ANNE NGASRI BUKA TUDUNG KERANA NIAT CARI REZEKI
>> 26 Disember 2009
(Saya masukkan berita ini sebagai posting hari ini kerana ia boleh menuntut kita merenung akan bagaimana pemikiran segelintir umat Islam dalam perkara berkaitan dengan tuntutan agama dan tuntutan mencari rezeki. Sehingga ada yang berpandangan sebagaimana seorang artis wanita di bawah ini. Mungkin berita ini memberikan kita pengajaran.)
AKTRES kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung.Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan.
Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.
“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.
“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.
“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.
Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.
“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.
“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.
“Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki Abdul Warits dan Abdul Wardi.
Ketika ditanya tentang tawaran berlakon dengan penampilan bertudungnya, kata Anne dia menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Saya percaya rezeki itu datang dari-Nya, kalau kita berubah ke arah kebaikan pasti Allah membuka jalan rezeki yang lain untuk saya,” ujar Anne yang tidak mahu komitmen terhadap lakonan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.(mstaronline)

2 ulasan:
Kasihan. Jahil agama. Ibu bapa pun golongan artis juga. Pemimpin pula tak ada inisiatif menggalakkan tutup aurat. Ops, pemimpin sendiri menghalalkan isteri tak tutup aurat. Nak buat macam mana. Huhu.
Salam rawo,
Ini lah akibatnya apabila udang-undang Jahilliah (Dato' Seri Abu Jahal di mutabatkan di atas. Undang-undang (Hukum allah) di letakan di bawah. Maka ramai sangat yang jahil. Dah 52 tahun maal hijrah daripada Pimimpin hingga ke rakyat masih tak tutut aurat dan melakukan maksiat
Catat Ulasan