Seronok kalau kita baca dan hayati setiap kenyataan oleh Mursyidul Am tentang sesuatu isu yang berlaku. Apa-apa hal pun mesti ada pengajaran yang kita dapat apabila mengikuti kenyataan beliau. Tok Guru lebih suka kita kembali kepada perkara asas seperti Islam, akhirat, dosa, pahala, syurga, neraka dan sebagainya. Jadi, dalam konteks isu hilang enjin jet, marilah kita ambil beberapa perkara menarik dari kenyataan Tok Guru. Saya ambil daripada petikan berita Harakahdaily.net.
- Tok Guru menegaskan akibat didikan politik Umno terhadap rakyat di negara sejak lebih 52 tahun lalu dengan ajaran 'politik suku, agama suku' menyebabkan pimpinan parti sekular itu mengenepikan aspek dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam pemerintahannya sehingga ada yang sanggup mencuri enjin jet pejuang milik megara.
- "Sama ada kita suruh dia (Najib) bertanggungjawab atau tidak, dia memang bertanggungjawab, dunia dan akhirat. Itu benda (kedudukannya).
- Saya sebagai Menteri Besar yang menjaga negeri (Kelantan) ini pun, saya bertanggungjawab (terhadap pemerintahan negeri ini), sekadar mana yang termampu, kecuali Allah swt tahu (bahawa) saya tidak mampu, itu apa boleh buat.
- Perdana Menteri kita ni, dia mengertikah atau tidak tanggungjawab dunia dan akhirat itu atau dia tidak faham, itu saya tidak tahu, tetapi dengan sebab parti dia (Umno adalah) parti sekular, yang tidak mempedulikan dosa pahala, syurga dan neraka, maka terjadilah (seperti peristiwa kecurian enjin jet pejuang itu).
- banyak lagi pada masa hadapan benda (kejadian) yang 'karut maruk' begini berlaku (insya Allah adalah) hasil daripada didikan kerajaan (diterajui Umno-BN) terhadap rakyat dengan ajaran 'agama lain, politik lain.
- Sebagaimana sembahyang dan berzikir adalah ibadat, maka berpolitik untuk membetulkan arah pemikiran manusia kepada Allah swt itu pun adalah ibadat. Namun cara kini ialah kita guna parti (bertanding dalam pilihan raya).
- Umno dengan sebab mereka tolak Islam, dan mengambil 'kebangsaan' (sebagai dasar parti mereka), mana ada dosa pahala, menyebabkan manusia kini mencuri, (bahkan) mencuri enjin jet pejuang. Perbuatan (tergamak) mencuri enjin itu adalah kerana mereka dididik dengan kemewahan dan hidup berseronok.
ar_rawa
|
0 ulasan:
Catat Ulasan