DEMO TERHEBAT TAHUN INI...
>> 01 Disember 2009
Banyak banner daripada orang yang berdemo... Harakahdaily |
KOTA BHARU, 1 Dis: Kira-kira 50 penyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan. Bagaimanapun, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan demonstrasi yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu. Polis telah mengawal ketat demo ini. Malam tadi, Pemuda PAS Kelantan membuat satu laporan polis bagi memaklumkan rancangan demo ini. Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan, Wan Azimin Wan Adnan, ditemani oleh beberapa orang peguam, dilihat memasuki balai polis Kota Bahru, jam 10.30 malam tadi. SMS yang mengajak para penyokong Umno menyertai perhimpunan ini mula tersebar sejak pagi semalam. SMS itu memaklumkan, Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan akan menyerahkan satu memorandum bagi membantah Nik Aziz yang dikatakan berdoa agar Allah melaknat Perdana Menteri. |
0 ulasan:
Catat Ulasan