JADIKAN SIFAT RASUL SEBAGAI ETIKA BLOGGER - PRESIDEN
>> 20 Disember 2009
Begitu banyak sekali amanat yang disampaikan oleh Presiden PAS sewaktu merasmikan Konvensyen PAS 2009. Di sini saya sempat perturunkan semula inti ucapan beliau yang boleh para blogger hayati :
- blogger perlu perlu jadikan sifat para rasul iaitu benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana sebagai etika semasa mereka menulis blog.
- benar - blogger perlu menulis berita yang benar dan fakta yang benar. Elakkan daripada menulis berita yang tidak benar dan palsu. Namun walaupun berita itu benar, biarlah ia kena pada tempatnya. Elakkan dari menulis berita yang benar tetapi ia tidak kena pada tempatnya. Contohnya : berita benar ialah hal dalaman parti itu benar, Tetapi jika ia disiarkan kepada umum mungkin ia menjadi kerosakan kepada parti.
- amanah - menulis berita merupakan satu amanah dan ia perlu dijaga dengan betul dan elakkan daripada berlakunya khianat terhadap amamah itu. Amanahnya ialah kita perlu menyampaikan berita atau risalah itu kepada masyarakat.
- menyampaikan - para blogger jangan kedekut atau takut menyampaikan berita benar kepada masyarakat. Biarlah kita menulis berita benar walaupun berita kita tidak dibaca oleh orang ramai. Jangganlah semata-mata ingin mendapat nama, kita menulis berita yang penuh dengan fitnah dan tidak benar/palsu.
- bijaksana - blogger perlu bijaksana menulis berita dan setiap berita atau maklumat perlu diurus dengan bijaksana.
- tulisan yang berani dan benar merupakan satu jihad yang besar.
- blog adalah satu senjata yang tajam.
- kalau diurus dengan baik, blog membawa kebaikan kepada masyarakat
- kalau tidak diurus dengan baik makan ia boleh bertukar menjadi racun.
- jadikan kerja menulis blog sebagai satu ruang mengerjakan amal yang soleh/baik untuk menegakkan Islam
- penulis blog perlu sentiasa meningkatkan ilmu untuk meningkatkan kebijaksanaan blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan