ADUN CHANGKAT JONG HADIR MAJLIS TAHLIL DI KG. SUNGAI SAMAK
>> 01 September 2010
TELUK INTAN, 27 Ogos - Atas dasar keprihatinan terhadap rakyat, maka ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menghadiri majlis tahlil di rumah arwah Tuan Hj. Yusuf bin Salam di Kg. Sungai Samak yan baru meninggal dunia 3 hari lalu akibat serangan stroke sejak lima tahun lalu.
Sebelum itu, YB Anuar serta rombongannya telah menziarahi ketua imam Masjid An-Nur Kg. Sungai Samak yang uzur sejak seminggu yang lalu. Difahamkan beliau telah mengalami sakit perjalanan darah tersumbat yang menyebabkan seluruh badan mengalami kebas dan lemah.
Selepas solat Maghrib berjemaah di Surau Ubudiah, ADUN Changkat Jong bergegas pulang ke Teluk Intan kerana perlu menghadiri satu lagi program di Masjid Batak Rabit.

InsyaAllah, Majlis Berbuka Puasa Bersama ADUN Changkat Jong serta Majlis Penyampaian Sumbangan kepada orang miskin dan ibu tunggal di pekarangan Masjid An Nur pada 3 September nanti. Ia merupakan anjuran Koperasi Temen Sg. Samak.(wann-annur.blogspot.com)

0 ulasan:
Catat Ulasan