MARAH SUNGGUH NAJIB ORANG NAK BAKAR QUR'AN
>> 11 September 2010
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan ekstremis, paderi Terry Jones dari The Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai amat dikesali.
Najib berkata tindakan paderi itu merupakan satu keingkaran, tidak bertamadun dan hendaklah dikutuk oleh mereka yang berfikiran rasional.
"Ia akan menjadi satu implikasi yang sangat serius. Saya sangat berharap dan berdoa agar presiden Barack Obama dan kerajaan Amerika Syarikat akan berbuat sesuatu untuk menghalang daripada berlaku," tegas Najib.
(Inilah antara pemimpin Melayu yang amat prihatin jika Qur'an dibakar. Usah tengok pentadbiran negara, dalam rumah dia sendiri belum tentu lagi ikut al Qur'an. Contoh : Tengok orang yang duduk di sebelah tu. Kalau betul-betul ikut Qur'an, dah lama dia bertudung....)
2 ulasan:
salam,
tuan pasti ke amalan tuan selama ini lebih sempurna di sisi Allah?
Melihat apa yg nyatakan depan mata... Kalau nak komen apa yg tak kena pun tak boleh (tak pakai tudung contohnya), mana pergi konsep dakwah. Bila kita bercakap, kita bercakap utk diri kita dan org lain.
Catat Ulasan