DHPP TELUK INTAN MELAWAT KELUARGA SUSAH
>> 23 September 2010
TELUK INTAN - Kerana kesempitan hidup, seorang ibu terpak sa menambah pendap atan dengan mengutip
Nur Kasimah Abdullah, 47, berkata, kesengsaraan yang dialami berlaku sebaik sahaja bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dihentikan pada Julai tahun lalu.
Menurutnya, lebih membebankan lagi apabila dia bakal kehilangan kerja kerana mendakwa dirinya dianiaya oleh penyelia majikannya.
“Saya sendiri buntu bagaimana untuk menambah pendapatan kerana gaji sedia ada tidak cukup menampung perbelanjaan rumah.
“Kadangkala kami sekeluarga terpaksa makan ubi kayu yang diambil dari tanah rizab berhampiran kerana tidak mampu membeli beras,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Batu 1 1/2 , Jalan Changkat Jong, di sini, semalam.
Kasimah berkata, tiga anaknya, Ediyana Kartina Rosli, 14; Hadi Ismail Rosli, 12 da

"Mujurlah anak-anaknya memahami keadaan keluarga, malah jika ada masa terluang mereka turut membantu saya mengutip tin aluminium, kotak, kertas dan barang-barang yang boleh di kitar semula untuk dijual," katanya.
Dia berkata, selain memelihara tiga anak, ibunya, A Muniammah, 96, yang sudah uzur turut tinggal bersamanya.
Menurutnya, ibunya yang mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan juga tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak.
“Alasan yang diberikan mereka untuk menamatkan bantuan kanak-kanak sebelum ini adalah jumlah pendapatan keluarga melebihi syarat kelayakan.
“Jika benar pendapatan kami melebihi syarat kelayakan, kami tak payah kutip tin dan makan ubi kayu untuk hidup,” katanya.
Kasimah berkata, memang dia dan suami bekerja tetapi pendapatan sebulan tidak seberapa.
Katanya, lebih membimbangkan lagi apabila suaminya menghidap penyakit gout yang membatasi sedikit pergerakan dan kadangkala tidak dapat bekerja.
“Saya memohon agar penamatan bantuan yang dibuat sebelum ini dikaji semula kerana tindakan itu membebankan kami keluarganya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Kawasan Teluk Intan, Harcharn Singh yang ditemui melawat keluarga itu berkata, beliau akan membawa masalah ini kepada pihak berkenaan.
Menurutnya, berdasarkan temu bual dan tinjauan yang dibuat, tiada sebab keluarga itu tidak boleh mendapat bantuan diperlukan.
Sementara itu, JKM yang dihubungi memaklumkan bahawa Nur Kasimah boleh membuat rayuan dan permohonan semula bagi mendapatkan bantuan itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan