Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

CIRI-CIRI DAN AKHLAK YANG MESTI ADA PADA KEPIMPINAN GERAKAN ISLAM

>> 13 April 2009


Menyedari hakikat bahawa memimpin umat Muhammad saw di dunia ini adalah satu tanggungjawab yang amat besar serta menggerunkan, umat Islam dianjurkan dan wajib memilih kepimpinan yang mampu menjalankan tugas pentadbdiran harian yang baik dan cemerlang. Maka ulama telah memberikan garis panduan dan memilih kepimpinan dengan ciri-ciri dan sifat tertentu kerana pemimpin Harakah Islamiyyah adalah menjadi contoh dan perhatian kepada masyarakat serta menjadi qudwah dan uswah hasanah kepada anggota harakah dan masyarakat. Contoh, kepimpinan Rasulullah saw.

Di bawah adalah beberapa sifat, ciri-ciri dan akhlak yang sepatutnya ada kepada pemimpin harakah Islamiyyah di semua peringkat:-

1. Ikhlas kepada Allah dan benar-benar mengharapkan keredhhan Allah dalam setiap gerakerja kerana tanpa ikhlas maka seseorang itu tidak akan dapat apa-apa ganjaran daripada Allah swt dan hendaklah bersih daripada sifat ujub, ingin masyhur, inginkan pangkat dan kedudukan dan sanjungan.

2. Mempunyai daya berfikir yang cergas, bijaksana, berpengalaman dan pengetahuan yang luas tentang gerakan, cepat memahami dan menyelesaikan masalah, tidak pelupa tidak buntu fikiran di waktu marah dan gawat.

3. Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

4. Lemah lembut, Rasulullah sentiasa memuji sifat tersebut bersabda:' Sesungguhnya Allah itu lembut, sukakan kepada lemah lembut dan memberi melalui lemah lembut dan Dia tidak memberi melaui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya.'

5. Berani dan bermaruah, tidak penakut dan gopoh gapah, tidak pengecut. Sebaik-baik keberanian ialah orang yang berani menyatakan yang hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan dan insaf kepada diri sendiri.

6. Bercakap benar dalam semua keadaan.Supaya sifat ini terjaga, seorang pemimpin hendaklah cermat menerima dan menyampaikan berita yang diterima.

7. Bersifat tawadhuk dan merendah diri terhadap orang mukmin. Firman Allah swt, ' dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepad orang-orang beriman. (As Syura 125)

8. Bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah. Firman Allah swt, ' dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memaafkan kesalah-kesalahan manusia, dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf.'(ali imran 134)

9. Menunaikan janji/menepati janji (masa)

10. Sabar. Perjalanan Harakah Islamiyyah yang jauh menuntut kesabaran yang terlalu tinggi kerana terpaksa berhadapan dengan berbagai ujian dan cabaran, mehnah dan tribulasi. Orang yang tidak sabar seharusnya tidak menerima apa-apa jawatan dalam harakah Islamiyah.

11. Bersih diri dari kepentingan peribadi dan murah hati.

12. Wara' dan zuhud.

13. Menjaga batas-batas agama.

14. Bersikap adil dan sentiasa menginsafi diri.

15. Menjaga perpaduan jamaah.

16. Tegas dan tawakkal kepada Allah.

17. Bersederhana dalam semua urusan.

18. Tetap di atas landasan kebenaran.

19. Menjauhi diri dari berbangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri.

20. Sentiasa waspada.

Ada lagi sifat-sifat tambahan tetapi di atas adalah sifat utama yang perlu ada pada kepimpinan gerakan, sifat-sifat tambahan seperti ihsan kepada faqir, memuliakan anak yatim dan fakir miskin, bermanis muka dengan semua orang, menjauhkan diri dari bercakap kasar, memaki hamun, tidak suka berseloroh, menonjolkan diri, menengking, menjauhkan diri daripada bid'ah dan syubhah, menjaga segala perbuatan sunnah dalam setiap gerakgeri, taqarrub ilallah dengan amalan fardhi seperti zikrullah, baca quran, qiamullail selain dari selalu muhasabah diri.

Selain daripada itu pemimpin gerakan mestilah bersedia untuk ditarbiyah atau melalui proses tarbiyah semua peringkat sentiasa hadirkan diri dalam program tarbiyah semua peringkat seperti usrah, tamrin, liqa ul fikri dan lain-lain.

Garispanduan ini sangat penting kepada kita semua samada kita sebagai pemimpin atau memilih pemimpin gerakan Islam kerana jika ciri-ciri di atas tidak dipenuhi maka akan berlaku kecelaruan dalam gerakan dan kadang-kadang boleh mencetuskan masalah dalaman yang tidak berkesudahan.

Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu dan memudahkan segala urusan kita dalam kita menjalankan kerja-kerja memenangkan Agama Allah swt.

Waallahu a'lam.

(Sebahagian dipetik dari Kitab Amal Jama'ie: Pengertian dan Tuntutan oleh Al Fadhil Tuan Guru Ust. Hj Yahya b Othman.)

2 ulasan:

Wak Labu Farm 14 April 2009 pada 9:14 PG  

PAS dan UMNO siang malam membahaskan soal, hudud, hadhari dan negara Islam.

Kaum kafir sudah bersatu dalam DAP, dibantu pula PAS dan PKR, maka laum kafir ini akan bertambah kuat.

Sekarang mereka sudah berani menuntut berbagai perkara yang sangat menguntungkan mereka, dan sebalik nya sangat merugikan kaum melayu/Islam.

Kebodohan kaum melayu/Islam ini akhirnya akan menjadikan kaum melayu/Islam menjadi HAMBA KAUM KAFIR.

Tanpa Nama,  14 April 2009 pada 2:35 PTG  

Sampai bila kita nak berseteru dgn org bukan Islam ? Mereka adalah medan dakwah kita. Nak harap UMNO jgn harap dapat dakwahkan MCA dan MIC.Dah 50 tahun..habuk pun tarak..

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP