Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.
Audit Bureau of Circulations (ABC) melaporkan, edaran akhbar-akhbar arus perdana (MSM) semuanya jatuh kecuali Sin Chew. Antara 2005 hingga 2009, edaran The Star merudum dari 310,000 kepada 287,000 (-7.4 peratus), the New Straits Times merudum dari 139,000 kepada 111,000 (-20 peratus), Utusan Malaysia merudum dari 213,000 kepada 169,000 (-21 peratus) dan Berita Harian merudum dari 204,000 kepada 155,000 (-24 peratus) – lihat Malaysian Insider hari ini “Readers shun newspapers for Internet and scandal sheets“.
Ini bukan penilaian yang dibuat oleh Ketua Penerangan Cawangan Pas Jebong Taiping Perak, tetapi oleh badan professional. Saya yakin sekiranya tidak ada GLC yang tolong taja secara percuma surat khabar Utusan Malaysia, Berita Harian, NST ke sekolah-sekolah, sudah tentu jatuh merudum dan menonggeng.
Ini satu isyarat kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian jangan bawa berita yang mengarut. Ketua Editor perlu sedar, sekarang bukan zaman batu. Hentikan tabiat yang buruk, kalau tidak akhbar ini menurut jejak langkah Utusan Melayu (jawi). Ingat seperti pesan Al-Shahidd Syed Qutb “Kebatilan walaupun nampak kuat, tetapi tidak kekal, kebenaran walaupun nampak lemah tetapi akan menang”
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan ekstremis, paderi Terry Jones dari The Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai amat dikesali.
Najib berkata tindakan paderi itu merupakan satu keingkaran, tidak bertamadun dan hendaklah dikutuk oleh mereka yang berfikiran rasional.
"Ia akan menjadi satu implikasi yang sangat serius. Saya sangat berharap dan berdoa agar presiden Barack Obama dan kerajaan Amerika Syarikat akan berbuat sesuatu untuk menghalang daripada berlaku," tegas Najib.
(Inilah antara pemimpin Melayu yang amat prihatin jika Qur'an dibakar. Usah tengok pentadbiran negara, dalam rumah dia sendiri belum tentu lagi ikut al Qur'an. Contoh : Tengok orang yang duduk di sebelah tu. Kalau betul-betul ikut Qur'an, dah lama dia bertudung....)
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).
Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.
Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.
Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.
Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.
Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.
Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.
Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.
Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SWT dengan menyebut ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut (maksudnya): “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.
Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.
Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah (bermaksud): “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.
Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan (bermaksud): “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.
Sekian.
Salam Hormat,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Selamat Menyambut Eidul Fitri.
Dari Presiden PAS YB. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
BAGI pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan Allah SWT melakukan nuzul Al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.
Dalam masa yang sama, bagi menegakkan petunjuk ini, kita berdepan dengan cabaran. Al-Quran menjadi furqan, yang membezakan di antara hak dan batil, benar dan salah. Dengan petunjuk Al-Quran, kita menegakkan yang benar, menentang perkara yang bercanggah dengan Al-Quran.
Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT, walaupun kita dikelilingi oleh musuh-musuh yang ramai yang tidak akan memberi kesempatan kepada Islam untuk tegak semula di bumi Allah SWT ini.
Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.
Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah SWT dan percaya kepada janji Allah SWT, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.
Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah SWT.
Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan meningkatkan pengorbanan kita dalam perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah SWT supaya agama ini tegak sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT, dalam Al Quran Karim.
Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.
Dalam masa yang sama, membolehkan kita menyampaikan mesej kita kepada seluruh manusia untuk menyatakan bahawa kitalah yang menyelamatkan manusia yang sebenar di dunia dan di akhirat.
Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya menjadi seorang Islam yang diterima oleh Allah SWT dan merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.” (Surah Ali Imran: 102)
Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana kita telah berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan melaksanakan segala perintahNya termasuklah amalan-amalan sunat. Mudah-mudahan kita juga dikurniakan darjat taqwa atas usaha kita melawann hawa nafsu.
Setelah diberikan kemenangan, marilah sama-sama kita berusaha mengekalkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Janganlah dalam kita bergembira menyambut Hari Raya ini, kita lalai dari mengingati Allah sehingga kita terjebak ke dalam perkara-perkara yang mengundang murka Alah.
Ingatlah, kemenangan sebenar adalah kemenangan yang dapat menyelamatkan diri kita daripada azab Allah. Tiada cara lain melainkan kita berusaha menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri serta maaf zahir dan batin saya ucapkan kepada seluruh umat Islam khususnya di kawasan DUN Changkat Jong.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin ADUN Kawasan Changkat Jong. Read more...
Puasa Ramadan sebulan mengajar kita menjadi orang yang bertaqwa. hanya mereka yang bertaqwa sahaja yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang membawa keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat
Ingatlah firman Allah di dalam Al Qur'an surah Taha ayat 124-126- Maksudnya: Sesiapa yang berpaling (tidak mengambil petunjuk dan ajarannya) dari peringatanku maka baginya kehidupan yang sempit (sulit) dan kami himpunkan di hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata “ wahai Tuhanku! Mengapa engkau kumpulkan aku dalam keadaan buta, padahal dahulu aku dapat melihat?” Allah Berfirman “ Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami (keterangan Kami), lalu engkau melupainya (tidak beramal), oleh itu di hari ini engkau dilupakan”.
Jadikanlah Ramadan yang ditinggalkan memberi pengajaran dan mendidik sehingga mengubah sikap dan akhlak kita dengan lahirnya sikap taqwa.
Marilah kita jadikan Hari Raya Aidil Fitri yang kita sambut ini, masa bersyukur dengan nikmat Islam memuji dan memuja Allah SWT. Jadikan hari raya ini untuk kita ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Buangkan sikap dendam mendendam kerana sikap dendam mendendam itu membawa kepada perpecahan, kelemahan dan kehancuran.
Islam tidak membenarkan kita bergaduh dan bertelingkah melampaui batasan, sehingga bekerat rotan dan berpatah arang, ingatlah Sabda Rasulullah SAW “ Janganlah kamu sekelian dengki mendengki, jangan kamu memutuskan silatur-rahim, jangan benci-membenci, jangan musuh memusuhi, tetapi jadilah kamu sekelian sebagai hamba Alllah yang bersaudara sebagaimana yang diperintah oleh Allah ke atas kamu.”
Marilah kita mengambil ruh Ramadan dam Hari Raya ini dengan mengukuhkan perpaduan dalam Jamaah , maka setiap keputusan dan arahan pimpinan hendaklah dipatuhi, walaupun keputusan pimpinan itu dianggap tidak sewajarnya dibuat begitu. Ingatlah keputusan yang dibuat oleh pimpinan mempunyai pandangan tersendiri demi untuk kepentingan dan keharmonian dalam Jamaah.
Akhir kata, sempena 1 Syawal 1431 ini saya dan AJK PAS Kawasan Teluk Intan menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan andainya ada kesalahan dan kesilapan melalui tutur kata atau tindakan yang menyinggung perasaan saudara dan saudari sekelian. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan Dewan Himpunan Penyokong PAS Teluk Intan serta rakan-rakan Pakatan Rakyat Teluk Intan iaitu PKR dan DAP semoga ikatan kita semakin kukuh.
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar.Walillahilhamd.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhariraya) kerana Allah berikan hidayah kepadakamu." (Surah Al Baqarah : 185)
Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhariraya.
Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar".Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.
Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja.Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu.Bahkan ia merupakan kehendak agama.
Antara nikmat berhariraya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri.Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.
Apabila disebut hariraya, bukan saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.
Pada hariraya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat.Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.
Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.
Begitu juga dalam kita berhariraya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhariraya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.
Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanp akawalan pada setiap tahun.
Beraparamai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikanperaturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.
Apabila hariraya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok.Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hariraya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhariraya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.
Kita diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hariraya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza WaJalla.
Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaanny asepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.
Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada HariKiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.
Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumahtangga dans ebagainya dia akan masuk neraka.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar. Walillahilhamd.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah, Ramadhan 1431 hijrah sudah hampir melabuhkan tirai barkahnya. Di detik-detik akhir ini mari sama-sama kita bermuhasabah merenung ke dalam diri, sejauh mana telah kita manfaatkan peluang di bulan Ramadhan yang hampir berlalu ini dengan melakukan amal ibadah kepadaAllah taala. Mari kita gantungkan harapan sebesar-besarnya semoga digolongkan ke dalam hamba-hambaNya yang mendapat rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka Allah, InsyaAllah.
1Syawal yang bakal menjelang ini kita sambut dengan penuh syukur dan redha kerana ia adalah hadiah daripada Allah s.w.t kepada umat Islam atas kejayaan perjuangan mengekang hawa nafsunya semata-mata untuk membuktikan kehambaan dan kecintaannya kepada Allah taala. Apa yang diharapkan daripada sambutan Hari Raya ini bukan sekadar keseronokan semata-mata tetapi yang penting adalah untuk mendapat keberkatan dan keredhaanNya.
Marilah kita perbanyakkan bertakbir, bertahlil dan bertahmid serta berdoa kepada Ilahi agar memberi kemenangan kepada perjuangan menegakkan agama Allah di mukabumiNya ini. Amalan ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim amat baik kita lakukan untuk menjalin kasih sayang sesama Islam bagi kelangsungan kerja dakwah kita kepada sanak saudara dan sahabat handai.
Dikesempatan ini saya mewakili AJK Dewan Muslimat PAS Teluk Intan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Ampun maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan dan segala amanah yang tidak tertunai. Semoga kita kita semua mendapat mendapat keberkatan dan keredhaanNya dan diberiNya semangat dan kekuatan baru untuk meneruskan gerak kerja jihad kita dalam usaha membantu kemenangan kepada agama Allah di negara yang kita cintai ini Insya Allah.
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD Sekian Wassalam.
Robiatun binti Abas, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan.
Derma kepada perasuah: Kalkulator pahala RM50 juta
-
MalaysiakiniMohd Fudzail Mohd NorDalam sejarah budaya derma di negara kita,
rakyat Malaysia sudah lama dikenali sebagai bangsa yang pemurah. Kita
pernah me...
Guan Eng on Penang-related issues
-
Lim Guan Eng, the Penang state assembly member for Air Putih, has raised a
string of issues at the state assembly today: higher tariffs, a water
infrastruc...
SOLO BERMAKNA MENGKHIANATI KEPERCAYAAN UMAT MELAYU
-
Salam Jumaat, salam sementara pimpinan berunding menghadapi PRN Melaka ke
16.
Apakah mesej terbesar yang dibawa oleh pengundi khasnya pengundi Melayu di ...
-
Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share
SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan
pindah mi...
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda
Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang
di ada...
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
-
Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai
GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan
menganjurkan Pr...
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
Domain untuk dijual
-
*Assalamualaikum w.b.t*
*Sekiranya anda berminat dengan domain ini (basikaltua.com), bolehlah
berhubung dengan kami di alamat emel seperti berikut:*
*jaja...
Bapak ayam
-
Merekalah bapak ayam
Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol
Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun
Meraba ganas liang, lubang, l...
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
Victorias Secret Love Is Heavenly
-
IDR355,000
Add to cart
[image: Victorias Secret Love Is Heavenly]
Add to cart
[image: order]BOOKING
Checkout your Order
[image: antar]SHIPMENT
Goods ship...
Hukum gemar hisap buah dada
-
*Suami gemar menghisap buah dada isteri? Adakah suami menjadi mahram kerana
menjadi anak susuan isteri jika terminum susunya?*
Ikuti soalan dan jawapannya....
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
Pendidikan bukan perkara main main
-
Pelaburan untuk pendidikan tidak akan sia sia.
Kerajaan perlu serius mengkaji keperluan sebenar masyarakat dalam negara,
mengenalpasti apakah ilmu yang di...
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya
-
Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen
Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Hubungi...
hello blog.
-
Ini kali lah...! Posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi jika
posting membodek dan mengampu tetap digemar oran " Jika kita mengejar
AKHIRAT, DU...
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.
-
Assalamualaikum Wrb.
Sholat sunnah Tahajjud adalah ibadah yang istimewa. Berbagai keistimewaan
dan manfaatnya sangat menakjubkan. Mulai dari ketenangan ba...
Akhavan Supermarche Flyer
-
Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations –
one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet
filled...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Ceramah PGU - Cikgu Normala Sudirman
-
Ceramah PAS ganti UMNO (PGU)
Pada : 01/05/2011
Hari : Ahad, 9.30 malam
Tempat : Kampung Sura Hujung (Jalan Uitm Dungun/Jalan Lapangan Terbang)
Penceramah...
Sama tapi serupa!!!
-
Macam-macam la pemimpin kita hari ini tak kira dari pihak pembangkang
mahupun kerajaan. Yang terbaru mengenai kes salahguna dana RM100 juta dari
Kementer...
Ziarah di Hospital Raja Perempuan Bainun
-
*Selasa 01 Disember 2015* - YB Radzi Zainon telah meluangkan masa
menziarahi tiga pesakit di Hospital Raja Perempuan Bainun pagi tadi. Mereka
merupakan ma...
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh
-
Sebenarnya ada banyak sekali *cara menghilangkan kutu rambut *yang bisa
Anda coba terapkan. Baik itu cara alami ataupun menggunakan obat-obatan.
Tapi sebe...
15 tanda kematian mulia
-
KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana
kehilangan seorang insan seni yang hebat. Begitulah resam dunia akan
mengenang se...
Niqab Atau Tidak Berniqab
-
*Niqab(Purdah) ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup
bahagian wajah mereka….*
Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lag...
Brunei 4
-
Antara tempat2 yg dikunjungi tp cuma guna kamera hanphone
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
View di subuh hari
tempat utk musabaqah al-quran.
Kepada warg...
Terbaru!Artis Terkenal Ini Ditahan Polis.Apa Kes??
-
[image: exist]
Penyanyi kumpulan pop rock ditahan polis kerana positif dadah syabu
Bekas penyanyi kumpulan *Ezad Exist* ditahan polis tengah hari tadi kera...
AWAT TAK SEDIA AWAL2 CALON alternatif?
-
Aku meronda sakan malam ni. Baca macam2 blog...tiba-tiba terjumpa cite
tentang calon alternatif... Ini bukan idea aku..aku copy face je..best
jugak... Naib...
Senja Nan Merah
-
Awie kata:
Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah liku-liku curam insani...
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya dalam hidup seribu warna...
H...
Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah
-
*SHAH ALAM:* Cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin agar Tun Dr Mahathir Mohamad
kembali menerajui kabinet memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada
Perdana...
Jom ambil peluang .. Niaga secara online
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Peluang besar yang ditunggu-tunggu
semua orang! setiap kali kawan top up prepaid kita dapat komisyen hingga
20%. Ini b...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
AJK PKR Kuala Krau melawati saya
-
Semalam Abang Haji Dollah dan Kak Zainunayah AJK PKR Cabang Kuala Krau
datang melawat saya. Malam ini, Azmi Zainun dan isterinya dan Kin Kasim
serta Nyah ...
Ni ke muka suspek yg belasah & bunuh Dhamanderan?
-
Tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini
atas tuduhan membunuh N Dhamanderan pada 21 Mei lalu.
Ketiga-tiga mereka iaitu Ja...
MALANG LAGI RAKYAT GANU DAPAT MB BENGAP
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut.
Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawannya
dari Utara ...
Bagaimana mereka mereka ini
-
Macam na la ibrahim ali,zulkifli nordin ye..mereka kata mereka yakin
menang,,harap2
mereka menang seperti yang mereka harap harapkan..
kalau kalah...boleh l...
Hamidah lebih kasar dari dulu?
-
Hamidah Osman kembali dalam arena politik di Dun Sg Rapat kali ini dengan
penuh 'kasar'. Hari penamaan calon haritu tu pun pagi-pagi lagi dah gaduh
deng...
Petanda Umno Lenyap.
-
Al' Fatehah untuk arwah....
Sayang seribu kali sayang kerana beliau pergi menghadap Tuhan yang Satu
tanpa sempat melihat parti kebanggaannya itu dibungkus ...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
PRU13: Malangnya Najib sambut spekulasi huru-hara
-
TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) berpendapat spekulasi bahawa akan berlaku
huru hara ala Arab Spring selepas pilihanraya hanya provokasi seperti mana
yang...
Sajak Anak Muda Buat Si Celaka
-
*Celaka*
Dulu
Kau tidak ku kenali
Hanya dari jauh ku baca cerita mu
Kau menjadi pejuang anak muda
Membela nusa & bangsa
Kerana sikap kau tidak menjelma
...
Amaran yang baca !!!
-
AMARAN !!! Dilarang membaca artikel ini. Kenapa tajuk dia 'dilarang
membaca'? Sebab saya memang tak nak korang baca artikel ni. saya beri
amaran, please ja...
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat
-
Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير ...
DEVIL INSIDE FUKUS
-
For any of you who do not know who FUKUS are, it is the acronym for France,
United Kingdom and United States, who are looking for an excuse to invade
Syria...
Bangunan Umno Bukit Gantang disita
-
*Oleh: MSK*
Hanya dua hari lagi sebelum ketibaan Timbalan Perdana Menteri ke Bukit
Gantang, pejabat utama Umno Bahagian disita hari berikutan satu pertik...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
(Gambar) Demo didepan rumah Haji Mohamad Sabu..
-
Entah dari mana datangnya puak-puak ini, bekas-bekas talibarut penjajah
agaknya? Tiba-tiba muncul petang semalam mengadakan demontrasi dihalaman
rumah Timb...
`MUFTI BARU UMNO' HARAM PAKAI BAJU BERSIH
-
Berkatalah `Mufti Baru Umno, Datuk Hishamusin Husein, BERSIH dihubungkait
dengan aktiviti haram, maka memakai baju BERSIH adalah juga haram". Kita
tak ta...
Politik Malaysia ibarat kartun Tom and Jerry
-
Beberapa fakta mengenai suasana politik Malaysia kini yang bergerak seperti
kisahnya kartun Tom and Jerry.
Senario 1
UMNO buat beberapa DEMONSTRASI tunjuk ...
Membaca, menulis dan menjadi manusia
-
Ada orang membaca untuk tahu. Ada yang membaca untuk lulus peperiksaan.
Tetapi ada juga yang membaca tanpa sedar bahawa perbuatan itu sedang
membentuk ca...
Perutusan Dari Tun Mahathir
-
PERUTUSAN KHAS
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU)
1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...
LIVE AJL 34
-
KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34
*Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online *
*PASANG CCTV MURAH *
*IKLAN TEKS RM10 SEBU...
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi
-
[image: Image result for nabi dan jenazah yahudi]
Hadis tersebut adalah sahih, muttafaq alaih. Lafaznya seperti berikut:
Sahl bin Hunaif dan Qees bin S...
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
-
2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan
melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan
kepada usaha-...
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic
-
[image: zumba]
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic & Joged2 Di Tempat Umum,
Kerana:
1. Ikhtilat, Terjadinya campur-baur laki2 dan perempuan.
2....
-
Lama sungguh tak menjengah blog ni..bila dalam suasana Malaysia baru
ni..banyak pulak yang nak diluahkan di sini..
Banyak benda berubah..banyak benda terka...
DPPM : PENOLAKAN PM ADALAH KEPUTUSAN TEPAT
-
KENYATAAN MEDIA Dewan Pemuda PAS Malaysia 13 Muharram 1440 | 23 September
2018 LGBT : PENOLAKAN PM ADALAH KEPUTUSAN TEPAT Dewan Pemuda PAS Malaysia
(DPPM) ...
Kebocoran baru dedah adik Najib miliki firma BVI
-
EKSKLUSIF | Adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak,
Mohamed Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah
syarikat ...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Jejak Fakir Di Petra Jaya
-
Samariang, 5 Ogos: Dewan Muslimat PAS negeri Sarawak bersama dua orang
pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) iaitu Dr. Mardhiah Hayati selaku
Ketua La...
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru
-
Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual
dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara.
Lokasi yang m...
Terima kasih rakyat Malaysia
-
Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami
ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia
melayari p...
Anak Nik Aziz Sertai Amanah
-
*Nama Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pada majlis
maka...
Resep Mengobati Impotensi
-
Hal yang memalukan jika seorang istri mengeluhkan karena kekurangan
suaminya. Impotensi disebut juga lemah syahwat, adalah penyakit yang paling
ditakuti pa...
HOT SET
-
Assalamualaikum….. Tengah rehat-rehat ke tu? Haaa…. Entry kali ini saya
nak berkongsi tentang ‘2 Beradik’ yang tengah HOT ni. Eh! Apa pulak dua
beradik ni...
PEMILIHAN PAS : HADI MENANG BESAR
-
Pemimpin kalah disaran tolak jawatan lantikan, biar pasukan Hadi kemudi
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mendapat pasukan beliau sepenuhnya
dalam p...
JIBG Melakar Sejarah di SRI At Ta'lim
-
Alhamdulillah dan sekalung tahniah kepada ALP serta tenaga penggerak SRI AT
Ta'lim kerana melangkah setapak lagi kehadapan dengan penubuhan JIBG pagi
ini...
Takkan nak tunggu jambatan keretapi roboh - Zailah
-
*KUALA LUMPUR:* PAS kecewa kenyataan menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow
Tiong Lai yang disifatkan tidak prihatin berhubung keselamatan pengguna
kereta...
AWAT TAK SEDIA AWAL2 CALON alternatif?
-
Aku meronda sakan malam ni. Baca macam2 blog...tiba-tiba terjumpa cite
tentang calon alternatif... Ini bukan idea aku..aku copy face je..best
jugak... Naib...
Ahlan Wasahlan Ya Romadhan
-
Romadhan 1435 menjelang kembali.
Marilah sama-sama kita merebut peluang yg Allah kurniakan kepada kita ini.
Tingkatkan ibadat.
Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
-
Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah pun diadakan pada 26
Oktober 2013 bertempat di Hotel Excelsior Ipoh. Muktamar Tahunan ini
dirasmikan...
Yang Menang dan Yang Kalah di Sungai Limau
-
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang baru, Mohd Azam Abdul Samat
ketika membuang undi semalam Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar
adalah orang...
PAS Batu Gajah buat perubahan
-
Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat'
ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan
beliau se...
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai
-
*KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi
membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) agak k...
UMNO YANG GILA TALAK!!!!
-
A minta B rujuk semula dengannya dan dalam masa yg sama A minta B bercerai
dengan pasangannya sekarang...
Tapi A tak nak pula bercerai dengan pasangann...
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
-
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka ...
Shootsky Laman Sosial Baru: Apakah Shootsky
-
Shootsky Laman Sosial Baru: Apakah Shootsky: Pengiklan yang dibayar,dan
kita boleh letak apa-apa sahaja iklan yang kita nak contohnya: Jual
baju,jual Tudun...
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS
-
*Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang
dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga
mendap...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
BAJET OH BAJET
-
*Ini pula pandangan sisi untuk wanita...*
Bajet 2013 tidak prihatin pembangunan wanita
Salmiyah Harun, 28 Sep 2012
*KUALA LUMPUR:* Perdana Menteri Datuk S...
Shafie Apdal Jadikan KKLW Lubuk Kemewahan Kroni ?
-
Nota : Wa masih ternanti nanti apa kesudahan drama saman menyaman antara
Zahida, Shafie, Ex driver, Zuraida yang macam cerita bajet rendah yang
sangat an...
Salam Ramadhan…
-
ALlahurobbi… sedar x sedar dah 3 bulan lebih rumah aku x bersentuh. Aduhhh
penyakit ‘M’ yg dah lama bertapak ghupernyer makin membekam dalam jiwa aku
nih. ...
HIMPUNAN HIJAU 1 JUN: SEMUA BERPAKAIAN HIJAU
-
*KUALA LUMPUR: *Semua ahli, pemimpin serta penyokong PAS diseru mengenakan
pakaian hijau pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor
Seta...
PENIPUAN DAFTAR PEMILIH DEMI MELAYU
-
Semasa isu penipuan daftar pemilih dibawa ke kampung-kampung, kedengaran
adanya usaha pihak UMNO mempertahankan amalan ini atas hujjah ianya
dilakukan kon...
Masalah penduduk Batu 11
-
Masalah yang diajukan kali ini adalah mengenai aliran air yang terlalu
perlahan.Ini diakibatkan oleh paras pintu air yang lebih tinggi dari paras
saliran ...
Kembali
-
Assalamualaikum wbt
Agak2 dah berapa lama dah tak tulis apa-apa di sini?
Dah penuh dengan habuk..
Hari ni telefon mak, lepas tu mak tanya kenapa lama dah t...
-
AKTIVIS UMNO & KEMPEN POLITIK DI MEDIA SOSIAL
Dalam beberapa tulisan terdahulu, saya pernah menulis betapa kehadiran
pemimpin dan aktivis UMNO dalam me...
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Al ikhlas
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang
di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; be...
Derek Law: In the next GE , I will vote for Pas..
-
As a Chinese Malaysian, there is no Rocket or Keadilan contesting in my
constituency, only a direct clash between UMNO and PAS. Now, I'm officially
annou...
Jemputan ke Majlis Perkahwinan
-
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah, Most Gracious, Most
Merciful. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan
ini saya ak...
-
Kami akan teruskan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan
Kami tahu sukar untuk menjayakannya. Kuasa ditangan mereka. Namun kerja
kena buat juga. Tidak bol...
PAKATAN RAKYAT VS BN
-
Suasana BN berkempen di Sarawak ...
1. TPM terpaksa menggunakan anak kecil yang bersekolah rendah untuk memberi
sokongan terhadapnya dan Barisan Najis...
...
Moral penyokong UMNO di Merlimau
-
Gambar ini di rakam pada pernamaan calon di Merlimau Melaka.
Macam inikah moral penyokong UMNO, sungguh eloknya budaya yang dibawa oleh
penyokong UMNO. A...
Syabas - J.Cassandra mohon cerai ?
-
Bro ! Apsal mohon cerai ? 'ayor' tak cukup ker ? Foto dan sumber rembat
dari fesbuk Yob Tualang Sekah.
Wak BARA : Lawa sungguh J.Cassandra ni..! Tapi yeop...
Suara Orang Buangan Renungan-renungan tentang Islam
-
Nasr Hamid Abu Zaid telah dipaksa meninggalkan Universiti Kaherah kerana
dianggap tersesat. jenayahnya? Nasr menyebut dalam tulisannya bahawa
sejarah dan b...
Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan
-
*Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam
PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut
adalah tuli...