Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

FAIRUZ LETAK JAWATAN ADUN PENANTI...

>> 16 April 2009


Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini. Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan. Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.

"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.

Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu. Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari. DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namanyA. Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri. Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas. Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.

Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu. Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti. Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:

"Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan."

Read more...

ISU PERAK : BUKAN UGUTAN, TETAPI PENGAJARAN (tak faham bahasa ke...?)

>> 15 April 2009


KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar menegaskan kenyataannya sebelum ini bukan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak serta tidak bertujuan menghasut rakyat agar melakukan demonstrasi sebagaimana berlaku di Pattaya, Thailand.

Kamaruddin berkata demikian sebagai respons kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan kenyataannya sebagai amat tidak bertanggungjawab, berbahaya serta sengaja mahu mencetuskan ketegangan dan keadaan huru-hara dalam masyarakat.

Kamaruddin menegaskan, merujuk balik kenyataannya itu, beliau menyatakan Najib perlu mengambil pengajaran daripada pengalaman peristiwa yang berlaku pada sidang Asean yang dihadirinya di Pattaya.

"Dalam kenyataan saya yang lalu, saya menegaskan jika rakyat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan digulingkan, rakyat akan berhimpun dan bertindak. Jadi, saya mengatakan dengan pengajaran tersebut adalah lebih baik Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan serta diadakan pilihan raya.

"Saya menyatakan kebimbangan saya dan tidak mustahil perkara seperti itu juga akan berlaku di Malaysia,"tegas Kamaruddin sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu Kamaruddin juga beranggapan kenyataan Najib yang mengakui sekarang ini era 'the goverment knows best' sudah tamat.

"Sama ada Dato' Hishamuddin, Dato' Zambry atau menteri kabinet yang lain seharusnya menghayati hasrat Perdana Menteri yang baru ini serta mendengar pandangan semua pihak dan tidak patut menganggap dirinya tidak lagi boleh ditegur," jelas Kamaruddin.

Sebelum ini, Kamarudin dalam kenyataanya kepada Harakahdaily berpendapat keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang merupakan referendum rakyat terhadap BN yang telah merampas kuasa di Perak secara tidak bermoral Februari lalu.
Justeru katanya, jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera,"katanya.

Dalam kenyataanya itu, Kamaruddin turut menegaskan BN tidak seharusnya mengenepikan suara rakyat di Bukit Gantang yang jelas menolak mereka dan penolakan tersebut juga merupakan petanda mereka tidak menerima kerajaan haram yang diterajui oleh Umno di negeri tersebut. - mks. _

Read more...

10 ADUN BN BOIKOT SIDANG DUN TERENGGANU

>> 14 April 2009


Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.

Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri, sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said (foto) seperti diura-urakan sejak minggu lalu. Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS ugutan pada jam 11.20 malam tadi.

Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?". Selain mereka bertiga, turut tidak hadir di sidang DUN pagi ini ialah Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Dipercayai, beberapa ADUN BN akan ke Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berhubung krisis terbaru di negeri itu.Krisis kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini tercetus genap setahun selepas berlaku perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan Idris, menteri besar waktu itu.

Minggu lalu, Ahmad memberi amaran keras termasuk memecat ADUN BN terbabit jika usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang dewan minggu ini. BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula lapan kerusi.

Sementara itu, Rosol yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, memberitahu sidang akhbar pagi ini bahawa selain 10 Adun berkenaan, tiga lagi Adun BN yang menyokong tindakan mereka, tidak menghadiri sidang DUN hari ini. Bagaimanapun, Berita Harian memetiknya sebagai berkata, ketiga-tiga ADUN tersebut tidak bersama mereka dalam sidang media itu.

Bagaimanapun Bernama melaporkan, selain menteri besar dan 10 exco kerajaan negeri, hanya tiga wakil rakyat BN dalam sesi soal jawab itu. Tindakan memulaukan dewan itu, lapor agensi berita itu lagi, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN pembangkang. Menurut Rosol di sidang media itu, mereka tidak akan hadir persidangan DUN selagi tidak mendapat jaminan keselamatan berikutan ugutan bunuh menerusi SMS itu.

"Kita akan hadir pada hari terakhir sidang dewan esok jika mendapat jaminan keselamatan daripada polis," katanya.

Sementara, Berita Harian melaporkan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Wan Muda, membuat laporan di balai polis Kuala Terengganu, menafikan pembabitannya dengan penyebaran SMS berbau ugutan bunuh kepada tiga ADUN BN negeri itu. Wan Ahmad ditemani Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan dan Tugas-Tugas Khas), Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail, membuat laporan itu pada jam 12 tengahari tadi.Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, mengesahkan polis menerima laporan Wan Ahmad dan akan menyiasat mengikut lunas undang-undang.

Menurut laporan Berita Harian itu, Kira-kira jam 11.20 malam tadi, tiga Adun BN Terengganu tersebut - Abd Halim (Permaisuri) dan Zakaria (Paka) menerima SMS berbau ugutan bunuh dari nombor telefon bimbit 019-9158369 manakala Rosol (Ajil) menerima SMS dari komputer. Abd Halim dan Zakaria ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Tengganu jam 1.15 pagi tadi, berkata selepas menyemak Diari Kerajaan Negeri, mereka dapati SMS itu dihantar daripada telefon bimbit yang didaftarkan sebagai kepunyaan SUSK berkenaan. (malaysiakini)

Read more...

CIRI-CIRI DAN AKHLAK YANG MESTI ADA PADA KEPIMPINAN GERAKAN ISLAM

>> 13 April 2009


Menyedari hakikat bahawa memimpin umat Muhammad saw di dunia ini adalah satu tanggungjawab yang amat besar serta menggerunkan, umat Islam dianjurkan dan wajib memilih kepimpinan yang mampu menjalankan tugas pentadbdiran harian yang baik dan cemerlang. Maka ulama telah memberikan garis panduan dan memilih kepimpinan dengan ciri-ciri dan sifat tertentu kerana pemimpin Harakah Islamiyyah adalah menjadi contoh dan perhatian kepada masyarakat serta menjadi qudwah dan uswah hasanah kepada anggota harakah dan masyarakat. Contoh, kepimpinan Rasulullah saw.

Di bawah adalah beberapa sifat, ciri-ciri dan akhlak yang sepatutnya ada kepada pemimpin harakah Islamiyyah di semua peringkat:-

1. Ikhlas kepada Allah dan benar-benar mengharapkan keredhhan Allah dalam setiap gerakerja kerana tanpa ikhlas maka seseorang itu tidak akan dapat apa-apa ganjaran daripada Allah swt dan hendaklah bersih daripada sifat ujub, ingin masyhur, inginkan pangkat dan kedudukan dan sanjungan.

2. Mempunyai daya berfikir yang cergas, bijaksana, berpengalaman dan pengetahuan yang luas tentang gerakan, cepat memahami dan menyelesaikan masalah, tidak pelupa tidak buntu fikiran di waktu marah dan gawat.

3. Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

4. Lemah lembut, Rasulullah sentiasa memuji sifat tersebut bersabda:' Sesungguhnya Allah itu lembut, sukakan kepada lemah lembut dan memberi melalui lemah lembut dan Dia tidak memberi melaui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya.'

5. Berani dan bermaruah, tidak penakut dan gopoh gapah, tidak pengecut. Sebaik-baik keberanian ialah orang yang berani menyatakan yang hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan dan insaf kepada diri sendiri.

6. Bercakap benar dalam semua keadaan.Supaya sifat ini terjaga, seorang pemimpin hendaklah cermat menerima dan menyampaikan berita yang diterima.

7. Bersifat tawadhuk dan merendah diri terhadap orang mukmin. Firman Allah swt, ' dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepad orang-orang beriman. (As Syura 125)

8. Bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah. Firman Allah swt, ' dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memaafkan kesalah-kesalahan manusia, dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf.'(ali imran 134)

9. Menunaikan janji/menepati janji (masa)

10. Sabar. Perjalanan Harakah Islamiyyah yang jauh menuntut kesabaran yang terlalu tinggi kerana terpaksa berhadapan dengan berbagai ujian dan cabaran, mehnah dan tribulasi. Orang yang tidak sabar seharusnya tidak menerima apa-apa jawatan dalam harakah Islamiyah.

11. Bersih diri dari kepentingan peribadi dan murah hati.

12. Wara' dan zuhud.

13. Menjaga batas-batas agama.

14. Bersikap adil dan sentiasa menginsafi diri.

15. Menjaga perpaduan jamaah.

16. Tegas dan tawakkal kepada Allah.

17. Bersederhana dalam semua urusan.

18. Tetap di atas landasan kebenaran.

19. Menjauhi diri dari berbangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri.

20. Sentiasa waspada.

Ada lagi sifat-sifat tambahan tetapi di atas adalah sifat utama yang perlu ada pada kepimpinan gerakan, sifat-sifat tambahan seperti ihsan kepada faqir, memuliakan anak yatim dan fakir miskin, bermanis muka dengan semua orang, menjauhkan diri dari bercakap kasar, memaki hamun, tidak suka berseloroh, menonjolkan diri, menengking, menjauhkan diri daripada bid'ah dan syubhah, menjaga segala perbuatan sunnah dalam setiap gerakgeri, taqarrub ilallah dengan amalan fardhi seperti zikrullah, baca quran, qiamullail selain dari selalu muhasabah diri.

Selain daripada itu pemimpin gerakan mestilah bersedia untuk ditarbiyah atau melalui proses tarbiyah semua peringkat sentiasa hadirkan diri dalam program tarbiyah semua peringkat seperti usrah, tamrin, liqa ul fikri dan lain-lain.

Garispanduan ini sangat penting kepada kita semua samada kita sebagai pemimpin atau memilih pemimpin gerakan Islam kerana jika ciri-ciri di atas tidak dipenuhi maka akan berlaku kecelaruan dalam gerakan dan kadang-kadang boleh mencetuskan masalah dalaman yang tidak berkesudahan.

Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu dan memudahkan segala urusan kita dalam kita menjalankan kerja-kerja memenangkan Agama Allah swt.

Waallahu a'lam.

(Sebahagian dipetik dari Kitab Amal Jama'ie: Pengertian dan Tuntutan oleh Al Fadhil Tuan Guru Ust. Hj Yahya b Othman.)

Read more...

JAMIL KHIR JADI MENTERI BACA TALQIN UNTUK UMNO/BN


Confirm Mejer Jeneral (B) Jamil Khir Umno. Kawan lama saya sewaktu di Maktab Mahmud Alor Setar. Kemudian beliau belajar di Akademik Islam Universiti Malaya. Dia senior saya 2 tahun. Bapa dan adik beliau Pas totok. Ayah pernah menjadi AJK Pas Kawasan Jerai. Adiknya pula pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kawasan.

Saya pernah diberitahu oleh Kapten (B) Ustaz Jamsari (Pengarah Unit Amal Pusat), bahawa Jamil Khir ini kaki mengampu dalam KAGAT. Kami yang berfikrah Pas dalam Kagat, cukup menyampah dengan beliau dan mereka beritahu kepada saya memang dia Umno.

Masalahnya biasalah ustaz Umno ini dia jumpa dengan kita tidak mengaku dia sokong Umno. Jamil Khir pernah beritahu kepada saya, orang kampung duduk kata dia akan bertanding atas tiket Umno, orang Umno kata akan bertanding atas tiket Pas. Saya pun kata dekat dia, inilah anta tidak jelas dalam penderian politik. Dan saya beritahu kepada dia jangan cemarkan keluarga anta yang terkenal sebagai orang kuat Pas.

Mungkin PM baru letak beliau sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk lawan kekuatan Pas di Kedah. Beliau berada di kawasan Dato’ Seri Azizan Razak, MB Kedah kubu kuat Pas di Kedah. PRU 13 beliau akan lawan di Parlimen Jerai atau lawan Ustaz Azizan Razak di DUN Sungai Limau.

Tidak tahulah saya apa yang Jamil Khir hendak cari. Tidak cukup lagikah gaji dalam Kagat. Kaya macam mana pun mana boleh makan ikan siakap sekali makan tujuh ekor.

Patut beliau kena fikir semua orang agama dalam Umno macam daun kari sahaja. Waktu hendak bagi gulai bau sedap maka daun kari digunakan. Waktu hendak makan, daun kari ditolak ketepi. Macam itulah nasib ustaz dalam Umno dan saya yakin itulah juga akan menimpa beliau sikit hari lagi. Umno guna waktu dia menjadi seleberiti di kaca TV sahaja. Selepas tidak laku lagi balik kampung bawa mesin padi dekat Yan.

Beliau menyertai cabinet masuk waktu kapal Umno sudah hendak karam yang dipimpin Datuk Seri Najib dan mentolnya Tun Dr Mahathir yang merosakkan seluruh sistem negara selama 22 tahun. Terima jawatan waktu PM yang sampai hari ini tidak berani hendak saman akhbar Perancis yang menuduh beliau dalam kes Antatuya.

Mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno”

Eloklah wahai Jamil Khir anta tolong baca talqin bersama dengan Tun Dr Mahathir yang mengiringi Datuk Seri Najib di kubur Umno tidak berapa lama lagi.(idrisahmad.wordpress.com)

Read more...

SPEAKER DUN PERAK SUDAH ADA BLOG...!

>> 12 April 2009


Speaker DUN Perak, Sdr. V. Sivakumar telah mempunyai blog sendiri. Rakyat boleh melayari : http://speakforperak.blogspot.com.

Read more...

MUSLIMAT PERLU "WORK SMART"



Perasmi mesyuarat, Puan Juhairah bt Dato' Ghazali.


Teluk Intan, 12 April - Muslimat era kini perlu "work smart" dan tidak lagi "work hard" sebagaimana yang telah diamalkan wanita zaman dulu. Demikian dinyatakan oleh Puan Juhaira bt Dato' Ghazali, AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Perak semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan kali ke-19 pagi tadi.


Ketua Dewan Muslimat Kawasan sedang menyampaikan ucapan aluan.

"Contohnya, bila masak, masaklah untuk tengah hari dan malam. Tak payah masak sekali lagi. Selepas itu, muslimat bolehlah pergi menghadiri program jemaah pada sebelah petang. Jangan jadi emak kita dulu, dari pagi hingga ke petang terperuk di dapur sahaja, " ujar beliau.


Antara perwakilan muslimat yang hadir.

Beliau yang juga merupakan Ketua Muslimat Tambun, menyatakan kekuatan pejuang hanya disebabkan adanya Iman dna Islam. Kerja dalam parti adalah berbentuk sukarela tetapi di situlah para pejuang akan menemui pahala yang banyak yang diberikan Allah kepada orang yang berjihad di jalanNya.


Menyanyi lagu PAS beramai-ramai dengan bersemangat.

Sebelum itu, di dalam ucapan aluan, Ketua Muslimat Kawasan Teluk Intan, Puan Robiatun Mohd Abas telah meminta para muslimat agar menyedari bahawa penyertaan di dalam PAS bukan hanya sebab politik semata-mata.
"Malah, penyertaan kita adalah atas tuntutan agama yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW melalui sunnah baginda," kata beliau.


Penyampaian cenderamata kepada perasmi.


Beliau juga meminta para ahli muslimat bersama-sama memperkasakan Jawatankuasa Muslimat Cawangan dengan melaksanakan program usrah cawangan.
Dalam mesyuarat kali ini, Ketua Dewan, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Muslimat cawangan masih kekal dipegang oleh Puan Robiatun, Puan Hajah Faridah Rajiah dan Puan Aishah.
Majlis turut dihadiri Timbalan Yang Di Pertua PAS sebagai mewakili PAS Kawasan Teluk Intan. (ar_rawa)

Read more...

PAS MEMPERJUANGKAN KEBENARAN - YB ANUAR SUDIN

>> 11 April 2009


Sdr. Ahmad Kabir bin Mahdin, Ketua PAS Cawangan Batu 3/Sri Taman Cicely.

Teluk Intan, 11 April - Parti Islam Se Malaysia (PAS) adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan ia tubuhkan untuk menegakkan yang haq dan meruntuhkan yang batil. Demikian antara inti ucapan yang telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin.



YB Hj Anuar Sudin menyampaikan ucapan.

Beliau telah menyampaikan ucapan tersebut semasa merasmikan Meyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15 PAS Cawangan Batu 3/Sri Taman Cicely. Majlis telah diadakan di PASTI Ibnu Rusyd/Markaz cawangan Cicely.

"Kerana itu, para pejuang kebenaran iaitu ahli PAS harus mempersiapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu agama, ikhlas dalam perjuangan, wara' dan tawadhu' dan dalam sebuah tanzim konsep taat amat penting. Kesemuanya ini haruslah bermula dengan pembentukan diri pejuang itu, " kata beliau lagi.

Haji Anuar juga berharap cawangan dapat melahirkan pimpinan pelapis agar kawasan tidak ketandusan pimpinan pada masa akan datang.

Bekas Ketua Cawangan Sdr. Haruddin (kanan) mengucapkan tahniah kepada Sdr. Ahmad Kabir Mahdin.

"Sepatutnya cawangan yang mempunyai ahli di peringkat akar umbi akan mampu melahirkan pemimpin pelapis yang dapat mengisi saf kepimpinan di pelbagai peringkat. Biarlah konsep kepimpinan iman dan taqwa ini dapat dibawa hingga ke tampuk pemerintahan kerajaan sebagaimana PAS kini melahirkan pimpinan baru seperti Menteri Besar Perak, YAB Hj. Mohammad Nizar.


Mesyuarat agung cawangan kali ini telah memilih kepimpinan cawangan yang baru bagi sesi 2009 - 2011. Sdr. Ahmad Kabir Mahdin telah dipilih sebagai Ketua PAS Cawangan Batu 3/Sri Taman Cicely yang baru. Hj. Mohd Taib telah dipilih sebagai Naib Ketua Cawangan. Manakala Ketua Jawatankuasa Pemuda cawangan pula ialah Sdr. Najib Misbah dan Ketua Jawatankuasa Muslimat cawangan ialah Pn. Normah.
Sementara itu, dalam ucapan sulungnya, Sdr. Ahmad Kabir meminta semua ahli cawangan agar bersiap sedia berhadapan dengan pilihanraya kecil dan juga PRU13 akan datang. Beliau juga mengajak setiap ahli bersama-sama bertanggungjawab mempertahankan kemenangan DUN Changkat Jong dengan cara meningkatkan lagi gerak perjuangan. (ar_rawa)

Read more...

USTAZ ABDUL FATTAH TERUS MENERAJUI PEMUDA TELUK INTAN



TELUK INTAN, 11 April - Ustaz Abdul Fattah bin Awang terus menerajui Dewan Pemuda Kawasan Teluk Intan dalam mesyuarat agungnya semalam. Ini bermakna beliau terus mengemudikan sayap kanan parti itu bagi sesi 2009 - 2011. Sebelum ini Ustaz Abdul Fattah telah menjadi Ketua DPP Teluk Intan bagi sesi 2007 - 2009 yang lalu. Mesyuarat kali ini merupakan pemilihan bagi kepimpinan baru sayap itu.




Mesyuarat telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan DPP Perak, Sdr. Azhar Saud, juga menyaksikan jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua DPP Teluk Intan masih lagi kekal dipegang oleh Sdr. Shamsuddin Mahmud dan Sdr. Nazir Yusuf.

Beberapa orang AJK DPP kawasan turut dipilih ialah Sharul Iman, Azizi, Ijad, Najmuddin Abd. Hir, Roslan Salim, Ali Hashim, Mohd. Nur Basyir, Ramli, Hisham Zaitun dan Johari. Kebanyakan AJK yang menang mewakili beberapa cawangan sekitar Teluk Intan.

Semoga dengan gabungan tenaga pemuda-pemuda terpilih ini, besarlah harapan dapat meningkat dan menyemarakkan lagi perjuangan PAS di kawasan Teluk Intan, khususnya dalam usaha mempertahankan kemenangan DUN N56 Changkat Jong yang telah dimenangi pada PRU12 lalu.(ar_rawa)

Read more...

TAU TAK PA....


Khairy akui program Pemuda Umno 'syok sendiri'
Muda Mohd Noor Apr 11, 09 8:00am
Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri'.

"Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN," katanya ketika melancarkan program exco turun padang di Rawang malam tadi.


Walaupun hujan lebat, majlis tersebut mendapat sambutan hebat dengan dihadiri kira-kira 500 ahli Pemuda Umno bahagian Selayang.Selain Khairy, hadir sama ialah Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dan bebaterapa exco pergerakan itu.

Sehubungan itu, Khairy berkata, fokus utama pergerakan itu untuk memperkuatkan parti ialah dengan mendekati golongan muda dan yang tidak berparti.

"Jadi kita kena keluar dari kepompong untuk menemui mereka yang selama ini tidak bersama dengan kita.

"Kerana dalam pilihanraya umum saluran anak muda iaitu saluran empat, lima dan enam tidak mengundi BN," katanya.

Khairy berkata, beliau akan mewujudkan satu hal ehwal khas untuk orang muda terutama di Lembah Kelang. Katanya, jawatankuasa itu akan memberi perhatian terhadap ekonomi, jenayah, perumahan, penjaja kecil dan keselamatan mereka.

"Kepada rakyat yang terpinggir, yang tidak ada masa depan sebagai pelanggan utama kita," katanya.Sementara itu, Khairy berkata, beliau akan melantik ketua Pemuda Umno negeri tidak berapa lama lagi.(malaysiakini)

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP