ADUN CHANGKAT JONG SAMPAI SUMBANGAN
>> 06 Disember 2009
TELUK INTAN, 6 Disember - Program berbentuk kebajikan sentiasa dijalankan di DUN Changkat Jong bagi mencapai hasrat N56 Changkat Jong - DUN Sejahtera. Oleh kerana itu, setiap permasalahan rakyat khususnya di DUN Changkat Jong sentiasa mendapat perhatian dan keutamaan bagi pihak ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin.
Hari ini, satu lagi siri penyerahan sumbangan kepada golongan kurang mampu telah diadakan atas daya usaha pejabat DUN dan Kelab Penyokong PAS (KPP) Teluk Intan. Majlis telah penyampaian telah diadakan di Kedai Ram Video, milik Sdr. Hacharan Singh (Ram) yang merupakan Setiausaha KPP Teluk Intan. Turut hadir ialah Pengerusi KPP Teluk Intan, Sdr. Krishnan, Timbalan YDP PAS Teluk Intan, serta AJK KPP Teluk Intan.
Menurut Sdr. Hacharan Singh, seramai 25 orang yang terdiri daripada golongan kurang mampu dari pelbagai kaum telah menerima sumbangan berupa barangan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain lagi. Mereka datang dari Batu 3 1/2 Jalan Changkat Jong dan kawasan sekitar Teluk Intan.
Bagi YB Anuar sendiri, usaha murni ini akan sentiasa diadakan bukan semata-mata kerana pilihanraya, tetapi ia atas kesedaran ingin membantu golongan yang kurang mampu terbela nasib mereka. Ia juga salah satu usaha ke arah merealisasikan N56 Changkat Jong-Dun Sejahtera.
ar_rawa

2 ulasan:
salam ar_rawa,
teman bila balik kg t.intan mesti pi pasar, selalu pula terserempak dgn YB kat tempat org jual ayam,
tp segan nak tegur...
YB best kan, sbb sng nampak muka berbanding YB dulu2.
YB kita ni tak berubah cara hidup dia. Sebelum jadi YB dan selepas jadi YB tetap ke pasar...
Kalau jumpa, tegur-tegurlah...diakan wakil rakyat kita.
Catat Ulasan