PAS ABAI LARANGAN SEBUT ALTANTUYA, RAJA
>> 01 April 2009
Apr 1, 09 4:12pm
Timbalan pesuruhjaya PAS Perak menegaskan, parti itu tidak akan akur arahan melarang, termasuk calonnya, sebarang kenyataan yang bersifat menghasut semasa berkempen dalam pilihanraya kecil.
Timbalan pesuruhjaya PAS Perak menegaskan, parti itu tidak akan akur arahan melarang, termasuk calonnya, sebarang kenyataan yang bersifat menghasut semasa berkempen dalam pilihanraya kecil.
"Kita menghormati kebebasan bersuara. Kita akan bercakap apa sahaja isu yang mengenai kepentingan rakyat dan negara selagi perkara yang disentuh itu dibuat dalam batas undang-undang dan berdasarkan fakta," Asmuni Awi dipetik berkata hari ini.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja.Asmuni berkata arahan itu merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana kebebasan bersuara merupakan satu hak asasi yang dijamin dengan sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, lapor Bernama.
"Kita boleh bincang apa sahaja sebenarnya. Tiada had untuk kita membincangkan sesuatu topik dalam negara ini selagi kita mematuhi undang-undang dengan tidak melanggar batas-batas hasutan.
"Saya rasa rakyat Malaysia adalah bijak dalam membincangkan perkara seperti ini," katanya, juga seorang peguam.
Tambahnya, PAS memberi arahan kepada penceramahnya agar tidak risau untuk terus membicarakan isu-isu tertentu yang kini dilarang dengan alasan arahan polis itu sebenarnya suatu perkara yang boleh dicabar dari sudut undang-undang.
Sementara itu Asmuni, yang juga pengarah pilihanraya kecil PAS Bukit Gantang, menolak syor pensyarah undang-undang Dr Shad Saleem Faruqi supaya BN dan Pakatan Rakyat duduk semeja dan berunding bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak. Profesor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebuah program TV malam tadi berkata usaha menyelesaikan kemelut itu menerusi mahkamah boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang sesuai, namun ia dijangka mengambil masa yang panjang.
Menurut agensi berita itu lagi, Asmuni berkata PAS tidak boleh menerima cadangan itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak dan tuntutan rakyat Perak.
"Mood rakyat berkehendakkan kepada pembubaran DUN dan serahkan mandat kepada mereka dan mereka akan buat pilihan sendiri. Jadi kita kena hormati hak rakyat," katanya.
Penyelesaian terbaik bagi segala kemelut politik di negeri itu hanyalah melalui pembubaran DUN dan mengadakan satu pilihanraya negeri semula, tambahnya. (malaysiakini)
0 ulasan:
Catat Ulasan