APA PANDANGAN ANDA ?
AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس
PAS KUTUK PEMBUNUHAN RAKYAT SYRIA
>> 28 Mei 2012
KUALA LUMPUR: PAS mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai rakyat Syria oleh rejim Bashar Al Assad kelmarin.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata pembunuhan itu merupakan episod hitam dalam sejarah umat manusia, apabila nyawa rakyat dipertaruhkan semata-mata untuk mempertahankan kuasa.
"Ia merupakan satu hari kesedihan buat kami di Malaysia dan di seluruh dunia.
"Oleh itu kerajaan Bashar Al Asaad mesti bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai tersebut dan mereka tidak boleh lepaskan tangan dengan menuding kepada pihak lain," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau, konflik berdarah yang berlaku di Syria tidak akan selesai, selagi mana pihak yang bertanggungjawab terus menerus menggunakan persenjataan untuk bertindak.
Mereka perlu menghentikan segera penindasan, kezaliman dan kekerasan dan mengembalikan hak kepada rakyat untuk menentukan pemerintah mereka secara adil, kata presiden PAS itu.
"Kita juga mendesak supaya satu siasatan bebas dipelbagai peringkat diadakan, bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan untuk dihakimi segera.
"Kita tidak mahu nyawa rakyat melayang lebih banyak lagi dan jika terus berlaku, ia suatu yang mendukacitakan," tegasnya.
Kelmarin seramai 92 orang termasuk 32 kanak-kanak terbunuh dalam serangan ke atas bandar Houla, dipercayai dilakukan tentera rejim Bashar.
AFP melaporkan insiden letupan dan tembakan kedengaran di Houla, 200 kilometer dari utara Damsyik sejurus pasukan pemerhati tiba di bandar itu.
Pembunuhan beramai-ramai itu merupakan satu daripada kejadian terburuk berlaku di Syria selepas 15 bulan kebangkitan rakyat negara tersebut menentang kerajaan.(harakahdaily)
(ada video) 17 CEDERA AKIBAT LUMBA KERETA HIMPUNAN BELIA NAJIB
>> 27 Mei 2012
Seorang pegawai kementerian belia dan sukan hari ini berkata tiada
individu yang meninggal dunia dalam insiden melibatkan acara perlumbaan
ketika karnival Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya semalam.
Pembantu
kanan jabatan pembangunan sukan kementerian itu, Saipuddin Zakaria
berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan empat lelaki berusia
antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad.
Pembantu
kanan jabatan pembangunan sukan kementerian itu, Saipuddin Zakaria
berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan empat lelaki berusia
antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad.
Seorang
daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami pendarahan dalaman
manakala seorang lagi patah tangan dan kaki, katanya ketika dihubungi.
Empat
lelaki tersebut, yang dihantar ke Hospital Putrajaya malam tadi,
mengalami kecederaan apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas
kenderaan yang dipandunya dan melanggar satu pengadang keselamatan.
Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.
Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.
Selain itu seramai 13 orang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar, katanya.
"Yang
terjadi ni, kemalangan biasa yang mana pemandu kereta drag ini mungkin
dia cuai sikit jadi dia terlanggar kita punya pengadang kemudian dia
panjat ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi.
"Penonton ini walau dah diarahkan turun dari pembahagi jalan, mereka ini degil juga, duduk di atas pembahagi jalan.
"Jadi bila berlaku macam itu, kereta dah naik ke pembahagi jalan, langgarlah penonton," katanya.(malaysiakini)
Read more...
100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga
>> 24 Mei 2012
Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah
Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari
ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda
bermotosikal.
Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.

Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".
Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.
Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan.(malaysiakini)
K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal
Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.
Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.
Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke?
Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!
Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?
Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?
Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.
Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?
Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil.
Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?
Tolong jangan jadi bodoh.
Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.
Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG????
--------------------------------------------------------
Sumber http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/k-pop-punca-kuliah-ustaz-azhar-idrus.html
Read more...
JOM KE KEDAH PAKAI BAJU HIJAU 1 JUN NI
>> 22 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Semua ahli, pemimpin serta penyokong PAS
diseru mengenakan pakaian hijau pada program Ijtimak Pilihanraya parti
itu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah 1 Jun ini.
Menurut Pengarah Program Datuk Mahfuz Omar, pakaian hijau itu sempena tema himpunan tersebut iaitu 'Himpunan Hijau ke Putrajaya'.
"Hijau itu lambang korporat PAS bukan bermakna kita bersendirian mahu ke Putrajaya, tetapi kita mahu PAS menjadi pendukung utama menggerakkan usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, himpunan tersebut adalah sebagai menggantikan Muktamar PAS yang ditangguhkan untuk persiapan menghadapi pilihan raya.
"Oleh kerana laporan kaji cuaca yang menujukkan pilihan raya tidak menentu tarikhnya, jadi kita bimbang berlaku pembubaran, kita tangguh muktamar dan gantikan dengan Himpunan Hijau," katanya lagi.
Menurutnya lagi, himpunan tersebut adalah bagi menggerakkan ahli, pimpinan, pendukung serta jentera PAS di semua peringkat bagi membuat persiapan terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Mereka mensasarkan 100,000 menyertai himpunan itu nanti yang dibahagikan kepada tiga peringkat bermula pagi hingga ke malam.
Sesi pagi akan dimulakan dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden di Kompleks PAS negeri di Kota Sarang Semut.
Sesi kedua akan bemula selepas solat Jumaat di di Stadium Darul Aman menghimpunkan anak seluruh anak muda dalam program yang dipanggil 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya'.
Program tersebut akan dimulakan dengan kuliah oleh pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus.
Selain kuliah, program akan turut di isi dengan persembahan sketsa oleh anak muda dan persembahan lain sehingga jam 6.45 petang.
Sesi malam pula akan bermula dengan solat Maghrib secara berjamaah juga di stadium dan munajat perdana yang akan dipimpin oleh Tuan Guru Salleh Musa dari Pondok Sik sehingga Isyak.
Mengambil tempat selepas itu adalah program kemuncak iaitu ucapan dan amanat pimpinan utama PAS termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan selaku tuan rumah, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Turut akan berucap malam itu adalah wakil bekas penjawat awam, wakil bekas tentera, wakil artis serta wakil selebriti tv yang kesemuanya telah menyertai PAS.
Program malam tersebut juga turut menampilkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang akan mendeklamasikan puisi khas beliau.
Sebelum ucapan pemimpin utama juga, semua pemimpin PAS akan berada di pentas bagi melafazkan ikrar komitmen bersama memenangkan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya yang akan diketuai bacaannya oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.(harakahdaily)

ZIARAH RAKYAT BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG DI KG. AIR HITAM
>> 21 Mei 2012
TELUK INTAN, 20 Mei - Program Ziarah Rakyat bersama ADUN Changkat Jong yang telah dilaksanakan sejak PRU12 2008 tetap menjadi agenda utama YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dalam merealisasikan misi DUN Changkat Jong DUN Sejahtera. Kali ini ziarah berbentuk kebajikan itu telah dilaksanakan di Kg. Air Hitam di Batu 13 Jalan Bidor dekat sini.
| Menyantuni warga emas. |
| Berbual dengan orang kampung baru balik dari menoreh getah. |
| Mendekati remaja. |
| Ziarah yang penuh santai dan ceria. |
| Disambut mesra. |
Program tersebut telah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Ia meliputi ke beberapa kampung sekitar seperti Kg. Melayu, Kg. Jawa dan Kg. Tengah di dalam kawasan Kg. Air Hitam. Menurut ADUN Changkat Jong, pendekatan program kali ini seperti yang lalu iaitu dengan menziarahi rumah ke rumah penduduk kampung yang telah dikenal pasti dalam kalangan warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal serta yang sempit hidup yang meliputi sebanyak 35 buah rumah telah diziarahi.
ISTERI ADUN TURUT MEMBANTU
Turut serta program tersebut ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Teluk Intan Sdr. Rahmat Maliki, AJK MTD Changkat Jong Hj. Sulaiman Abdullah serta isteri ADUN Changkat Jong, Hjh. Faridah Rajiah. Ia mendapat sokongan PAS Cawangan Kg. Air Hitam iaitu Ketua Cawangan Sdr. Mohd. Nor Yatim dan isteri selaku Ketua Muslimat serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS cawangan.
Menurut Sdr. Mohd. Nor Yatim, sebanyak 35 buah rumah telah dirancang untuk diziarahi oleh pihak ADUN Changkat Jong dan berharap masyarakat kampung akan lebih mengenali wakil rakyat mereka serta dapat mengadu apa sahaja masalah.
PENYAMPAIAN SUMBANGAN
Ziarah tersebut telah memberi peluang kepada YB Anuar Sudin untuk mendekati rakyat serta melihat sendiri keadaan kehidupan orang kampung yang bagi pendapat beliau masih lagi berada di tahap menyedihkan walaupun telah berada di bawah pemerintahan UMNO/BN lebih 54 tahun.
| Tenaga utama, Sdr. Mohd. Nor Yatim, selaku Ketua PAS Cawangan Air Hitam. |
| YB serta ahli rombongan. |
Selain bertanya khabar, sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak serta lain-lain turut dihulurkan sebagai tanda simpati. Rata-rata masyarakat kampung yang diziarahi telah menerima kehadiran YB Anuar serta rombongan dengan perasaan berbesar hati serta bersyukur atas bantuan yang diterima.
intanhijau.blogspot.com
Read more...
PROGRAM ZIARAH JUMAAT ADUN CHANGKAT JONG
>> 18 Mei 2012
TELUK INTAN, 18 Mei - Antara misi DUN Changkat Jong DUN Sejahtera ialah mengadakan program Ziarah Jumaat ke masjid atau surau diri Jumaat di seluruh Teluk Intan, khususnya di kawasan DUN Changkat Jong.
Dua Jumaat yang lalu, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah berpeluang melakukan solat fardhu Jumaat di dua tempat iaitu di Masjid As Saadah, Kg. Bahagia dan Surau Diri Jumaat Taman Cicely dekat sini.
ZIARAH JUMAAT DI MASJID AS SAADAH, KG. BAHAGIA :
![]() |
| YBAnuar bersama seorang veteran PAS. |
Dalam program ini, YB Anuar telah menunaikan solat Jumaat bersama-sama para jemaah yang lain. Kemudian, beliau mengambil kesempatan beramah mesra dengan para jemaah masjid serta bertanya khabar atau mendengar sebarang masalah rakyat yang dikira dapat dibantu.
ZIARAH JUMAAT DI SURAU DIRI JUMAAT TAMAN CICELY
![]() |
| YB Anuar bersama Pengerusi dan ahli jawatankuasa Surau Diri Jumaat Taman Cicely. |
![]() |
| Mudah berurusan : YB Anuar sedang menanda tangani dokumen seorang pemuda sebaik sahaja keluar dari surau. |
Program yang telah lama laksanakan oleh beliau selepas diberikan kemenangan pada PRU12 2008, akan tetap diteruskan oleh beliau. Bagi YB Anuar sendiri, inilah salah satu cara bagi beliau untuk bertemu dengan rakyat dan mendengar masalah mereka.
intanhijau.blogspot.com
Read more...
Langgan:
Catatan (Atom)