DAP PERAK ANGGAP PESERTA DEMO 'budak nakal'
>> 21 Disember 2009
DAP Perak menyifatkan sekumpulan penunjuk perasaan yang membantah kenyataan pemimpinnya berhubung isu peruntukan masjid dan rumah ibadat bukan Islam serta hak istimewa Melayu sebagai "budak-budak nakal" yang bertindak selepas menerima laporan "media yang palsu".
"Tindak-tanduk kumpulan tersebut jelas melanggar undang-undang dan ketinggalan zaman.
"Mereka rela ditipu oleh laporan sesetengah media arus perdana yang palsu dan degil enggan mendengar penjelasan," kata setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.
Beliau mengulas tindakan lebih 100 penyokong Gagasan Melayu Perak, sebuah NGO yang dekat dengan Umno, di depan ibu pejabat DAP di Ipoh semalam.
"Susah hendak bayangkan pada zaman Internet, (pada) abad ke-21 ini, masih ada manusia yang sanggup percaya kepada kisah palsu yang tidak berasas."(malaysiakini)
1 ulasan:
Ini bukan budak-budak nakal tapi budak-budak jahat @ anak2 setan dari spesis hanturaya yang tak cukup makan....
Bila tah nak tukar jadi manusia......
Catat Ulasan