sah, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin tidak ditempat yang sepatutnya saya beranggapan kemungkinan nama Zambry yang ke hulu dan ke hilir menamakan dia sebagai Menteri Besar mengambil tempat tersebut. Rupanya dia tidak mendapat pengiktirafan di majlis santapan pada malam ini.
DS. Nizar diletakkan bersama dengan orang kenamaan di meja kawasan tengah Balai Santapan dan ADUN Pakatan Rakyat diletakkan di meja bahagian belakang berdekatan dengan pentas nyanyian. Tempat yang sama di meja yang berlainan ditempatkan Ahli Yang Berhormat ADUN BN. Mereka yang dinamakan sebagai Exco kudeta ditempatkan di meja lebih ke hadapan berdekatan dengan meja Santapan Diraja. Majlis Santapan Sempena Sambutan Jubli Perak DYMM Sultan Perak telah dihadiri oleh DYMM Sultan Perak dan seluruh ahli kerabatnya,DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, Sultan Brunai dan Permaisuri, Raja-Raja seluruh negara serta wakilnya, Yang Dipertua negeri,Perdana Menteri, Timbalan Perdana menteri, Menteri-Menteri Besar dan orang kenamaan yang lain. (sya~reformis)
Read more...
ZAMBRY KADIAQ, EXCO DIRUJUK KEPADA JK HAK DAN KEBEBASAN DUN PERAK
>> 14 Februari 2009
Menteri Besar (haram) Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.
Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.
"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.
Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.
Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).Laporan pada dewanSaarani (Penerangan, PembangunaN Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi ( Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).
Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap menteri besar dan exco berkenaan, Sivakumar berkata jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya kepada sidang DUN yang akan datang."Keputusan akan dibuat dalam dewan," katanya.
Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan Adun Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan, telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai menteri besar dan barisan exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini. Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan. (malaysiakini.com)
Read more...
TETAPKAN TARIKH PRK : PAKATAN RAKYAT DAKWA SPR DIPENGARUHI UMNO/BN
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa jurang tempoh menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi dipengaruhi Barisan Nasional (BN) dan Umno.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa jurang tempoh menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi dipengaruhi Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Kedua-dua komponen Pakatan Rakyat, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan pandangan sedemikian ketika dihubungi mStar Online.
"Kita tidak nampak mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk mengadakan pilihan raya kecil ini. Ini kes langsung...ada kekosongan, SPR harus adakan pilihan raya (awal)," kata Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa.
Tambah Nasaruddin, Umno memerlukan masa yang banyak kerana berhadapan dengan masalah dalaman termasuk soal pemilihan.
"Ini babitkan dua isu iaitu pilihan raya Umno dan pilihan raya parti. Kita lihat pilihan raya rakyat, Umno lihat pemilihan Umno," katanya. Mengenai pemilihan calon, pihaknya belum lagi memutuskan soal itu.

SPR hari ini mengumumkan tarikh pilihan raya kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau yang kosong awal minggu ini akan diadakan secara serentak 7 April ini, manakala tarikh penamaan calon pula diadakan pada 29 Mac.
Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan.
Bagaimanapun, pemilihan tarikh tersebut dilihat sesetengah pihak dipengaruhi oleh BN dan Umno memandangkan Umno akan mengadakan perhimpunan agung pada 26 hingga 28 Mac ini.
Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menafikan perkara tersebut.
Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menafikan perkara tersebut.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, keputusan SPR mengadakan dua pilihan raya kecil itu serentak dalam masa dua bulan lagi mempunyai kaitan dengan penyerahan kuasa yang akan berlaku dalam Umno.
Beliau berkata, tarikh 7 April depan dipilih untuk mengadakan pilihan raya adalah untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijadualkan selepas Perhimpunan Agung Umno 26 Mac ini.
"Sebenarnya, ia mahu diadakan (selepas hampir dua bulan) kerana mahu memberi peluang kepada (Datuk Seri) Najib menjadi Presiden (Umno) dan pada masa yang sama, perhimpunan agung (umno) dapat 'diselamatkan'," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.
Dr Syed Husin berkata, jika pilihan raya kecil diadakan sebelum perhimpunan agung dan kemungkinan Barisan Nasional (BN) kalah bagi kedua-dua kawasan itu, imej Najib sebagai bakal Perdana Menteri akan terjejas.
"Tidak ada banyak beza jika BN kalah (dalam dua pilihan raya itu) semasa Abdullah masih menjadi Perdana Menteri tetapi sokongan kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri akan menjadi goyah.
"Bagi mereka yang tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri, mereka akan membantah dengan lebih kuat lagi," katanya.
Bagaimanapun katanya, Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah kedua-dua kerusi tersebut dibiarkan kosong selama hampir dua bulan kerana ia akan memberi peluang kepada Pakatan untuk lebih bersedia.
"Kita akan lebih fokus dan membuat kerja pada setiap masa sedangkan Umno perlu menghadapi banyak perkara," katanya.
Berhubung calon bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu, Dr Syed Husin berkata, kemungkinan besar calon bagi Parlimen Bukit Gantang adalah daripada PAS dan DUN Bukit Selambau adalah daripada PKR memandangkan kerusi tersebut masing-masing telah diperuntukan untuk kedua-dua parti itu.
"Bagi PKR, kita telah menerima banyak permohonan dan cadangan nama untuk calon Bukit Selambau.
"Kita akan menyenarai pendek senarai calon itu dan nama calon yang dipilih akan diumumkan menjelang tarikh penamaan calon pada 29 Mac," katanya.(mStar)
Read more...
PENCABULAN UNDANG-UNDANG & MORAL ALA LANUN
>> 13 Februari 2009
Kerajaan Perak Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat mandat daripda rakyat dalam PRU12 2008 telah DIGULINGKAN melalui tindakan yang di luar batas undang-undang.Kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdiam diri ADUN Behrang dan ADN Changkat Jering yang dikurung selama 7 hari tiba-tiba muncul dalam satu sidang media bersama Najib sedangkan mereka dikatakan sakit serta tidak dapat dihubungi oleh rakan dan keluarga.
Pada masa yang sama, isteri ADUN Changkat Jering yang terlantar sakit di hospital juga tidak dapat menghubungi suaminya. Tidakkah senario ini menampakkan kaitan antara kehilangan 2 ADUN itu dengan Najib ? SPRM sepatutnya menyiasat kemungkinan wujud unsur RASUAH dan UGUTAN terhadap dua ADUN itu berdasarkan banyak pentunjuk yang jelas.
Ke mana hilangnya SPRM ? Jika AJK-AJK UMNO boleh didakwa hanya kerana rasuah untuk memeangi peringkat bahagian, APAKAH KEJATUHAN SEBUAH KERAJAAN YANG PUNCANYA DIKAITKAN DENGAN RASUAH PATUT DIBIARKAN SAHAJA TANPA INISIATIF SPRM MELAKUKAN SIASATAN.
Rakyat Perak sangat bimbang dengan konspirasi peringkat tertinggi apabila UMNO mengheret istana dalam kemelut politik terancang ini. Tindakan spontan rakyat membantah pelantikan MB HARAN UMNO adalah berasaskan kefahaman tentnag undang-undang.
BN = 28, PR = 28 dan bebas 3. Tiga ADUN bebas juga sedang menunggu semakan semula status kelayakan mereka sebagai ADUN dalam satu tuntutan injuksi di mahkamah tinggi. Kenapa UMNO tidak boleh bersabar menunggu keputsan mahkamah sebelum melakukan perkara besar kesannya kepada rakyat ?
Menggunakan saluran undang-undang bagi mendapatkan keadilan adalah tindakan sihat, wajar dan patut dihormati. Langkah Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar merujukkan kekeliruan ini ke mahkamah tidak patut dikaitkan dengan PENDERHAKAAN TERHADAP ISTANA.
Hampir semua pakar undang-undang bersetuju bahawa Unang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan secara jelas tentang LUCUT JAWATAN Menteri Besar hanya boleh berlaku dengan salah satu 3 cara iaitu PEMBUBARAN DUN, UNDI TIDAK PERCAYA DALAM SIDANG DUN atau MELETAK JAWATAN. Kawasan kelabu (grey area) yang wujud dalam undang-undang berkaitan kontroversi ini wajar dirujuk kepada mahkamah.
Berbalik kepada konspirasi jijik ini, kita percaya hanya manusia yang tidak mempedulikan DOSA-PAHALA dan HALAL-HARAM yang sanggup terlibat dengan konspirasi ini. HANYA ORANG JAHAT YANG SETANDING DENGAN PENJENAYAH KES ALTANTUYA YANG TERGAMAK MELAKUKAN KERJA JAHAT INI.
HANYA ORANG YANG SANGGUP MENGGUNAKAN BOMOH-BOMOH HINDU YANG DIIMPORT DARI BENUA INDIA BAGI MENJATUHKAN MUSUH-MUSUH POLITIKNYA SAHAJA YANG MAMPU MENGETUAI KONSPIRASI INI.
Ramai percaya bahawa konspirasi menumbang kerajaan PR Perak adalah di bawah seliaan langsung orang yang bakal memegang jawatan PM. (sumber : Risalah Urus Setia Penerangan Kerajaan PR Perak)
Read more...
BUKA PINTU JIHAD, BAITULMAQDIS MILIK UMAT ISLAM - PRESIDEN PAS

KUALA NERUS,13 Feb (Hrkh)- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan pintu jihad di Palestin dibuka kepada umat Islam di seluruh dunia.
Ini kerana, katanya Baitulmaqdis dan Palestin bukan hak milik orang Arab sahaja tetapi menjadi hak umat Islam di seluruh dunia.
Ini kerana, katanya Baitulmaqdis dan Palestin bukan hak milik orang Arab sahaja tetapi menjadi hak umat Islam di seluruh dunia.
"Buka pintu jihad kepada umat Islam kerana Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Baitulmaqdis bukan hak orang Arab sahaja kerana Palestin dan Baitul Maqdis hak umat Islam di seluruh dunia.
"Ketahuilah, wahai kuasa-kuasa besar dunia apa yang berlaku di Gaza ialah 'kepalanya di Gaza dan ekornya di Indonesia'.

"Itu panjangnya tentera Islam. Sejumlah 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. Walau pun kerajaan-kerajaannya takut tetapi rakyatnya bersemangat," tegasnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Rayuan Gaza di Padang Bola Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.
Katanya, peperangan di Gaza itu merupakan 'peperangan Ahzab' sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Menurutnya, peperangan tersebut sekaligus bagi menguji keimanan orang Islam dan kerajaan Islam di seluruh dunia.
Namun begitu, beliau berkeyakinan bahawa umat Islam akan mencapai kemenangan di Palestin serta tentera Yahudi dan Israel akan dikalahkan.
"Hari ini orang Yahudi sudah menunjukkan tanda-tanda kekalahan. Mereka (Yahudi) bergaduh sesama sendiri sangat dahsyat.
"Hari ini, hari Israel mengadakan pilihan raya, dia bergaduh sesama sendiri. Berperang antara parti-parti politik di Israel. Hari ini orang-orang Yahudi membina kubu-kubu di kampung-kampung mereka. Kubu dibina dari konkrit yang teguh dan mereka mendirikan tembok-tembok," jelasnya.
Apa yang berlaku hari ini, kata Ustaz Abdul Hadi adalah tanda-tanda kemenangan Islam dan tanda-tanda Israel akan dikalahkan dengan izin Allah SWT.
Tetamu yang hadir pada majlis tersebut jurucakap pemimpin Hamas Palestin iaitu Sami Abu Zuhri yang pernah merengkok dalam penjara Israel selama enam tahun.
Sebelum itu beliau pada sebelah siangnya, berada di Majlis Rayuan Gaza dan Tabung Kemanusiaan Harakah di Kuala Lumpur dan menerima sumbangan dana sejumlah RM500,000 daripada tabung tersebut manakala lebih RM400,000 daripada pertubuhan, NGO dan individu yang menyampaikan sendiri kepada Sami dalam majlis tersebut.
Hadir sama dalam ceramah semalam, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik. - azm/mks. _ (harakahdaily)
BERITA TENTANG HJ NIZAR FAILKAN SAMAN TERHADAP PELANTIKAN MB HARAM

Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.Beliau memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di situ.
Kira-kira 300 orang, termasuk penyokong dan pemimpin pembangkang, berhimpun di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar baru Perak. Juga kelihatan ramai petugas media dan anggota polis di situ. Jumlah mereka semakin bertambah menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman untuk mencabar pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Pada kira-kira jam 11.20 pagi, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tiba bersam adengan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.Ketibaan mereka disambut dengan tepukan gemuruh para penyokong yang melaungkan 'hidup rakyat' sebanyak tiga kali.
Nizar mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di ibunegara bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan menteri besar Perak yang sah. Beliau juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik sebagai menteri besar Perak yang baru pada 6 Februari lalu, tidak berhak memegang jawatan itu.
Nizar mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di ibunegara bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan menteri besar Perak yang sah. Beliau juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik sebagai menteri besar Perak yang baru pada 6 Februari lalu, tidak berhak memegang jawatan itu.

Dalam permohonan itu, Mohammad Nizar mendakwa beliau masih merupakan menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:
(i) Tidak terdapat pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak;
(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh Dewan Undangan Negeri terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan
(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.
Dalam afidavit sokongan terhadap permohonan itu, Mohammad Nizar menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu telah meletakkan jawatan sebagai Adun melalui surat bertarikh 30 Januari 2009, manakala seorang lagi Adun, Hee Yit Foong (Jelapang) meletakkan jawatan melalui surat bertarikh 3 Februari 2009.
"Berikutan peletakan jawatan itu, Barisan Nasional kini mempunyai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya telah memaklumkan kepada Sultan perkembangan terkini dan berdasarkan prinsip demokrasi, memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat Perak memilih semula kerajaan yang mereka kehendaki. "Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli Majlis Mesyuarat Negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.
"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak, saya masih Menteri Besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit itu.
Nizar memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa beliau (Zambry) berhak memegang jawatan menteri besar Perak. Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

"Responden kini membuat representasi kepada rakyat Malaysia bahawa beliau adalah Menteri Besar Negeri Perak, ini mengelirukan rakyat," menurut permohonan itu. Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.
Beliau mendakwa terdapat pertikaian undang-undang perlembagaan membabitkan Fasal 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak berkenaan status jawatan menteri besar di antara beliau dan responden.
"Di bawah undang-undang tubuh, pemohon (Mohammad Nizar) tidak memegang jawatan Menteri Besar bersandarkan keredaan Sultan, juga tidak terdapat peruntukan untuk pemohon diarahkan meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatan Menteri Besar," kata permohonan itu.
Mohammad Nizar turut menuntut ganti rugi punitif, ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan serta kos daripada responden..(malaysiakini.com)
7 APRIL PRK BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU
Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan. Manakala tarikh penamaan calon pula bagi kedua-dua kerusi tersebut ditetapkan pada 29 Mac.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.
Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu. Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.
Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung. Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.
Ini juga merupakan pilihanraya kecil pertama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak seandainya peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan berjalan seperti yang dijangkakan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa kepada Najib sejurus selepas selesai perhimpunan agung Umno bulan depan.
Mengenai kerusi Bukit Selambau, Abdul Aziz berkata, beliau berpuashati dengan dokumen yang diberikan, yang menurutnya, sah dan asli dari Arumugam.
"Setelah kita berbincang, kita dapati tidak ada unsur-usnur keraguan," tambahnya.
Mengenai keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil serentak bagi kedua-dua kerusi berkenaan, Abdul Aziz berkata:
"Kita tidak mahu tempoh berkempen terlalu panjang. Apabila ini berlaku, macam-macam isu akan keluar, mungkin timbul keresahan, mungkin akan mengancam keselamatan awam dan negara. Kita tidak mahu orang yang berkempen letih".
Beliau juga berkata tarikh pilihanraya kecil tidak ada kena mengenai dengan perhimpunan Umno bulan depan.
"Keputusan ini dibuat supaya semua selesa," tambahnya.Menurutnya, tempat penaman calon bagi parlimen Bukit Gantang akan diadakan di dewan Majlis Perbandaran Taiping.
Manakala tempat penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau pula di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.(malaysiakini.com)
PAS TELUK INTAN MENGATUR PROGRAM PENERANGAN SOLAT HAJAT DAN PENERANGAN ISU RAMPASAN KUASA BN
>> 12 Februari 2009

PAS Kawasan Teluk Intan telah mengatur beberapa siri penerangan tentang isu rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Program ini akan diadakan di cawangan-cawangan sekitar Teluk Intan. Antara aturcara program ialah :
- Solat Isya' berjemaah
- Solat hajat dan munajat
- Majlis penerangan oleh ADUN Changkat Jong dan pimpinan PAS kawasan
- Pengedaran risalah dan CD berkaitan isu tersebut
Sehubungan dengan itu, orang ramai sila ambil perhatian dan menghebahkan program ini. Berikut adalah beberapa cawangan yang bersedia mengadakan program tersebut :
14.2.2009 - Solat hajat dan munajat serta Majlis Penerangan Isu Kerajaan Negeri Perak di Markaz PAS Sungai Kerawai. Bermula solat Isya' berjemaah.
15.2.2009 - Solat hajat dan munajat serta Majlis Penerangan Isu Kerajaan Negeri Perak di PASTI Al Mustaqim, Kg. Selabak. Bemula Isya' berjemaah di PASTI.
16.2.2009 - Solat hajat dan munajat serta Majlis Penerangan Isu Kerajaan Negeri Perak di PASTI cawangan Desa Aman. Bermula Isya' berjemaah di surau.
19.2.2009 - Solat hajat dan munajat serta Majlis Penerangan Isu Kerajaan Negeri Perak di Rumah Lorong Masjid 1, Kg. Bahagia.
Seluruh warga Teluk Intan dijemput hadir ke tempat-tempat yang telah ditetapkan di atas.
NIZAR AKAN FAILKAN SAMAN DI MAHKAMAH TINGGI ESOK
Harakahdaily Thu Feb 12, 09 5:10:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.
Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato' Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.
Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato' Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.
Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry. Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang-undang.
Beliau berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 97 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu. - azm _ (harakahdaily.com)
Langgan:
Catatan (Atom)




































