Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

UMNO TERLALU SOMBONG UNTUK MOHON MAAF

>> 16 Disember 2009


Ipoh, 16 Dis: Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menyatakan UMNO dan Barisan Nasional(BN) di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak terlalu sombong untuk memohon maaf di atas perkara yang berlaku mutakhir ini. Beliau juga menyifatkan kenyataan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang menyifatkan UMNO telah busuk hingga ke ususnya adalah kenyataan yang ikhlas dan relevan dengan situasi UMNO kini.

Mengulas lanjut mengenai hal ini, beliau mengatakan bahawa isu-isu yang dibawa oleh UMNO dan BN sejak akhir-akhir ini jelas melampaui adab dalam amalan demokrasi dan tidak menunjukkan kematangan berpolitik, malah lebih kepada politik samseng dan fitnah. Katanya lagi, jika dilihat kepada bentuk serangan UMNO kini, ia lebih kepada usaha untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam siri-siri demonstrasi dan kenyataan berbaur fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat tanpa bukti yang dikemukakan.


Menurut beliau lagi, perkara ini jelas menunjukkan UMNO dan BN kini sudah ketandusan isu untuk menjatuhkan kredibiliti PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau juga menyatakan, pimpinan PAS Perak berpendirian bahawa UMNO sepatutnya memohon maaf di atas siri-siri demonstrasi dan tuduhan berbentuk fitnah yang di ada-adakan oleh UMNO dan BN bagi memburukkan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.


Menceritakan mengenai demonstrasi pemuda Umno di Pejabat SUK Kelantan yang memohon Mursyidul Am PAS menarik balik kenyataan kerana mendoakan supaya Allah SWT, memberikan musibah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana menzalimi rakyat Kelantan kerana tidak memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan, beliau menyatakan bahawa perkara itu jelas menggugat ketenteraman awam . ”Tidak ada salahnya kita berdoa jika kita teraniaya. Malah, doa orang yang dizalimi lebih cepat dimakbulkan oleh Allah”, katanya merujuk kepada isu doa Mursyidul Am PAS itu lagi.


Ditanya mengenai demonstrasi pemuda UMNO Pulau Pinang yang membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan memijak gambarnya di Pulau Pinang baru-baru ini, beliau menyatakan tindakan itu adalah keterlaluan kerana simbolik kepada membakar gambar adalah suatu perkara yang amat menghinakan bagi situasi di Malaysia, tambahan pula beliau merupakan seorang Ketua Menteri dan wakil rakyat. Ia juga jelas menunjukkan UMNO dan BN tidak menghormati Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang merupakan pilihan rakyat.


Beliau juga menambah, UMNO memang terlalu sombong untuk memohon maaf kerana sehingga kini kita masih belum melihat atau mendengar kenyataan UMNO memohon maaf berhubung demonstrasi memijak kepala lembu yang jelas tidak menghormati perbezaan agama dan budaya yang berlaku di Selangor. Selaku Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga kesal dengan sikap UMNO dan BN yang sehingga kini dilihat tidak memohon maaf di atas rampasan kuasa yang dilakukan di Perak.


Selain itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengecam sikap UMNO yang kerap kali memburukkan imej ulama’ seperti yang berlaku kepada Mursyidul Am PAS dan juga Presiden Parti Islam SeMalaysia. Beliau berkata, UMNO tidak sepatutnya menyerang keperibadian Tuan Guru Nik Abdul Aziz semata-mata untuk menguasai Kelantan. Mereka juga tidak sepatutnya menyerang peribadi Presiden PAS untuk menjatuhkan imej PAS yang dilihat kian meningkat di mata rakyat. ”UMNO selaku komponen yang mewakili kelompok masyarakat Islam di dalam Barisan Nasional sepatutnya menasihati komponen lain BN bagaimana menghormati ulama’, bukan dengan mencerca mereka”, Tegas Pesuruhjaya PAS Perak itu.Katanya lagi, PAS akan sentiasa komited menjalankan amanah rakyat dan memperjuangkan keadilan Islam di Malaysia, bahkan yakin untukmemenangi hati rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

1 ulasan:

Ayiem 16 Disember 2009 pada 1:48 PTG  

Salam,

Jenis toghut mana reti erti minta maaf.....

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP