Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PAS FOR ALL BUKAN SATU RETORIK - DR MUJAHID

>> 11 Januari 2010



TELUK INTAN, 10 Januari - Slogan PAS For All atau PAS Untuk Semua bukan sekadar retorik oleh PAS malah ia direalisasikan dengan naiknya status Kelab Penyokong PAS kepada Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DPPP) yang baru-baru ini telah diluluskan drafnya di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat baru-baru ini. Demikian penjelasan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa di dalam ceramahnya di hadapan Pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan malam tadi.

Menurut beliau yang juga merupakan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional dan ahli Parlimen Parit Buntar, DPPP akan menjadi satu platform kepada PAS untuk lebih mendekati masyarakat bukan Islam di negara ini. Ia juga akan menunjukkan betapa seriusnya PAS akan permintaan masyarakat bukan Islam yang amat berminat mendekati PAS dan menyokong perjuangan PAS.





"Tiada apa lagi yang boleh kita harapkan dengan UMNO/BN. Tiga parti besar dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC telah berpecah teruk. Mereka tidak mampu lagi mewakili rakyat negara ini," kata beliau lagi.

Oleh kerana itu, Pakatan Rakyat menawarkan satu alternatif kepada rakyat ke arah Malaysia yang lebih sejahtera. Begitu banyak perkara yang berlaku di negara ini yang menjelaskan bahawa akan betapa kroniknya amalan rasuah di negara ini. Beliau merujuk kepada isu kehilangan enjin jet baru-baru ini.

Bagi beliau, isu kehilangan enjin jet amat memalukan negara ini. Malah beliau berani mengatakan bahawa isu tersebut sebagai "the most stupid joke of the year". Malah menurut beliau lagi, penerangan demi penerangan yang amat tidak logik oleh pihak kerajaan tentang isu tersebut seolah-olah menghina intelektual rakyat.

Sebelum itu, YB Haji Mohd Anuar Sudin telah menyatakan di dalam ceramahnya bahawa tugas PAS ialah amar makruf dan nahi munkar serta melaksanakan taqwa dan berbakti kepada manusia tanpa mengira kaum. Antaranya ialah mencegah kemungkaran yang telah dilakukan lebih 50 tahun oleh UMNO/BN. Maka, sudah sampai masanya bagi rakyat untuk berusaha menukar kerajaan pusat dan negeri agar segala kemungkaran tersebut tidak berterusan.


Mencari idea ceramah....


" Dalam Islam ada halal, ada haram. Di Perak pun ada, MB haram dan MB halal. Kita mestilah pilih yang halal...." kata Suria.


"Saya orang Cina tapi saya sokong kuat PAS. Kalau kita sokong BN maka kita sokong kejahatan BN..." kata Richard Wong.


Sdr. Ahmad Kabir mempengerusikan majlis ceramah.


Banyak maklumat yang telah diterima oleh mereka yang hadir malam itu.

Manakala, YB Haji Zainuddin Yusuf memberi penerangan tentang isu-isu semasa politik negeri Perak di mana beliau lebih banyak menceritakan semula mengapa Hj. Nizar sebagai Menteri Besar negeri Perak yang sah.

Selain itu, dua orang wakil Kelab Penyokong PAS turut mentyampaikan ceramah iaitu Sdr. Surianarayanan (Timbalan Pengerusi KPP Pusat/Pengerusi KPP Perak) dan Sdr. Richard Wong (Timbalan Pengerusi KPP Perak).

Selepas majlis ceramah, Dr. Mujahid telah meluangkan masa melawat pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan. Beliau memuji akan gerak kerja KPP Teluk Intan.


YB Dr. Mujahid bersama ADUN Changkat Jong YB Hj Anuar di dalam pejabat Kelab Penyokong PAS Teluk Intan.


Sdr. Suria menyambut kehadiran tetamu kehormat.




"Cantiknya pejabat KPP. Pejabat sayapun tak macam ni..." gurau Dr. Mujahid.


Dr. Mujahid menandatangani buku pelawat KPP Teluk Intan.

ar_rawa

7 ulasan:

Tanpa Nama,  11 Januari 2010 pada 11:00 PTG  

kat kampong pun ade ketua kpg haram n halal. nak bagi halal bukan susah yeob...bubar dun ...dapatlah mb n exco halal. ini pun nak kena belajor ker...bak sini bagi aku jadi mb...jam ni jugak aku jumpa tuanku suruh bubar dun. selesai semua masalah lebih 11 bulan ...nape... tak caye ker...kalu brani jom bubar dun perak...hidup nizar...hidup islam....nan sgsmk

wann 11 Januari 2010 pada 11:22 PTG  

sudah terang lagi bersuluh kaum lain pun bersama pas apa lagi kome.... nadin dimana anda...

Tanpa Nama,  12 Januari 2010 pada 1:26 PG  

ngko ni wann..tak abis2 cari aku..ni aku nak berpedang dgn pena kerana mata pena lebih tajam dr mata pedang..yang ianya isu2 sekarang ni merupakan satu cara PAS untuk mempromosi parti dan hala tuju parti.isu kalimah ALLAH adalah isu yg tidak sepatutnya dipebesarkan.Puak sebelah ingat geng PAS akan ikut sama kut..lebih2 lg isu kalimah ALLAH ni timbul..silap percaturan depa..kan ke org PAS ni orang islam tak kan x nak ikut serta..ye tak wann & nan sg samak..secara tak langsung PAS menghormati perlembagaan iaitu patuh kepada undang2 yakni mahkamah..jd sekarang ni sape yg x akur kpd undang2 mahkamah..inilah masanya PAS menunjukkan kpd rakyat bahwa PAS adalah parti yg mendukung undang2 wlpun kadangkala memprotes keputusan undang2 tetapi tetap akur dgn menggunakan mahkamah dlm segala hal..contoh kes MB nizar tetap menggunakan mahkamah wlpun keputusannya tidak memihak kpd PAS.ini menunjukkan PAS adalah utk semua golongan yg dah kena gulung dgn umno adalah mereka yg bersikap perkauman kerana umno adalah parti perkauman seperti mana Tun Mahathir bg tau UMNO ADALAH PARTI PERKAUMAN.moral isu ni marilah kita hidup berpegang kepada prinsip rukunegara kita kerana ia adalah panduan kita untuk menjadikan malaysia aman,maju dan harmoni dgn rakyatnya yg berbilang kaum..PAS adalah pendukung prinsip rukunegara tersebut..pueh hati ngko wann..nak sangat cari aku..baca...he e e e

Tanpa Nama,  12 Januari 2010 pada 12:30 PTG  

pesal lak korang berpedang atas benda yg same.. simpan ler pedang tu wat guna tempak lain plak...aku mlm tadi dah berpedang ngan ...dot..dot...dot.ape pun tahniahlah pada korang yg snsitif ngan perjuangan parti islam n islamnye sekali. bukan partimye jer...nak tau sape aku ker...bekas ahli umnongok tapi tak pernah bagi undi....perabih beras diorang adeler....keh..keh..

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) 12 Januari 2010 pada 2:21 PTG  

Intan Hijau,

Kertas Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada Ogos 1963 di kediaman menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:

“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.

Kemudian hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya diringkaskan dengan nama kafir berikat.

Pengikut-pengikut Pas pun mulalah menyebarkan fatwa itu dari mulut ke mulut dan kemuncaknya berlakulah pemulauan sakit mati, nikah kahwin dan seterusnya sembahyang berasingan.

Pusat pertama mendirikan sembahyang Jumaat dua sekampung ialah FELDA Kampung Rahmat Chalok, Setiu pada tahun 1975. Seterusnya berjangkitlah ke seluruh negara dalam negeri Terengganu kecuali Kemaman kerana percubaan mendirikan sembahyang berasingan gagal setelah tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa di daerah tersebut.

Dengan kuasa Allah s.w.t. melalui usaha murni Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, pada tahun 1974, Pas masuk bergabung dalam kerajaan Barisan Nasional.

Segala hukum agama yang menyeleweng pun berhenti dan perhubungan masyarakat Islam pun bersatu kembali tanpa mengira parti lagi.

Untuk membuktikan kebenaran pemerintah kongsi kuasa tajaan UMNO selama ini tiba-tiba keluarlah sebuah buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. Buku itu dinamakan Sikap Saya bertarikh 4.1.1398 Hijrah bersamaan 15 Disember 1977 Masihi.
Pada muka surat 3, perenggan ke 4 dan 5 dalam buku tersebut ada merakam keputusan Dewan Ulama Pas Pusat iaitu:

Apa hukum Pas menyertai kerajaan campuran?”

“Kes ini atau sebagainya yang bersifat pokok dan menyeluruh, memang tepat untuk dibahas oleh dewan ulama. Sebab itu ia telah dibahas satu masa dulu dengan sepuas hati dan telah pun memberikan jawapannya : harus; dan kemudian dibahas sepenuhnya oleh kongres untuk ‘diterjih’ mana satu pihak yang mesti diambil”.

Dengan itu jelaslah bahawa hukum yang dibawa oleh Pas untuk menuduh UMNO kafir bekerjasama (berikat) dengan orang kafir dahulu bercanggah dengan hukum Allah dan ternyata hukum ciptaan ulama Pas. Pimpinan Pas tidak berterus-terang dengan pengikutnya. Sebab itulah setelah Pas keluar daripada BN hukum kafir itu dihidupkan semula.

Kalau dikirakan sudah jelas hukum jenis apakah apabila UMNO sahaja menjadi kafir tetapi apabila melakukan perkara yang sama menjadi harus pula.

Inilah kata orang “waharamun (haram) kalau makan seorang, wahalalun (halal) kalau bagi dua”.

Untuk lebih jelas lagi mengenai palsu dan karut-marut Pas ini ialah terjalinnya kerjasama Pas dengan DAP secara rasmi. (Harakah 12 April 1999).

Dengan itu terdedahlah segala yang tersembunyi.

Dalam kenyataan Nik Aziz pada 11 Mei 1999, barulah diberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menantangani perjanjian kerjasama dengan musuh tradisi Islam iaitu kafir Yahudi di Madinah.

Oleh itu kata Nik Aziz, “Pas juga sanggup bekerjasama dengan DAP”

Persoalannya mengapakah sejarah Nabi berkongsi kuasa di Madinah dengan kafir Yahudi yang sudah berlaku lebih seribu tahun lalu disembunyikan oleh ulama Pas ketika menjatuhkan hukuman kafir berikat ke atas UMNO pada tahun 1963 dahulu?

Ketika itu Nik Aziz inilah juga orangnya yang menjadi Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. Jika mengikut hukum Allah yang sebenar orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) sebenar disisi Allah adalah orang yang zalim. Sila rujuk ayat 140 Surah Al-Baqarah.

Berdasarkan kepada kebenaran yang terserlah maka cara pendekatan politik kongsi kuasa yang ditaja oleh UMNO semenjak tahun 1955 lagi adalah tepat dengan sejarah Rasulullah di Madinah.

Pas sekarang mula meniru cara pendekatan UMNO setelah 36 tahun berlalu fitnah kafir berikat kepada UMNO. Jadi apa hukumnya pula sekiranya Pas dan DAP bergabung mengikut pandangan Pas dan ahli-ahlinya?

Sekian.

Tanpa Nama,  12 Januari 2010 pada 9:55 PTG  

ade gak perokok daun nipah masuk laman ni..ni kira baguih dok ada..isu yg di bincangkan dah lari dr tajuk plak dah..tp tak pe..parti tetap parti..ideologi masing2..agama tetap satu..kalimah hanya Allah yg satu..rukunnegara kita pegangan hidup kita rakyat Malaysia..tak gitu..amacam wann perokok tegar kat bawah ni ngko tak nak ajak minum radix ke..

Tanpa Nama,  12 Januari 2010 pada 11:33 PTG  

memang berasap pkr tu. ye le.. asap rokok. pasai tu merapu semacam jer..isunye ialah DPPP yg dtg nyokong kite. murni ape nye tun razak...lepeh dia kuat ditendangnye pas keluoo...cet...akai ada kaa..sekarang ni ramai ahli kelab dah berjinak ngan islammm. kira baguih ler tuu..awathang kalutt. laa ni umno mic ppp lagi caca marbahayakan akidah kita....apu pun ti mer kasih pasai hang peringatkan kitaaa no..astaghfirullah hal azimm.

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP