BLOG intanhijau.blogspot.com MEMPERBAIKI KEDUDUKAN
>> 31 Disember 2009
Berkat sokongan pelbagai pihak, intanhijau telah berjaya memperbaiki kedudukannya. Jika dlihat berdasar senarai terkini, intanhijau berada pada kedudukan tempat ke-57 (pada 30.12.2009). Ini bermakna masih kekal dalam 100 blog popular di negara ini.
Sebelum ini, intanhijau telah berada pada kedudukan tempat ke-65 pada 6 Disember dan tempat ke-71 pada 16 Disember 2009.
Blog intanhijau lebih banyak memuatkan berita-berita tentang aktiviti bagi ADUN Changkat Jong dan PAS Teluk Intan. Namun begitu, blog tersebut turut memuatkan berita-berita isu semasa negeri Perak dan nasional serta antarabangsa.
Blog ini juga mempunyai prinsip, sebarang isu-isu yang melibatkan masalah dalaman parti tidak akan diterbitkan walaupun ia mampu menarik orang ramai membuka blog ini. Contohnya, isu-isu di Kelantan tidak diterbitkan demi menjaga prinsip dan maruah parti. Blog ini tidak akan mensensasikan berita masalah dalaman parti.
Namun ini tidak menjadikan blog tersebut ketinggalan dalam arus blog politik negara malah ia sentiasa mendapat perhatian terutama bagi mereka yang berada di Teluk Intan dan anak-anak Teluk Intan yang berada di perantauan.
Perkembangan terbaru, blog intanhijau telah dikembangkan dengan kewujudan blog baru iaitu intanhijauVS. Blog ini berkonsepkan kepada penerbitan bahan-bahan berita berbentuk video dan slaid. Ia boleh dilawati pada alamat http://intanhijauVS.blogspot.com
Sementara itu, blog Tukartiub, Penarik Beca, Perisik Rakyat, Kedahlanie, Perak Express dan Wartamaya mendahului senarai 100 blog teratas.
Semoga blog intanhijau akan terus berfungsi menjadi penyambung antara pimpinan dan rakyat.
ar_rawa