Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

KUATNYA KUASA RAKYAT : TV3 TARIK BALIK IKLAN RAYA DAN MOHON MAAF (Ada video)

>> 06 September 2010



Sepatutnya kerajaan BN kena ambil pengajaran betapa kuatnya kuasa rakyat apabila hak mereka diganggu gugat. Jangan ambil hak rakyat, royalti rakyat (Kelantan), kerajaan rakyat (Perak)dan lain-lain. Ambil iktibar iklan TV3 ni. Tunggu sahaja kuasa rakyat pada PRU13 nanti.....!

Read more...

USTAZ HAZLAN BERANSUR PULIH

>> 05 September 2010





AlhamduliLLah berkat Ramadhan ini Allah SWT telah mencucuri rahmatNya kepada saya. Bagaikan hidup semula itulah yang saya dapat gambarkan terhadap ujian yang datang kepada saya. Koma selama enam hari mengajar saya betapa kekuasaan Allah terhadap hambaNya. Ketika berita ini ditulis, tangan kanan saya masih lemah namun saya gagahkan juga.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan ayah saya, adik berdaik, sahabat-sahabat, sanak saudara kerana telah menziarahi, mendoakan dan mengadakan solat hajat untuk kesihatan saya.(http://ustazhazlanasrijal.blogspot.com)

Read more...

PAS CAWANGAN DESA AMAN MERAIKAN ANAK YATIM SEMPENA RAMADHAN



TELUK INTAN, 4 September - Syawal bakal menjelma tidak lama lagi manakala Ramadhan perlu dilalui dengan penuh kesabaran sambil memperbanyakkan amalan kebajikan. Atas dasar keprihatinan akan kebajikan rakyat, maka PAS Cawangan Desa Aman, Teluk Intan telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan bagi meraikan anak-anak yatim di sekitar kawasan tersebut.

Menurut Ketua PAS Cawangan Desa Aman Sdr. Anuar Yahya, seramai 10 orang anak-anak yatim telah dikenalpasti dan dijemput ke majlis tersebut. Menurut beliau lagi, segala sumbangan dan perbelanjaan adalah kerjasama antara pihak PAS cawangan dan pihak Surau Ubudiah Desa Aman. Majlis telah diadakan di Surau Ubudiah.


Timbalan Pengerusi Surau sedang menyampaikan sumbangan hari raya kepada seorang anak yatim.

Turut hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan dan Timbalan Pengerusi Surau Ubudiah. Sumbangan yang disampaikan adalah dalam bentuk hamper barangan dan wang tunai.

Selepas acara penyampaian sumbangan, majlis tahlil dan berbuka puasa telah diadakan bersama para jemaah dan anak-anak yatim yang diraikan.


Ketua PAS Cawangan Desa Aman sedang menadah tangan berdoa.


Read more...

SYIRIK : SATU LAGI PRODUK 1MALAYSIA (ada video iklan)





1. Isnin ini Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke Stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang sungguh mengelirukan . Iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur Krismas , Hindu dan Buddha . [ beca terbang , teratai dan pelita ]

2. Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak - kanak menjadi syirik. Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam.

3. Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut. Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam .

4. Dewan Pemuda PAS Pusat turut mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

5. Ummat Islam diseru agar memboikot iklan sedemikian dan menegah anak - anak mereka menontonnya kerana iklan seperti itu jelas boleh memberi kesan negatif kepada aqidah khususnya kepada kanak - kanak Islam . Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengharapkan agar Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [ JAKIM ] memantau iklan , filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam. Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak FINAS jika perkara - perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita .(episodeperjuangan.blogspot.com)

Read more...

UMNO JUARA apa.....?

>> 04 September 2010

Read more...

PESURUHJAYA PAS PERAK: DAKWAH PERLU DITERUSKAN KEPADA BUKAN ISLAM - PJ PERAK

Ipoh, 4 September – Pesuruhjaya PAS Perak di sini hari ini, menegaskan supaya dakwah diteruskan kepada masyarakat yang bukan Islam supaya mereka lebih mengenali Islam. Mengulas lanjut, beliau mengatakan masyarakat bukan Islam perlu terlebih dahulu diperkenalkan kepada Islam sebelum mereka diperkenalkan kepada orang Islam. Hal ini, menurut beliau adalah kerana kebenaran perlu diperkenalkan kepada mereka terlebih dahulu untuk mereka menilai siapa sebenarnya yang membawa kebenaran.

“PAS perlu menyampaikan dakwah kepada masyarakat bukan Islam supaya sampai kepadanya ilmu Islam sebelum ia menumbuhkan keyakinan kepada mereka. Manusia memusuhi apa yang tidak ia ketahui,” ujarnya lagi mengenai keperluan PAS untuk mendekati dan berdakwah kepada masyarakat bukan Islam.

Menambah mengenainya, Ustaz Abu Bakar mengatakan pada saat kini, masyarakat bukan Islam sedang menunggu-nunggu dakwah daripada PAS supaya mereka lebih memahami polemik isu yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini. Hal ini juga kerana, kini, masyarakat bukan Islam diwarwarkan dengan keharmonian yang dicanang oleh UMNO dan BN sedangkan hakikatnya, PAS dan Pakatan Rakyat telah terlebih dahulu menunjukkan contoh keharmonian di antara kaum yang lebih baik daripada UMNO dan BN. “Kita perlu pasarkan produk berkualiti kita kepada masyarakat supaya masyarakat nampak keperluan untuk menumbangkan kerajaan korup yang ada kini,” katanya lagi.

Selain itu, katanya lagi, PAS dan PR sebenarnya mempunyai perwatakan yang lebih meyakinkan berbanding daripada perwatakan pemimpin UMNO dan BN yang kini penuh terpalit dengan najis rasuah. Untuk itu, beliau menambah, para ‘amilin di dalam PAS perlu bekerja lebih keras untuk berdakwah samada melalui contoh tauladan, penyampaian risalah penerangan dan sebagainya.

Di akhirnya, beliau berkata, masyarakat Malaysia kini tidak boleh mengharapkan UMNO untuk menyampaikan Islam. “PAS kini perlu bersedia untuk menggantikan tempat UMNO untuk menyampaikan Islam dan menerajui Malaysia,” ujarnya menyeru kepada semua ahli PAS.

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG MERAIKAN CALON UPSR DI SG. SAMAK



TELUK INTAN, 3 September - Hari ini ADUN Changkat Jong telah dijemput hadir ke Kg. Sungai Samak bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh Koperasi Temen Anak Sungai Samak Hilir Perak Bhd.

Program bermula selepas solat Asar di Masjid An Nur, Kg Sungai Samak dengan majlis membaca surah Yasin untuk anak-anak yang bakal menghadapi UPSR. Di dalam ucapan ringkas, YB Anuar berharap anak-anak Sungai Samak yang akan menghadapi UPSR akan berjaya dengan cemerlang dan seterusnya menaikkan nama agama dan kampung kelahiran mereka.


Antara calon UPSR yang hadir membaca surah Yasin.


YB Anuar memimpin bacaan Yasin.

Majlis bacaan Yasin dan bacaan doa telah dipimpin sendiri oleh YB Anuar. Turut hadir ialah beberapa orang AJK Koperasi Temen.


Doa dititip ke hadrat Ilahi moga lulus dengan cemerlang.


YB Anuar bermesra dengan para pelajar sambil memberi nasihat.

Kemudian, bertempat di rumah Ketua Cawangan PAS Sg. Samak yang juga merupakan Pengerusi Koperasi Temen telah diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada golongan kurang mampu serta anak-anak calon UPSR sebagai motivasi.


YB Anuar menyampaikan tazkirah.


YB Anuar bersama Sdr. Mohammad Hashim.

Di dalam ucapan, YB Anuar banyak menekankan aspek pemahaman serta penghayatan kepada Rukun Islam yang sering dipandang ringan akan tuntutan terhadap rukun tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Cabang PKR Teluk Intan, Sdr. Mohamad Hashim. Beliau juga turut menyampaikan ucapan.

Kemudian, YB Anuar dan Sdr. Mohamad telah menyampaikan kepada 20 orang fakir miskin serta sumbangan wang kepada para pelajar UPSR.


YB Anuar dan Setiausaha Koperasi Temen, Sdr. Adnan.









Selain sumbangan beras dan wang tunai, dodol juga diedarkan kepada orang ramai. Dodol tersebut telah dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung yang terdiri daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat yang juga merupakan ahli Koperasi Temen.

Seterusnya majlis tahlil serta berbuka puasa telah diadakan.


Ahli PAS dan PKR bekerjasama mengacau dodol yang menghasilkan DODOL PR.



Read more...

AGIHAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN DI KG. CHANGKAT JONG



TELUK INTAN, 2 September - Ramadhan semakin hampir ke penghujung, namun diari ADUN Changkat Jong nampaknya semakin sibuk. Beberapa program agihan sumbangan dan majlis berbuka puasa telah diatur padat untuk hari-hari terakhir bulan penuh kemuliaan ini demi melihat kesejahteraan pengundi kawasan Changkat Jong.

Baru-baru ini, satu majlis penyampaian sumbangan barangan kepada golongan kurang mampu telah diadakan di Kg. Changkat Jong. Program telah diadakan selepas solat Asar di Masjid Kg. Changkat Jong.


YB Anuar bersama Ketua Kampung PR, Sdr. Salleh Ibrahim.


YB Anuar beramah mesra dengan penduduk kampung.

Seramai 15 orang penduduk kampung telah menerima sumbangan tersebut. Turut hadir ialah beberapa orang AJK PAS Kawasan, Pemuda dan cawangan serta Sdr. Salleh Ibrahim, ketua kampung Pakatan Rakyat.





Menurut Sdr. Salleh, beliau berasa berbesar hati atas kesudian pihak ADUN Chankat Jong serta Lujnah Kebajikan PAS Kawasan yang telah mengagihkan sumbangan di kampung tersebut. Beliau harap semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit persiapan golongan kurang mampu di kampungnya dalam menghadapi Ramadhan dan Syawal.

Read more...

ADUN CHANGKAT JONG HADIR MAJLIS TAHLIL DI KG. SUNGAI SAMAK

>> 01 September 2010



TELUK INTAN, 27 Ogos - Atas dasar keprihatinan terhadap rakyat, maka ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menghadiri majlis tahlil di rumah arwah Tuan Hj. Yusuf bin Salam di Kg. Sungai Samak yan baru meninggal dunia 3 hari lalu akibat serangan stroke sejak lima tahun lalu.

Sebelum itu, YB Anuar serta rombongannya telah menziarahi ketua imam Masjid An-Nur Kg. Sungai Samak yang uzur sejak seminggu yang lalu. Difahamkan beliau telah mengalami sakit perjalanan darah tersumbat yang menyebabkan seluruh badan mengalami kebas dan lemah.

Selepas solat Maghrib berjemaah di Surau Ubudiah, ADUN Changkat Jong bergegas pulang ke Teluk Intan kerana perlu menghadiri satu lagi program di Masjid Batak Rabit.



InsyaAllah, Majlis Berbuka Puasa Bersama ADUN Changkat Jong serta Majlis Penyampaian Sumbangan kepada orang miskin dan ibu tunggal di pekarangan Masjid An Nur pada 3 September nanti. Ia merupakan anjuran Koperasi Temen Sg. Samak.(wann-annur.blogspot.com)

Read more...

POLITIK PELAMPAU, NEGARA HANCUR


Parti Islam Se-Malaysia PAS bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak sempena kemerdekaan negara ke 53, menyatakan bahawa masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan dirosakkan oleh budaya kejumudan serta sikap melampau menerusi isu perkauman dan agama. Kenyataan ini perlu ditujukan kepada pemimpin Umno dan BN yang sering mengeluarkan kenyataan yang memanaskan suasana politik seperti panasnya cuaca di negara pada hari ini.

Sebenarnya suasana politik negara ini menjadi panas selepas keputusan PRU 12, apabila BN tidak mendapat sokongan 2/3 di Parlimen dan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang. Beberapa siri demo dan provokasi seperti demo di Pulau Pinang pada 14 Mac 2008 kononnya YAB Lim Guan Eng hendak hapus Dasar Ekonomi Baru, Demo di Perak 16 mac 2008 kononnya kerajaan Pakatan Rakyat menindas orang Melayu, demo pijak kepala lembu, sehinggalah yang terakhir ucapan yang diucap oleh seorang Pengetua Sekolah di Kulai Jaya Johor dan Guru Sekolah di Bukit Selambau Kedah. Sebenarnya berlaku ini adalah kerana Umno/BN tidak boleh belajar menjadi orang kalah. Ditambah pula kenyataan dan tindakan PERKASA yang memanaskan suasana politik di negara ini.

Tindakan yang melampau dalam agama seperti pembakaran gereja ketika isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Peristiwa kepala babi dilemparkan di dalam Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun Petaling Jaya Selatan. Mutakhir ini isu doa untuk memberi hidayah kepada YAB Lim Guan Eng telah digambarkan, kononnya Lim Guan Eng mengganti Yang Dipertuan Agong, semuanya ini bertujuan untuk menanamkan prejudis dikalangan rakyat di negara ini. Sekali lagi Umno bersikap memperalatkan agama untuk kepentingan politik dalam isu lawatan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang ke Surau Al-Huda Kajang pada 22 Ogos 2010. Membuat fitnah bahawa YB Teo memberi tazkirah dan memberi bantuan kepada ahli PAS. Sedangkan apa yang berlaku ialah beliau memberi derma RM1000 kepada surau dan memberi taklimat berkenaan skim pendidikan kerajaan Selangor. Kenapa Umno tidak pernah marah selama ini, kerana ada di kalangan wakil rakyat bukan Islam dari kalangan BN yang datang ke surau/masjid.

PAS menganggap bahawa negara menyambut kemerdekaan negara kali ke 53 dalam suasana yang agak suram dengan sentimen perkauman dan tindakan melampau dalam agama yang dilakukan oleh pimpinan Umno. Sepatutnya negara yang sudah mencapai umur kematangan setelah negara merdeka. Tetapi apa yang berlaku ialah keadaan seolah-olah negara baru sahaja mencapai lima tahun merdeka. Ini adalah gambaran bahawa BN gagal memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat di negara ini. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, kerana ia akan memberi gambaran buruk kepada generasi selepas merdeka.

PAS sebagai sebuah parti yang berpegang dengan prinsip Islam, akan sentiasa bergerak di atas landasan agama. Walaupun kadang-kadang umno melihat PAS pelik, kerana tidak menyokong tindakan Umno seperti isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam dan isu orang bukan Islam masuk masjid atau surau. Perlu diingat pemimpin PAS ada kemampuan untuk merujuk satu hukum berdasarkan ilmu yang Allah kurniakan. PAS tidak mahu tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Umno menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam.

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP