PEGUAM DI MALAYSIA BAKAR ORANG, PEGUAM DI AUSTRALIA BAKAR QUR'AN
>> 14 September 2010
Apa yang berlaku di terhadap Sosilawati dan rakan-rakan beliau di kutuk oleh seluruh rakyat di Malaysia sementara apa yang dilakukan oleh Alex Stewart, peguam di Universiti Teknologi Queensland, Australia tersebut dikutuk oleh umat Islam di seluruh dunia.
Mereka sedang menunggu hukuman masing-masing.Peguam di Malaysia telah pun di tangkap dan bakal diadili.Sementara peguam di Australia dijangka akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana selain reaksi dan tindakbalas susulan yang boleh dijangka dari umat Islam seluruh dunia terhadap beliau.
Tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam ini melangkaui pemikiran yang waras dan manusia yang bertamadun.Tidak dapat di capai fikiran apa yang telah mereka lakukan.
Kedua-duanya professional, bukan calang-calang kerjaya yang mengundang rasa hormat dan dipandang tinggi oleh masyarat.Bukanlah menghina golongan peguam(hanya kebetulan kedua-duanya adalah peguam), cuma sebagai contoh bahawa manusia sepandai mana dan seprofessional mana pun jika tidak ada perikemanusiaan dan pertimbangan yang waras, beginilah jadinya.Padahal jika dikirakan, sebagai pengamal undang-undang tentulah mereka lebih tahu kesan dan akibat perbuatan mereka berbanding dengan orang awam.Begitulah bila nafsu dan syaitan menguasai diri.
Justeru kerana itu di dalam Islam, sepandai-pandai dan seprofessional setara mana pun seseorang tidak kiralah peguam atau doktor atau engineer atau saintis(sebagai contoh), tiada guna kalau tiada iman dan Islam serta kerjaya dan kehidupan tidak didasarkan kepada Islam.Seorang petani dan tukang sapu sekolah yang menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup tentulah lebih baik daripada golongan professional yang tergelincir dan menentang Allah. Benarlah, Allah tidak memandang pangkat, kedudukan dan harta.Yang paling mulia disisi Allah ialah mereka yang bertaqwa.
Di dalam kejadian ini, kebetulan kedua-duanya ialah bukan Islam.Tetapi sebelum ini pun banyak kes-kes jenayah yang kejam dan hina pelaku-pelakunya ialah orang Islam sendiri.Kita sibuk mencari jalan penyelesaian, bagaimana ingin mengatasi perkara ini.Cadangan itu dan ini.Saranan begitu dan begini.Tanya professor tu tanya kaunselor ini.Kenapa tidak kembali kepada fitrah kita sebagai manusia yang lemah.Kenapa tidak ingin meletakkan hukum Allah sebagai kaedah penyelesaian.Itulah jalan penyelesaian terbaik dan dustur yang tertinggi.Dia yang menciptakan kita, tentulah Dia tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya.
Kenapa kita masih berdegil.Tidak takutkah kita nanti kita pula yang akan di bakar?
0 ulasan:
Catat Ulasan