NAJIB SAKIT HATI BILA ADA PILIHANRAYA (sebab dah tau kalah punya...)
>> 18 April 2009
Bila dimaklumkan kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti di Pulau Pinang, ramai yang mula bersungut keletihan. Malah setengahnya pula menyalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak berhati-hati mengambil calon semasa pilihan raya umum lalu.
Apakah PKR hanya menyediakan calon bidang terjun kerana keghairahan mahu kerusi lebih apabila mengadakan perundingan dengan parti lain iatu PAS dan DAP? Apakah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kepercayaan terhadap kelayakan calonnya yang lain sehingga gagal mengemukakan mereka yang sesuai mengisi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1.
Apakah PKR hanya menyediakan calon bidang terjun kerana keghairahan mahu kerusi lebih apabila mengadakan perundingan dengan parti lain iatu PAS dan DAP? Apakah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kepercayaan terhadap kelayakan calonnya yang lain sehingga gagal mengemukakan mereka yang sesuai mengisi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1.
Apakah tidak ada jalan penyelesaian sehingga bekas Timbalan Ketua itu, Mohammad Fairus terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ahli Dun, Penanti? Kalau dalam isu Elizebeth Wong, PKR dapat mengatasi supaya tidak berlaku pilihan raya kecil kenapa tidak di Penanti.
Banyak persoalan berlegar disebabkan kegagalan Anwar sendiri? Bagaimanapun persoalan tersebut boleh menjadi kabur bila mendengar rintihan dan keluhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersungut tentang pilihan raya kecil yang terlalu terlalu banyak buang masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan.
Kenyataan Najib mula mendedahkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu menyekat kemaraan pakatan rakyat. BN hanya menunggu masa mahu tumbang.
Hilang segala keletihan maka timbul semangat untuk terus beriltizam membangkit suasana politik yang sentiasa panas secara tidak langsung memingkatkan kesedaran rakyat tentang arus politik perdana sehingga melahirkan hilang kepercayaan kepada BN untuk terus memerintah negara.
Bercakap kepada pemberita di Klang, Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Fairus, adalah satu keputusan politik.
"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia di sini, semalam.
Najib mula terseksa dan perit akibat tekanan daripada empat kekalahan dalam pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum Mac 2008. Bermula pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diikuti Parlimen Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dun Bukit Selambau.
Pakatan rakyat mengekalkan tiga kerusi di Parlimen Permatang Pauh dan Bukit Gantang serta Dun Bukit Selambau manakala Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi Umno dalam pilihan raya umum Mac 2008 dirampas oleh PAS. Percapaian BN kali ini hanya dapat mempertahankan satu kerusi Dun Batang Ai di Sarawak.
Mengapa Najib mula merintih dan mengeluh sedangkan beliau beria-ia sangat mahu merampas kerajaan dan kerusi yang dimenangi pakatan rakyat. Najib juga berkata lebih baik menumpukan ekonomi dan menyifatkan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.
Perkembangan politik bagi BN juga menunjukkan amat berbeza dengan masa dahulu dimana BN amat berminat dengan pilihan raya kecil kerana sering menang. Sebaliknya sekarang ia bertukar wajah dan amat berbeza untuk dihadapi Najib.
Terdapat dua perkara utama yang menyakitkan hati Najib tentang pilihan raya kecil. Pertama ia mendedahkan kelemahan BN dan kedua ia menyusutkan wang kerajaan. Walaupun terdapat banyak alasan yang boleh dihuraikan tetapi memadai untuk membincangkan dua perkara pokok yang menjadi Najib gundah gulana.
Sebagai parti memerintah, BN tidak mahu mendedahkan keadaannya yang sedang nazak politik kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti pemerintah. Sekiranya suasana pilihan raya kecil berterusan dan Umno mengalami kekalahan berpanjangan maka akan wujud hilang keyakinan kepada kerajaan.
Keadaan ini mengwujudkan saling tuduh menuduh dalam BN yang boleh menambah parah perpecahan dan hilang keyakinan dengan Umno sebagai parti tunjang BN. Umno juga dilihat sudah tidak mampu memenangi hati rakyat dan hanya menunggu masa untuk jatuh. Maka kebergantungan kepada BN sudah tidak relevan lagi.
Namun begitu perkara yang paling sukar bagi Najib dalam menghadapi dilema itu ialah soal kewangan. Setiap kali pilihan raya umum dan kecil, BN menggunakan jentera kerajaan. Dalam pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu, sebanyak RM15.153 juga dibelanjakan untuk operasi polis di situ sahaja.
Perbelanjaan tersebut hanya operasi polis sahaja belum termasuk jabatan lain dan tuntutan menteri serta pegawai kerajaan bila turun di program rasmi kerajaan. Bagaimana pula dengan projek yang disifatkan Najib `projek mee segera�. Sudah tentu melibatkan wang jutaan ringgit.
Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Kerajaan BN memberi enjin bot percuma dan wang sebanyak RM600 seorang kepada golongan nelayan di Kuala Sepetang. Pengundi di Changkat Jering pula dapat basikal percuma dan wang RM400 seorang.
Bagaimana pula dengan wang petugas BN? Terdapat laporan semua wang petugas dikebas oleh pemimpin setempat Umno maka petugas bawahan tidak dapat merasa duit yang dikatakan upah kerja pilihan raya.
Itu cuma sebahagian kecil daripada laporan bagaimana wang dibelanjakan kerajaan BN dalam pilihan raya. Boleh dibayangkan jutaan ringgit wang kerajaan dibelanjakan bagi hanya satu pilihan raya kecil.
Namun begitu yang menjadi pelik kepada Umno makin banyak wang dicurah BN makin kalah. Inilah perkara yang sukar diterima oleh Najib. Bagi Najib, ia sudah hilang kepercayaan kepada rakyat.
Bagaimanapun harus juga disedari oleh PKR jika parti tersebut sengaja mengundang berlakunya pilihan raya kecil secara berterusan ia amat dibimbangi boleh menampah kebencian rakyat akan lahir kebosanan akibat kegagalan PKR menyediakan calon yang baik. _ (harakahdaily)
1 ulasan:
Utusan malaysia hari ni lapor kenyataan tan sri aziz,pengerusi SPR tentang banyak duit rakyat terpaksa dihabiskan untuk PRK.
Ironiknya,belanja mengurus PRK Kuala Terengganu oleh SPR hanyalah RM450 ribu dan untuk polis adalah RM16 juta.Belanja polis lagi mahal daripada belanja SPR.
Di Bukit Gantang pulak,SPR belanja RM700 ribu.Bukit Selambau dan Batang Ai masing-masing RM500 ribu.Memeranjatkan belanja untuk polis bagi tiga PRK adalah RM30 juta.
Belanja PRK untuk polis dah cecah RM46 juta.
SPR kena kurangkan atau hadkan jumlah polis yang hadir dalam setiap PRK.Bukannya hadkan jumlah penyokong PR kerana mereka datang guna duit sendiri.
Lagi elok RM46 juta digunakan untuk mendirikan pondok polis,van polis bergerak atau elaun kerja lebih masa.tak lupa untuk skim perlindungan insurans dan macam-macam lagi.
PDRM berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira pembangkang atau kerajaan.Itulah harapan rakyat semua dan janganlah persiakan harapan rakyat
Catat Ulasan