CATATAN AMY SEARCH TENTANG TOK GURU DI DALAM BLOGNYA
>> 20 April 2009
Aku sebenarnya terpinga-pinga dan “fonkius” tentang berita yang disensasikan mengenai aku masuk PAS dan kemudiannya tentang aku nafi masuk PAS. Adakah hanya kerana aku hadir dalam suatu majlis sebagai seorang artis di majlis anjuran PAS, yang juga dihadiri oleh Tok Guru Nik Aziz menjadikan aku seorang ahli parti secara automatik? Adakah juga hanya kerana kehadiran Tok Guru menjamu selera di Restoran Cheng Ho dan kehadiran rakan-rakan sepemergian bersama aku ke Tanah Suci di open house hari raya aku menjadikan aku seorang penyokong PAS? Amende lah lu orang ni..
Sampaikan Siti Nurhaliza dan suami juga terpaksa membuat penafian berbagai-bagai hanya kerana hadir menziarahi Tok Guru yang kurang sihat. Ek eleh..
Secara jujurnya, aku melihat Tok Guru bukan sebagai seorang ahli politik tetapi sebagai seorang tokoh ulama yang aku hormati dan aku segani. Dalam setiap perbualan dengan Tok Guru dan dalam mendengar nasihat dan pendapat yang beliau kemukakan, hati aku sentiasa sayu dan tersentuh. Pada aku, he is such a great man..
Untuk kesekian kalinya - aku seorang artis profesional yang akan hadir membuat persembahan di mana-mana majlis yang mengundang. Aku bukanlah ahli kepada mana-mana parti politik. Aku menghormati semua tokoh-tokoh politik yang ada. Seperti mereka, yang punya tanggungjawab untuk berpolitik dalam menentukan masa depan kita, aku juga punya tanggungjawab untuk menyanyi dan membuat persembahan. Can we not just leave it at that?
Phewwiitt..
0 ulasan:
Catat Ulasan