Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

KEPUTUSAN TERKINI PRK P059

>> 07 April 2009

PAS 16,316
BN 14,061
BEBAS 40
ROSAK 231
JUMLAH KERTAS UNDI 30,648
MAJORITI PAS MENANG 2255
PERATUS KERTAS SUDAH KIRA 55.16
SALURAN MENANG 44
UPU MENANG 15

Read more...

UNDILAH PAKATAN RAKYAT..!

>> 06 April 2009



CALON-CALON KITA :

P059 BUKIT GANTANG - YAB DATO SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (PAS)

N25 BUKIT SELAMBAU - S. MANIKUMAR (PKR)

N29 BATANG AI - JAWAH ANAK GARANG (PKR)

Pastikan kemenangan Pakatan Rakyat...

Read more...

PAS dan BN masing-masing merasa calon mereka menang di Parlimen Bukit Gantang berdasarkan perkembangan terakhir menjelang hari mengundi esok.PAS meramalkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan mendapat 60 peratus sokongan pengundi, termasuk sokongan padu pengundi kaum Cina yang berjumlah kira-kira 15,000 orang.Umno pula mendakwa kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membantu berkempen calon BN, Ismail Saffian pagi tadi akan menarik sokongan pengundi Melayu serta pengundi atas pagar.

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa ketika dihubungi hari ini berkata, Mohamed Nizar yang juga menteri besar Pakatan di Perak, boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 1,000 undi."Kedudukan terkini ialah Datuk Seri Mohd Nizar mendapat sokongan padu dari pengundi kaum Cina. Majoriti pengundi Cina bersama kita...trend sekarang sama dengan pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Pengundi Cina kata Mohamed Nizar akan menang sehingga 5,000 undi tetapi saya berpendapat tidak sampai sebanyak itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Norazli juga menegaskan, pengundi Melayu yang menyokong bekas ahli Parlimen Roslan Saharum dalam pilihanraya umum lalu, akan terus mengundi Mohd Nizar esok.

“Tiada tanda-tanda mereka akan mengundi calon BN. Kita akan dapat apa yang diperolehi sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kehadiran Dr Mahathir tidak memberi kesan besar kepada sokongan untuk PAS di kalangan pengundi Melayu.

Read more...

BERKEMPEN DI PRK P059 BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

Pada hari Sabtu dan Ahad, saya berkesempatan mengikut ADUN Changkat Jong berkempen di kawasan Padang Gajah di bawah DUN Trong. Seperti ADUN-ADUN yang lain beliau turut membantu berkempen bagi memenangkan calon PAS/PR, YAB Haji Mohammad Nizar.
Antaranya ialah menemui para pengundi rumah ke rumah.
YB Anuar bersama masyarakat Cina di Air Terjun.
YB Anuar bersama ADUN Ampang Jaya dalam majlis penyembelihan kambing aqiqah.



Pendekatan mesra rakyat diamalkan di samping menerang.
YB Anuar memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada pengundi ini.
Muslimat Teluk Intan membantu berkempen di Ladang Allagar, Padang Gajah.
Berkempen di perkampungan Cina di Padang Gajah. Di sebelah YB ialah Ah Seng, yang banyak membantu rombongan YB di Padang Gajah.

Read more...

GADIS SEKSI PANCING UNDI BN (inilah akhlak pemimpin umno)

>> 02 April 2009


Duduk di depan tu, Menteri UMNO yang jaga agama. Selamba aje dia...

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini. "Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.

Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. "(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini. "Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya. (malaysiakini)

Read more...

PERHATIAN KEPADA PETUGAS PAS ...!

>> 01 April 2009


Berikut adalah kedudukan menang/kalah semua peti undi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang pada PRU12.


* M = menang
* MT = menang tipis
* KT = kalah tipis
* K = kalah
* m = majoriti
* pm = peratus majoriti


Kamunting Station - K
Ayer Puteh - M
Simpang Halt - KT
Jebong - K
Kuala Sapetang - M
Kampong Menteri - KT
Matang Gelugor - K
Sungai Limau - K
Jalan Mangala - MT
Kampong Jaha - K
Sungai Mati - KT
Bendang Siam - M
Changkat Ibol - M
Pengkalan Aor - M
Simpang Lama - M
Simpang Baru - M
Jalan Simpang - M
Kawasan JKR - M
Larut Tin - KT
Ayer Kuning - K
Changkat Jering - M
Jelutong - KT
Bukit Gantang - M
Kampong Cheh - M
Kuala Trong -M
Pasir Hitam Trong - KT
Kampong Tebok Trong - M
Trong - M
Trong Barat - M
Bukit Gantang Selatan - K
Ayer Terjun - M
Temelok - K
Sungai Che Rahmat - K
Permatang Raja - K
Sungai Tinggi - K
Padang Gajah - K
Batu Hampar - MT
Sungai Rotan - MT
M = 17 ... MT = 3 ... KT = 6 ... K = 12


Senarai peti undi kalah (majoriti lebih 10% berbanding jumlah undi dikira):


* PU 1. Kamunting Station - K (m: 291)(pm: 14%) ... DUN Kuala Sapetang
* PU 4. Jebong - K (m: 162)(pm: 13%) ... DUN Kuala Sapetang
* PU 7. Matang Gelugor - K (m: 48)(pm: 17%) ... DUN Kuala Sapetang
* PU 8. Sungai Limau - K (m: 98)(pm: 29%) ... DUN Kuala Sapetang
* PU 10. Kampong Jaha - K (m: 62)(pm: 28%) ... DUN Kuala Sapetang
* PU 20. Ayer Kuning - K (m: 358)(pm: 18%) ... DUN Changkat Jering
* PU 30. Bukit Gantang Selatan - K (m: 89)(pm: 14%) ... DUN Trong
* PU 32. Temelok - K (m: 178)(pm: 21%) ... DUN Trong
* PU 33. Sungai Che Rahmat - K (m: 28)(pm: 12%) ... DUN Trong
* PU 34. Permatang Raja - K (m: 228)(pm: 30%) ... DUN Trong
* PU 35. Sungai Tinggi - K (m: 310)(pm: 13%) ... DUN Trong
* PU 36. Padang Gajah - K (m: 111)(pm: 37%) ... DUN TrongSenarai peti undi kalah tipis:
* PU 3. Simpang Halt - KT ... DUN Kuala Sapetang
* PU 6. Kampong Menteri - KT ... DUN Kuala Sapetang
* PU 11. Sungai Mati - KT ... DUN Kuala Sapetang
* PU 19. Larut Tin - KT ... DUN Changkat Jering
* PU 22. Jelutong - KT ... DUN Changkat Jering
* PU 26. Pasir Hitam Trong - KT ... DUN Trong


Sila ambil perhatian !!!

Read more...

BN SUKAR HADAPI JENTERA NIZAR


Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat. Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.

Dalam lawatannya ke kampung baru Cina di Simpang dekat Taiping semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata BN tidak membawa banyak bahan kempen ketika bertemu pengundi. BN juga tidak menjawab serangan pembangkang secara bertulis terhadap kerajaan BN Perak dan kerajaan persekutuan.

"Dalam hubungan ini, kumpulan Pakatan Rakyat buat kerja dengan lebih baik, setidak-tidaknya bahan kempen mereka, yang ditujukan untuk mengkritik kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan," kata Dr Chua di blognya petang ini.

"Namun begitu, BN tidak berbuat secukupnya untuk menangkis banyak tohmahan (Pakatan) ini dalam bentuk tulisan. Lama-kelamaan, sebahagian tuduhan ini akan kelihatan benar." Beliau mencadangkan BN meningkatkan mutu bahan kempennya.

"Kita jangan lupa Pakatan selepas kemenangannya (tahun lalu) berada dalam keadaan penuh bersemangat. Ia mempunyai anggota yang lebih beriltizam dan banyak sumber bagi menggerakan perang kempen ini," coret Dr Chua lagi.

"Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN."Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang)."

Sementara ADUN Umno Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi pula menyifatkan calon BN itu menghadapi cabaran besar meyakinkan pengundi Melayu di Trong, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.

"Sudah tentu kita (BN) ada kawasan hitam kita, macam di kawasan Trong, yang pengundi Melayunya yang kelabu-hitam," katanya ketika ditemui Malaysiakini sewaktu berkempen hari ini di Taman Paloh bawah DUN Changkat Jering.

"Juga kawasan Kuala Sepetang apabila pengundi bukan Melayu tidak begitu bersama-sama kami. Tetapi kita lihat gerakan daripada MCA, Gerakan sendiri cukup memberi kita harapan untuk mendapat sokongan pengundi bukan Melayu."(malaysiakini)

Read more...

PAS ABAI LARANGAN SEBUT ALTANTUYA, RAJA


Apr 1, 09 4:12pm
Timbalan pesuruhjaya PAS Perak menegaskan, parti itu tidak akan akur arahan melarang, termasuk calonnya, sebarang kenyataan yang bersifat menghasut semasa berkempen dalam pilihanraya kecil.

"Kita menghormati kebebasan bersuara. Kita akan bercakap apa sahaja isu yang mengenai kepentingan rakyat dan negara selagi perkara yang disentuh itu dibuat dalam batas undang-undang dan berdasarkan fakta," Asmuni Awi dipetik berkata hari ini.


Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja.Asmuni berkata arahan itu merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana kebebasan bersuara merupakan satu hak asasi yang dijamin dengan sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, lapor Bernama.

"Kita boleh bincang apa sahaja sebenarnya. Tiada had untuk kita membincangkan sesuatu topik dalam negara ini selagi kita mematuhi undang-undang dengan tidak melanggar batas-batas hasutan.

"Saya rasa rakyat Malaysia adalah bijak dalam membincangkan perkara seperti ini," katanya, juga seorang peguam.

Tambahnya, PAS memberi arahan kepada penceramahnya agar tidak risau untuk terus membicarakan isu-isu tertentu yang kini dilarang dengan alasan arahan polis itu sebenarnya suatu perkara yang boleh dicabar dari sudut undang-undang.

Sementara itu Asmuni, yang juga pengarah pilihanraya kecil PAS Bukit Gantang, menolak syor pensyarah undang-undang Dr Shad Saleem Faruqi supaya BN dan Pakatan Rakyat duduk semeja dan berunding bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak. Profesor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebuah program TV malam tadi berkata usaha menyelesaikan kemelut itu menerusi mahkamah boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang sesuai, namun ia dijangka mengambil masa yang panjang.

Menurut agensi berita itu lagi, Asmuni berkata PAS tidak boleh menerima cadangan itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak dan tuntutan rakyat Perak.

"Mood rakyat berkehendakkan kepada pembubaran DUN dan serahkan mandat kepada mereka dan mereka akan buat pilihan sendiri. Jadi kita kena hormati hak rakyat," katanya.

Penyelesaian terbaik bagi segala kemelut politik di negeri itu hanyalah melalui pembubaran DUN dan mengadakan satu pilihanraya negeri semula, tambahnya. (malaysiakini)

Read more...

DILARANG SENTUH ISU ALTANTUYA DI BUKIT GANTANG (satu lagi demokrasi taik kucing BN)

>> 31 Mac 2009


Mar 31, 09 12:33pm
Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut bagi menghadapi pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung. Dihubungi Malaysiakini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

Pilihanraya kecil ini dianggap "pungutan suara" terhdap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dalam menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.(malaysiakini)

Read more...

LAGI PENJELASAN ISU DI MASJID SIMPANG OLEH HAJI NIZAR

>> 30 Mac 2009


Petikan dari blog Kamparinn.

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, Dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun. Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO. UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya.

Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan. Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir".
(inilah akhlak pemimpin UMNO haram...!)

Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP