Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

DRAF PERSEMPADANAN SEMULA KEMUKA MELALUI PEJABAT PM; RELEVAN KE...?

>> 13 Januari 2010



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoalkan kerelevenan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang akan mengemukakan draf persempadanan semula melalui Pejabat Perdana menteri sebelum dibawa ke Parlimen. Walaupun amalan ini sudah menjadi kebiasaan, namun dari sudut integriti dan kebebasan SPR masih boleh dipersoalkan.

Perdana Menteri merupakan seorang ahli parti politik yang berkepentingan dalam urusan Pilihanraya dan turut menjadi calon setiap kali ada pilihanraya. Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat Perdana Menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ianya boleh dipinda sesuka hati oleh Perdana menteri mengikut kepentingan partinya.Kredibiliti SPR dan Perdana Menteri sebagai pegawai eksekutif dalam Kerajaan boleh dipertikaikan kerana kepentingannya itu.

SPR sewajarnya menjadi badan bebas yang tubuhkan melalui Akta yang dibentangkan di Parlimen. SPR sepatutnya bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan setiap dokumen atau draf hanya perlu dilihat oleh ahli Parlimen termasuk Perdana Menteri ketika dibentangkan dalam Parlimen dan bukannya dibawa ke Mesyuarat Kabinet terlebih dahulu untuk di edit.

Kabinet merupakan jawatankuasa eksekutif tertinggi negara, bukannya badan perundangan yang boleh menentukan kerelevenan sesuatu pindaan. Malah Kabinet yang ada pada hari ini dilihat mempunyai kepentingan yang tinggi dalam semua isu dan perkara.

PAS juga berharap agar setiap Suruhanjaya yang dibentuk melalui akta Parlimen hendaklah selepas ini merujuk terus kepada Parlimen dan tidak perlu lagi mengetuk pintu kabinet kerana keputusan mewujudkan Suruhajaya adalah keputusan Parlimen bukan Kabinet. Maka, Suruhanjaya harus bertanggungjawab dan menjawab terus kepada Parlimen.

Ketelusan sistem Kabinet, Parlimen dan Suruhanjaya nampak kabur dinegara ini kerana tiadanya pengasingan kuasa yang jelas. Konteks pentadbiran negara menjadi begitu berkecamuk dimana, parti yang memerintah mempunyai kuasa yang begitu dominan walau apa jua jawatankuasa yang ditubuhkan kerana masih ada kuasa ditangan mereka untuk menentukan sesuatu keputusan berdasarkan kepentingan parti mereka. Parti yang memerintah juga duduk dalam kuasa Perundangan dan Eksekutif serta turut mempengaruhi perjalanan kuasa Kehakiman termasuk dalam soal menentukan Ketua Hakim Negara. Jadi tidak nampak pengasingan kuasa disitu.

Oleh itu, PAS menyeru agar Ahli Parlimen Malaysia membuka mata dan mengkaji isu ini bagi memastikan institusi Parlimen mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan Kabinet menjadi Badan Eksekutif yang hanya melaksanakan keputusan Parlimen, bukan sebagai badan yang menentukan arah tuju Parlimen mengikut telunjuk Perdana Menteri.

PAS tidak beriman dengan demokrasi, tetapi menganggap demokrasi sebagai alat untuk mencapai kebersamaan politik dimana jika sistemnya betul, keadilan untuk rakyat dapat ditegakkan dan penindasan dapat dihapuskan.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

NIK AZIZ RAI PADERI, SAMI MAKAN TENGAH HARI



KOTA BHARU, 13 Jan: Ketua-ketua agama terdiri daripada alim ulama, paderi dan sami dijemput menghadiri makan tengah hari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Januari ini di Kota Darulnaim.

Jamuan tersebut dianjurkan kerajaan negeri sebagai meraikan ketua-ketua agama di negeri ini dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.

Katanya, dianggar lebih 20 ketua agama dijangka menghadiri majlis tersebut yang berkonsepkan muhibah.

“Setakat ini kita telah dimaklumkan seramai 18 orang daripadanya terdiri daripada paderi menyatakan persetujuan hadir, manakala sami belum dapat pastikan bilangan yang akan hadir,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, jamuan berkenaan diadakan menjelang tengah hari memandangkan sami difahamkan tidak boleh makan selepas jam 12.00 tengah hari.

“Kerajaan negeri meraikan mereka bertujuan mewujudkan suasana tenang dan harmoni di antara agama di negeri ini.

“Walaupun telah wujud keharmonian di Kelantan sejak sekian lama, namun diharap dengan pertemuan tersebut keharmonian bertambah baik,” ujarnya.

Menurutnya, Islam sejak awal lagi mengutamakan keharmonian seperti diajar Rasulullah s.a.w. setelah baginda sampai di Madinah.

Katanya, sebaik sahaja sampai di Madinah, baginda s.a.w. mengadakan perjanjian bertulis yang pertama di muka dunia sehingga melahirkan keharmonian antara kaum.(harakahdaily)

Read more...

"TERKAWAL" 9 GEREJA DISERANG, PAS TOLAK I.S.A DIGUNAKAN

>> 12 Januari 2010



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan terhadap sembilan gereja sejak 8 Januari lepas berikutan bantahan meluas tentang isu penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald. PAS juga kesal dengan ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mahu mengunakan ISA bagi menyelesaikan masalah ini.

Jelas apa yang berlaku sekarang dan ugutan Menteri ini menafikan kata-kata manis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjamin bahawa keadaan di negara ini adalah terkawal.

PAS melihat bahawa Hishamuddin gagal menyelesaikan masalah ini walaupun sebelum ini mendakwa sudah mengenalpasti suspek yang membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. Hingga kini rakyat bertanda tanya tentang tindakan lanjut Polis terhadap suspek-suspek itu. Bilakah mereka akan ditangkap dan didakwa dimahkamah? Rakyat juga risau kerana setiap hari ada sahaja gereja yang diserang seperti rekod berikut;


8 Januari 2010

* Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dibakar
* Gereja Assumption di Petaling Jaya dibaling bom api
* Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dibaling bom api

9 Januari 2010

* Gereja Good Shepherd Luthern di Petaling Jaya dibaling bom api

10 Januari 2010

* Gereja Baptist Melaka di Durian Daun, telah disimbah dengan cat hitam.
* Gereja All Saints di Taiping dibaling bom api
* Pos pengawal SM Convent di Taiping dibaling bom api
* Gereja St Louis yang terletak bersebelahan SM Convent juga dibaling bom api
* Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar, Miri di baling bata

11 Januari 2010

* Pintu utama Gereja, Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban dibakar

PAS berharap agar Menteri tidak mengambil jalan mudah dan menjadikan isu ini sebagai Ops Lalang kedua, di mana suspek yang membakar gereja gagal ditangkap tapi orang lain pula disumbatkan ke dalam ISA demi kepentingan politik BN menjelang PRU-13.

Mesej rakyat kepada Menteri jelas, "Buat Kerja, Jangan Cakap Merapu-rapu".

PAS berharap agar rakyat pelbagai agama dinegara ini dapat bertenang dan tidak terus menerus melayan provokasi yang dicipta oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Rakyat perlu bekerjasama untuk menjaga rumah-rumah ibadat dan komuniti keseluruhannya dari menjadi sasaran penjenayah. Isu penggunaan nama Allah hanya boleh diselesaikan dengan akal yang waras bukannya dengan tindakan ganas.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

PAS FOR ALL BUKAN SATU RETORIK - DR MUJAHID

>> 11 Januari 2010



TELUK INTAN, 10 Januari - Slogan PAS For All atau PAS Untuk Semua bukan sekadar retorik oleh PAS malah ia direalisasikan dengan naiknya status Kelab Penyokong PAS kepada Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DPPP) yang baru-baru ini telah diluluskan drafnya di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat baru-baru ini. Demikian penjelasan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa di dalam ceramahnya di hadapan Pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan malam tadi.

Menurut beliau yang juga merupakan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional dan ahli Parlimen Parit Buntar, DPPP akan menjadi satu platform kepada PAS untuk lebih mendekati masyarakat bukan Islam di negara ini. Ia juga akan menunjukkan betapa seriusnya PAS akan permintaan masyarakat bukan Islam yang amat berminat mendekati PAS dan menyokong perjuangan PAS.





"Tiada apa lagi yang boleh kita harapkan dengan UMNO/BN. Tiga parti besar dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC telah berpecah teruk. Mereka tidak mampu lagi mewakili rakyat negara ini," kata beliau lagi.

Oleh kerana itu, Pakatan Rakyat menawarkan satu alternatif kepada rakyat ke arah Malaysia yang lebih sejahtera. Begitu banyak perkara yang berlaku di negara ini yang menjelaskan bahawa akan betapa kroniknya amalan rasuah di negara ini. Beliau merujuk kepada isu kehilangan enjin jet baru-baru ini.

Bagi beliau, isu kehilangan enjin jet amat memalukan negara ini. Malah beliau berani mengatakan bahawa isu tersebut sebagai "the most stupid joke of the year". Malah menurut beliau lagi, penerangan demi penerangan yang amat tidak logik oleh pihak kerajaan tentang isu tersebut seolah-olah menghina intelektual rakyat.

Sebelum itu, YB Haji Mohd Anuar Sudin telah menyatakan di dalam ceramahnya bahawa tugas PAS ialah amar makruf dan nahi munkar serta melaksanakan taqwa dan berbakti kepada manusia tanpa mengira kaum. Antaranya ialah mencegah kemungkaran yang telah dilakukan lebih 50 tahun oleh UMNO/BN. Maka, sudah sampai masanya bagi rakyat untuk berusaha menukar kerajaan pusat dan negeri agar segala kemungkaran tersebut tidak berterusan.


Mencari idea ceramah....


" Dalam Islam ada halal, ada haram. Di Perak pun ada, MB haram dan MB halal. Kita mestilah pilih yang halal...." kata Suria.


"Saya orang Cina tapi saya sokong kuat PAS. Kalau kita sokong BN maka kita sokong kejahatan BN..." kata Richard Wong.


Sdr. Ahmad Kabir mempengerusikan majlis ceramah.


Banyak maklumat yang telah diterima oleh mereka yang hadir malam itu.

Manakala, YB Haji Zainuddin Yusuf memberi penerangan tentang isu-isu semasa politik negeri Perak di mana beliau lebih banyak menceritakan semula mengapa Hj. Nizar sebagai Menteri Besar negeri Perak yang sah.

Selain itu, dua orang wakil Kelab Penyokong PAS turut mentyampaikan ceramah iaitu Sdr. Surianarayanan (Timbalan Pengerusi KPP Pusat/Pengerusi KPP Perak) dan Sdr. Richard Wong (Timbalan Pengerusi KPP Perak).

Selepas majlis ceramah, Dr. Mujahid telah meluangkan masa melawat pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan. Beliau memuji akan gerak kerja KPP Teluk Intan.


YB Dr. Mujahid bersama ADUN Changkat Jong YB Hj Anuar di dalam pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan.


Sdr. Suria menyambut kehadiran tetamu kehormat.




"Cantiknya pejabat KPP. Pejabat sayapun tak macam ni..." gurau Dr. Mujahid.


Dr. Mujahid menandatangani buku pelawat KPP Teluk Intan.

ar_rawa

Read more...

DR MUJAHID MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DI TELUK INTAN



TELUK INTAN, 10 Januari - Seramai 62 orang telah menerima sumbangan dalam satu majlis di hadapan pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan malam tadi. Ia merupakan usaha KPP Teluk Intan dan Pejabat ADUN Changkat Jong.

Sumbangan telah disampaikan oleh beberapa pimpinan PAS. Antara yang hadir ialah YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, YB Haji Zainuddin Yusuf dan YB Haji Mohd Anuar Sudin.


Pengerusi Kelab Penyokong PAS Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh menyerahkan 100 borang ahli baru KPP Teluk Intan.

Menurut Pengerusi KPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh, para penerima sumbangan adalah dalam kalangan rakyat susah, warga tua dan ibu tunggal di sekitar Teluk Intan yang merangkumi pelbagai kaum Melayu, Cina dan India.

Sebelum itu, satu majlis ceramah penerangan isu-isu semasa telah diadakan. Kemudian, upacara penyerahan 100 borang keahlian baru Kelab Penyokong PAS telah disampaikan kepada Dr. Mujahid.


Antara yang hadir ke majlis tersebut.


YB Haji Mohd Anuar Sudin menyampaikan sumbangan.


YB Haji Zainuddin menyampaikan sumbangan.


Yang tua disantuni tanpa mengira kaum.

ar_rawa

Read more...

DEWAN PERHIMPUNAN PENYOKONG PAS MELENGKAPKAN PAS - DR MUJAHID



TELUK INTAN, 10 Januari - PAS Pusat telah mencatat satu sejarah apabila di dala mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusatnya semalam telah meluluskan draf menaikkan status Kelab Penyokong PAS mencapai taraf dewan. Kini ia diberi nama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS. Demikian telah dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa di dalam taklimat khas tentang status KPP kepada wakil-wakil kawasan peringkat Zon Selatan negeri Perak.

Seramai 80 orang peserta telah hadirke program penerangan tersebut. Antara wakil kawasan yang hadir ialah Teluk Intan sebagai tuan rumah, Bagan Datoh, Pasir Salak, Tanjung Malim, Batu Gajah dan Tapah di samping wakil-wakil dari cawangan-cawangan seluruh Teluk Intan. Seramai 80.



Beliau juga menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DPPP) agar para pimpinan dan ahli benatr-benar faham akan sayap baru PAS ini. Antaranya, walaupun ia berstatus dewan namun ia tidaklah sama seperti seperti dewan-dewan yang lain seperti Dewan Pemuda PAS, Dewan Muslimat PAS dna sebagainya. Bidang kuasa DPPP hanya berkisar di dalam dewan itu sahaja.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional menyatakan bahawa , keahlian DPPP tidaklah seperti dewann-dewan lain yang memerlukan seseorang itu menjadi ahli PAS. Cukup mendaftar sebagai ahli DPPP sahaja. Di samping itu, wakil DPPP di peringkat Pusat hingga ke kawasan boleh hadir ke mesyuarat PAS tetapi bukan wajib. Contohnya, jika mesyuarat tersebut hanya membincangkan masalah tarbiyyah dan dakwah maka tidaklah perlu wakil DPPP untuk hadir. Akhirnya, di dalam mana-mana mesyuarat atau muktamar ahli DPPP tidak boleh mengundi dan diundi. DPPP hanya bermesyuarat di dalam lingkungan mereka sahaja.




Para muslimin dan muslimat sedang memberi perhatian.


Bertemu sahabat lama.

Turut sama hadir ialah Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak, YB Haji Zainuddin Yusuf. Beliau turut menyampaikan ucapan kepada para hadirin. ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd Anuar Sudin turut hadir ke majlis tersebut. Program taklimat telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak. Majlis bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Read more...

PADERI PUJI KETEGASAN PAS

>> 09 Januari 2010

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketua Paderi bagi Gereja Metro Tarbenacle, Hock Teck Leong merakamkan penghargaan kepada PAS kerana mengutuk pengeboman tiga gereja tempatan, pagi semalam.

Demikian maklum balas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, yang turut menyertai Ziarah Mesra PAS ke Gereja Metro Tarbenacle di Taman Melawati, Setapak, Kuala Lumpur petang tadi.

“Dia cukup terharu dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan simpati yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS,” jelas Nasruddin ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurutnya, pihak gereja turut memuji ketegasan PAS mengutuk pengeboman tiga gereja terbabit oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam sesi dialog, Nasruddin turut menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang umatnya meruntuhkan rumah ibadat bukan Islam.

“Kita berdialog, saya sempat jelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang umatnya membunuh budak kecil, wanita dan orang tua, tumbuh-tumbuhan hatta rumah ibadat ketika berperang.

“Kalau waktu berperang, Islam mengajar sebegitu, inikan pula waktu aman, orang yang terbabit tidak belajar keadilan dalam Islam,”ujarnya.

"Kalaupun timbul isu perbezaan pendapat dengan orang bukan Islam, kita tidak sepatutnya bertindak seperti ini dan langkah yang paling bijak ialah berdialog, berbincang dan berhujjah.

"Apabila saya tengok sendiri hari ini, saya bukan sahaja tidak setuju tapi mengutuk tindakan (membakar gereja) ini" tegas beliau.

Selain itu beliau turut mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan yang cepat bagi menyelesaikan isu ini kerana ditakuti ia akan menjadi lebih parah lagi.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama-sama beberapa pemimpin PAS Pusat sendiri turun melawat gereja tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pengeboman tiga gereja di sekitar Lembah Klang dipercayai umum ekoran Gereja Roman Katholik memohon menggunakan nama Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.

Permohonan yang masih di mahkamah itu mengundang kritikan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pemimpin Umno sendiri sedangkan PAS berpendirian, al-Quran membenarkan penggunaan nama Allah di kalangan penganut agama-agama. (harakahdaily)

Read more...

BEBERAPA PENDAPAT TOK GURU TENTANG ISU BAKAR GEREJA


Tok Guru kata :
  • kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri.
  • Kesan hilangnya sensitiviti itu telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.
  • Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.
  • Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India, ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita.
  • Umno telah menghilangkan sensitiviti tersebut dari hati orang Melayu apabila membezakan ajaran agama Islam dengan politik dengan berpendirian agama lain, politik lain.
  • Sebab itulah menteri rasuah, orang kampung rasuah, parti-parti rasuah hatta enjin kapal pun boleh dijual senang-senang sahaja, mana boleh jual kalau tidak ada rasuah.
ar_rawa

Read more...

KLINIK 1MALAYSIA TIDAK PENUHI PIAWAIAN : CHEOK LENG




BERCHAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Sum Cheok Leng menyuarakan kekesalan terhadap pelancaran Klinik 1Malaysia di sini, baru-baru ini yang didakwanya tidak menepati piawaian sebagai sebuah klinik.

Cheok Leng berkata, sebagai sebuah klinik ia sewajarnya lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi keselesaan orang ramai khususnya pesakit yang berkunjung ke sini.

Menurutnya, keselesaan di klinik juga boleh membantu seseorang yang datang ke sini mendapatkan rawatan.

“Berdasarkan tinjauan saya ke klinik berkenaan baru-baru ini saya dapati bahawa ianya masih belum lengkap sepenuhnya dan tidak wajar dilancarkan lagi.

“Selain tidak memiliki alat penghawa dingin dan pastinya ini akan memberi suasana yang tidak selesa kepada orang ramai terutamanya pesakit,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Cheok Leng turut kesal kerana klinik berkenaan tidak memiliki seorang doktor khas sebaliknya hanya meletakkan Penolong Pegawai Perubatan.

Katanya, ini jelas menggambarkan bahawa negara sedang mengalami masalah kekurangan doktor dan ianya perlu diatasi segera.

“Bagi mengatasi masalah ini, iktiraf sahajalah graduan asing yang menamatkan pengajian di sini dalam bidang kedoktoran bagi menyelesaikan masalah kekurangan doktor di sini,” katanya.

Read more...

UMNO JUARA RAKYAT...? Ye ke....


ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP