SIDANG DUN YANG TERDESAK DARI MAHKLUK PEROSAK
>> 29 April 2009
Dengar ceritanya, sidang DUN kali ini hanya dibuat selama sehari saja. Makhluk-makhluk perosak yang terdesak tu akan mengatur beberapa strategi dalam tempoh sehari tu. Malah Zambry Kadiaq telah menghantar usul undi tidak percaya kepada speaker Sivakumar.
Semasa sidang DUN juga, si makhluk-makhluk perosak juga akan membuat beberapa provokasi. Dengar ceritanya juga, para pemerhati tidak dibenarkan masuk ke dewan kecuali ADUN-ADUN sahaja. Malah para ADUN pun kena pakai tag keselamatan sebelum masuk yang akan diperiksa oleh pengawal keselamatan.
Pelik...dewan DUN merupakan tempat bagi DUN bersidang. Dewan tu ibarat rumah bagi mereka tetapi para ADUN kena tunjukkan kad keselamatan sebelum masuk ke rumah mereka. Ketat sungguh keselamatan para makhluk perosak ni.
Dengar ceritanya, pihak polis yang diminta membantu dalam urusan keselamatan pun berasa pelik...mengapa tenaga mereka diperlukan mengawal ADUN sedangkan ADUN itu merupakan tuan rumah bagi dewan.
Sebenarnya, itulah tindakan bagi mereka yang terdesak dari makhluk perosak. Mereka sentiasa takut dek bayang-bayang sendiri. Pusing ke kanan nampak wajah Hj. Nizar. Pusing ke kiri nampak wajah Datuk Ngeh. Penyudahnya segala-galanya menimbulkan rasa takut kepada mereka.
Saksikanlah wajah-wajah makhluk di bawah ini. Nampak cool....tapi dalam hati masing-masing...Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
2 ulasan:
DUN Perak bakal mencipta sejarah paling BANGGANG DIDUNIA.................
Saya sokong...
Catat Ulasan